SIAPA KEKASIH ALLAH - Siri Pertama

 

Zamir Zakaria Terjemahan Musa Yusuf, Madrasah Misbahul Falah, Baling, Kedah


Muka Surat 2 : Kata Penghantar



Baris 1 & 2:

الحمد لله على ما فتح من غوامض العلوم باخراج الافهام

Terjemahan: Segala puji bagi Allah atas apa yang dibuka (dikurniakan) daripada ilmu-ilmu yang mendalam/tersembunyi dengan mengeluarkan pemahaman-pemahaman.

Baris 2, 3 & 4:

والصلاة والسلام على سيدنا محمد الذي ازال بيانه كل ابهام وعلى اله واصحابه اولى المناقب والاحلام صلاة وسلاما دائمين مادامت الايام اما بعد

Terjemahan: Dan selawat serta salam ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad, yang mana penjelasannya telah menghilangkan segala kesamaran, dan ke atas ahli keluarga baginda serta para sahabatnya yang mempunyai kelebihan dan akal fikiran; dengan selawat dan salam yang berpanjangan selagi mana hari-hari masih berterusan. Adapun selepas daripada itu...

• Baris 5: Maka adalah hamba yang daif pengetahuan dan pelajaran

• Baris 6: dapat menatap mukimin seorang murid Madrasah Misbahah Al-Falah

• Baris 7: Banggul Berangan secara sepintas lalu maka hamba dapati isi

• Baris 8: kandungannya tidaklah terpesong daripada apa yang hamba dapati daripada

• Baris 9: kitab-kitab ulama solihin yang hamba melihat bahkan layak dan

• Baris 10: patut tuntunan dengan ahli masa maka tidak lain lagi bagi

• Baris 11: hamba bahkan banyak mengucap syukur kehadirat Allah yang menggerakkan

• Baris 12: hati hambanya dan ingatan untuk mendapat musyahadahkan Allah

• Baris 13: maka moga-moga dapatlah saudara-saudara membawa panduan untuk memahami

• Baris 14: kata-kata ulama yang tersirat di bawah lipatan zahir cakapan mereka itu

• Baris 15: dan tidaklah segera mengingkarkan semata-mata zahir cakapan mereka itu

• Baris 16: dan kalau zahir melamui dapatan kita sekalipun kerana adalah

• Baris 17: bagi mereka itu makna istilahi yang tidak dikehendaki makna secara

• Baris 18: zahir lughah dan bahas tuntunan lain ilmu lain pula istilahnya

• Baris 19: lain lubuk lain ikannya lain padang lain pula belalangnya moga-moga

• Baris 20: Tuhan memberi balasan yang baik bagi penyusun ini di atas usahaannya itu. 


Baris 20 & 21:

ان الله لا يضيع اجر المحسين وصلى الله على سيدنا محمد فى كل وقت وحين والحمد لله رب العالمين

Terjemahan: Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. Dan semoga Allah mencurahkan rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad, pada setiap masa dan ketika. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Baris 22 (Nota kaki):

كتبه عمر زهدي بن محمد بينانه فى ٢٤ . ٢ . ١١ سنة ميلادي

Terjemahan: Ditulis oleh Tuan Guru Omar Zuhdi bin Muhammad Pinang (atau nama tempat/gelaran berkaitan) pada 24.2.11 Tahun Masihi.


Muka Surat 3 : Pendahuluan

• Pendahuluan (Bahasa Arab)


• Baris 1: الحمد لله الذي يعلم السر وأخفى والصلاة والسلام

• Terjemahan: Segala puji bagi Allah yang mengetahui perkara rahsia dan yang lebih tersembunyi, dan selawat serta salam...

• Baris 2: على سيدنا محمد النبي المصطفى 

• Terjemahan: ...ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad, nabi yang terpilih, dan ke atas ahli keluarga serta para sahabatnya yang...

• Baris 3: بلغوا الدرجات العلى .

• Terjemahan: ...telah mencapai darjat-darjat yang tinggi.

• Baris 4: اما بعد: فقال تعالى في كتابه الكريم : ولقد وصينا

• Terjemahan: Adapun selepas itu: Maka Allah Taala telah berfirman di dalam Kitab-Nya yang Mulia: "Dan demi sesungguhnya Kami telah memerintahkan...

• Baris 5: الذين أوتوا الكتاب من قبلكم وإياكم أن اتقوا الله 

• Terjemahan: ...orang-orang yang diberikan Kitab sebelum kamu, dan juga kamu, supaya bertakwalah kepada Allah."(Surah An Nisa : 131) 

• Baris 6: Memandang kepada angkatan muda hari ini, mereka telah

• Baris 7: tersilap di dalam memahami kata-kata yang pernah mereka dengar dari mulut

• Baris 8: ke mulut tentang pendirian ahli-ahli sufi, tentang kaedah-kaedah dan

• Baris 9: istilah-istilah mereka itu.

• Baris 10: Maka inilah saya tuliskan sepintas lalu dua kaedah dan

• Baris 11: istilah-istilah yang sempat saya kutip dari pelajaran yang telah

• Baris 12: diberi oleh guru saya, Haji Omar al-Zuhdi, serta dari sebuah

• Baris 13: dua buku dan kitab-kitab yang sempat saya tatapi.

• Baris 14: Walaupun saya ini bukan ahlinya, dan bukan pula

• Baris 15: dari golongan penulis yang dapat menuliskan tentang itu, namun

• Baris 16: hasrat hati untuk memberi tahu kepada angkatan muda yang

• Baris 17: berselimutkan majalah-majalah yang mencacikan ahli-ahli sufi. Berkobar-kobar

• Baris 18: di hati ini, semoga akan berkuranglah hendaknya tuduhan dan

• Baris 19: cacian terhadap ahli-ahli sufi dan akan petahlah (jelaslah) kebenaran yang

• Baris 20: keluar dari lidah-lidah mereka itu hendaknya.


Muka Surat 4 : Pendahuluan

[Perenggan 1]

• Baris 1: anggapan setengah golongan kita, bahawa kelakuan dan

• Baris 2: perkataan ahli-ahli sufiah telah keluar dari landasan yang sebenar

• Baris 3: dan bercanggah pula dengan hukum-hukum Islam, bukan setakat keluar

• Baris 4: dari landasan dan bercanggah dengan hukum-hukum Islam, tetapi juga

• Baris 5: perkataan mereka tak boleh wujud di dunia kenyataan.


[Perenggan 2]

• Baris 6: "Contohan,"

• Baris 7: Ahli-ahli sufiah pernah berkata dan kita juga pernah

• Baris 8: mendengar perkataan ini, "Sesiapa tidak zuhud (tinggal dunia) tatkala

• Baris 9: hidup di dunia ini, maka sampai bila pun ia tak akan mencapai

• Baris 10: ketenangan dan kejernihan jiwa, dan tak akan mendapat kebahagiaan

• Baris 11: buat selama-lamanya! Jadi, dengan perkataan mereka, kita sendiri

• Baris 12: merasa pelik, kenapa mereka berkata mesti zuhud (tinggal dunia)

• Baris 13: jangan ambil dunia, sedangkan mereka sendiri berada di dunia, mereka

• Baris 14: berpakaian, makan, minum, beristeri, bersuami, mereka juga

• Baris 15: mempunyai harta kekayaan yang bertimbun-timbun, bahkan ada setengah daripada

• Baris 16: mereka yang kasutnya bertatahkan berlian.

[Perenggan 3]

• Baris 17: Kalau begini, mereka hanya pandai berkata sahaja, tetapi

• Baris 18: tidak amalkan apa yang mereka kata, bahkan perkataan mereka

• Baris 19: tak boleh dipraktikkan sama sekali lantaran bercanggah dengan kenyataan.

• Baris 20: Kerana inilah kita berikan mereka gelaran 'gila', keluar

• Baris 21: dari landasan dan sebagainya.



Muka Surat 5 : Pendahuluan

[Bahagian 1]

• Baris 1: Para pembaca sekalian:

• Baris 2: Sebelum kita menuduh mereka dan sebelum kita anjurkan

• Baris 3: cacian kepada mereka, perlulah kita tahu terlebih dahulu, apakah

• Baris 4: hakikat perkataan mereka, dan apa pula tujuan dari perkataan

• Baris 5: itu? Selepas itu barulah kita dapat mengukur sejauh mana

• Baris 6: kedudukan mereka dan bagaimanakah maksud dari perkataan yang sebenar.

• Baris 7: Setelah itu bolehlah kita berikan gelaran kepada mereka.

[Bahagian 2]

• Baris 8: Mudah-mudahan dengan terhurainya seumpama dua isyarat dan

• Baris 9: istilah perkataan mereka, maka akan sedarlah kita bahawa apa

• Baris 10: yang difahami oleh kita selama ini, adalah sangkaan semata-mata,

• Baris 11: tidak dibuat kajian dan penyelidikan terlebih dahulu.

[Penutup]

• Baris 12: Wabillahit taufiq wassalam

[Tandatangan / Nota Penulis]

• Baris 13: Dari gubuk penulis

• Baris 14: Murid Madrasah Misbahul Falah

(Madrasah Misbah Al- Falah atau lebih dikenali sebagai Pondok Lanai yang bertempat di Kampung Banggol Berangan, Parit Panjang, 09200 Baling, Kedah.) 



Muka Surat : 6

[Bahagian 1]

• Baris 1: 1. (Al-Qutb)

• Baris 2: Ia ialah suatu perkataan yang dibuat panggilan kepada seseorang

• Baris 3: yang hatinya sentiasa musyahadahkan Allah pada setiap waktu dan saat.

• Baris 4: Dan dia juga sentiasa berada di dalam pemerhatian Allah pada setiap

• Baris 5: masa dan zaman. Dia dianugerahkan oleh Tuhan "ilmu ladunni".

• Baris 6: Dia dapat meresap ke segenap penjuru alam, seperti mana ruh,

• Baris 7: atau bawa seseorang yang dapat meresap ke seluruh badan.

• Baris 8: Pemerhatian itu, sama ada secara zahir ataupun secara batin.

• Baris 9: Ada padanan neraca yang dapat dibuat pertimbangan dengannya.

• Baris 10: Pertimbangan adalah mengikut kefahaman yang ada padanan, iaitu

• Baris 11: pengetahuan yang secara ladunni tadi. Pengetahuan ini adalah mengikut

• Baris 12: pengetahuan Allah, andainya pengetahuan tadi daripada pengetahuan Allah, maka

• Baris 13: apa yang dikata dan diteroka olehnya adalah benar dan akan berlaku.

• Baris 14: Dialah juga sebagai ketua wali-wali Allah, seperti Uwais

• Baris 15: Al-Qarni dan sebagainya.

• Baris 16: Qutb ini bukan hanya seorang sahaja, malahan babak

• Baris 17: ini adalah mengikut bahagian jenis wali dan mengikut peringkat

• Baris 18: zaman. Dia juga pernah dinamakan dengan (Al-Ghaus).


[Bahagian 2]

• Baris 19: 2. (Qutbul Aqtab)

• Baris 20: Ertinya ketua daripada segala ketua.

• Baris 21: Ia ialah satu panggilan (ibarat) daripada batin kenabian Muhammad


Muka Surat : 7

• Baris 1: sallallahu 'alaihi wasallam, tak ada periode bagi kewalian dan tak ada

• Baris 2: Qutbul Aqtab melainkan tertentu kepada batin kenabian Muhammad sahaja.

• Baris 3: Dialah juga yang dinamakan "Qutbiyyah Al-Kubra" iaitu Qutb yang

• Baris 4: teragung.

[Bahagian 3]

• Baris 5: 3. (Wali Autad)

• Baris 6: Ertinya paku, yakni paku alam.

• Baris 7: Ia ialah satu panggilan (ibarat) untuk empat orang wali

• Baris 8: yang berada pada empat penjuru alam, utara, barat, timur dan

• Baris 9: selatan. Tiap-tiap seorang dari mereka mempunyai tugas masing-masing

• Baris 10: di bahagian-bahagian yang tertentu, dan salah seorang dari mereka adalah

• Baris 11: Qutb (ketua) mereka.


[Bahagian 4]

• Baris 12: 4. (Wali Al-Budala')

• Baris 13: atau "Abdal" ertinya ganti.

• Baris 14: Ia ialah ibarat daripada tujuh orang wali yang kesemuanya

• Baris 15: mempunyai kelebihan-kelebihan, kesempurnaan-kesempurnaan, tetap di dalam musyahadahkan Tuhan,

• Baris 16: mereka telah lepas dan keluar dari garis-garis waham dan khayal.

• Baris 17: Kata setengah ulama, mereka ini sebanyak empat puluh orang, dan

• Baris 18: tujuh orang itu adalah yang terpilih.

• Baris 19: Dan salah seorang dari mereka ini ada seorang Qutb.



Muka Surat : 8

• Baris 1: (ketua). Kalau lah mati salah seorang dari mereka, maka kematiannya

• Baris 2: tak dapat diketahui oleh manusia awam (kebanyakan) dan Tuhan

• Baris 3: ganti pula dengan yang lain, bilangannya tak jadi kurang.


[Bahagian 5]

• Baris 4: 5. (Wali Nujaba')

• Baris 5: Ertinya yang terpuji dan yang mulia.

• Baris 6: Ia ialah ibarat daripada orang berperibadi mulia, dia berperangai

• Baris 7: dengan perangai ketuhanan (akhlak Ilahiah) ertinya perangai yang sudah

• Baris 8: dijamin dan diakui oleh Tuhan, iaitulah al-akhlak

• Baris 9: al-mahmudah, mereka bertugas menanggung beban-beban makhluk dan

• Baris 10: bencana-bencana mereka, andainya satu malapetaka yang diturunkan atau akan

• Baris 11: diturunkan kepada makhluk, maka merekalah orang yang pertama berdoa

• Baris 12: dan memohon kepada Tuhan supaya bencana itu diangkat dan

• Baris 13: dihindarkan.

• Baris 14: Mereka terdiri dari manusia-manusia yang berperibadi mulia

• Baris 15: serta mendapat makrifah (pengenalan) yang bersih, mereka tak berharap

• Baris 16: kepada yang lain dan hati mereka tidak memandang melainkan kepada Allah

• Baris 17: semata-mata.

• Baris 18: Mereka bekerja semata-mata dengan doa dan sebagainya

• Baris 19: adalah untuk kepentingan orang lain, bukan untuk kepentingan

• Baris 20: diri, mereka terkenal dengan bapak sabar dan reda.


Muka Surat : 9

[Bahagian 6]

• Baris 1: 6. (Wali Nuqaba')

• Baris 2: Ertinya ketua kecil atau jawatankuasa.

• Baris 3: Iaitu ibarat daripada orang yang sudah keluar dari tekanan

• Baris 4: nafsu yang keji (ammarah bissu') disebabkan kuat mujahadah, bapak

• Baris 5: ibadah, zuhud dan mengosongkan hati daripada memandang adanya usaha

• Baris 6: tenaga diri. Mereka ini sebanyak tiga ratus orang.

• Baris 7: Mereka terkenal dengan bapak tawakal kepada Allah dalam segala

• Baris 8: urusan.



• Baris 9: Dan tiap-tiap satu dari jenis wali-wali itu masing-masing mempunyai Qutb

• Baris 10: (ketua). Andainya mati salah seorang dari semua jenis itu, maka

• Baris 11: Tuhan ganti dengan yang lain, hilang seorang, masuk seorang pula,

• Baris 12: begitulah berkekalan berterusan, tetapi tak seorang pun yang tahu

• Baris 13: melainkan sesama mereka sahaja.

[Bahagian 7]

• Baris 14: 7. (Al-Imaman)

• Baris 15: Dua imam atau dua ikutan.

• Baris 16: Mereka ini dua orang sahaja, mereka selaku setiausaha

• Baris 17: yang satu bertugas di pihak kanan Qutb dan satu lagi di pihak

• Baris 18: kiri.

• Baris 19: Adapun yang di pihak kanan maka sentiasa melihat pada alam

• Baris 20: Malakut (alam ghaib), dialah yang mengganti Qutb di dalam urusan



Muka Surat : 10

• Baris 1: yang bersekutu paut dengan alam sana.

• Baris 2: Dan yang di sebelah kiri pula sentiasa memerhati kepada alam

• Baris 3: syahadah (alam nyata, iaitu alam kebendaan ini), dialah sebagai

• Baris 4: pengganti Qutb di dalam urusan yang bersekutu paut dengan alam

• Baris 5: sebelah sini.


[Bahagian Nota: Peringkat/Makam Kewalian]

• Baris 6: (Harus diketahui)

• Baris 7: Segala wali-wali itu ada empat makam (pangkat).

• Baris 8: 1. Pangkat pengganti Nabi (Khilafah An-Nubuwwah)

• Baris 9: Mereka itu terdiri dari golongan ulama-ulama.

• Baris 10: 2. Pangkat pengganti Rasul (Khilafah Ar-Risalah)

• Baris 11: Mereka terdiri dari golongan wali-wali Abdal.

• Baris 12: 3. Pangkat pengganti (Ulul Azmi)

• Baris 13: Mereka terdiri dari golongan wali-wali Autad.

• Baris 14: 4. Pangkat pengganti (Ulul Istifa')

• Baris 15: Mereka itu terdiri dari golongan segala Qutb-Qutb.


[Perenggan Penutup Halaman]

• Baris 16: Harus diketahui juga, bahawa susunan pemerintahan

• Baris 17: para-para wali (ahli-ahli rohani) tak ada lebih kurang dengan susunan

• Baris 18: pemerintahan dunia ini, malahan lebih teguh dan lebih kuat lagi,

• Baris 19: lantaran pada alam rohani lebih banyak musuh-musuh dari alam kenyataan ini. 


Kekasih allah siri kedua

Ulasan

Catatan Popular