SIAPA KEKASIH ALLAH - SIRI KEDUA

 



Sambungan Siapa Kekasih Allah Siri Pertama



Muka Surat : 11


Perenggan 1

1. kenyataan ini.
2. iaitu terdiri dari Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet,
3. Menteri Luar dan Dalam Negeri, wakil-wakil rakyat, setiausaha dan
4. ahli-ahli jawatankuasa, untuk mentadbir dan menyusun kawalan
5. negeri.


Perenggan 2

6. Begitulah dengan susunan pemerintahan para-para auliya Allah
7. (para-para ahli rohani) terdiri daripada Qutub, Autad, Abdal
8. dan sebagainya, untuk menyusun, mentadbir, dan mentarbiahkan sekalian
 9. roh-roh muslimin ke arah mengenal dan musyahadahkan Allah. Mereka sentiasa
10. mengawasi gangguan-gangguan yang datang dari musuh-musuh hati, yang
11. terdiri dari maharaj nafsu dan Profesor Iblis, yang sentiasa
12. mencari peluang untuk meruntuhkan kota akal dan hati(jiwa).
13. Kita dan sesiapa juga akan dapat mencapai nikmat
14. kelazatan di dalam musyahadahkan Allah andainya kita mahu untuk
15. mencapainya. Tetapi percayalah  bahawa nikmat kelazatan itu tidak dapat
16. digambarkan oleh sifat-sifat maklum, dan tidak dapat dilukiskan
17. oleh pena, tidak dapat disuarakan oleh perkataan, tetapi dapat
18. dirasai oleh mereka yang telah sampai kesitu dengan perasaan,
19. bukan dengan pengetahuan lagi. Inilah yang pernah dibayangkan  oleh
20. Imam Al-Ghazali dengan katanya,


Perenggan 3


21. "Hakikat ini jika aku nyatakan kepada mereka, maka mereka
22. akan memberi 'title' (gelaran) kepada aku dengan 'title' (gelaran) kafir," yakni mereka



Muka Surat : 12


Perenggan 1

1. tak percaya. Inilah juga Imam Ghazali berkata kepada seorang
2. murid seumpama "tolol" lantaran murid itu bertanya tentang hakikat
3. ini lantas beliau berkata membuat perbandingan, "bukan kah tolol,
4. jika seseorang itu bertanya bagaimanakah kelazatan jimak?, kalau
5. hendak mengetahui maka hendaklah dirasai sendiri".
6. Kerana jika diberitahu, maka itu bukanlah hakikat
7. kelazatan namun. Tetapi pengetahuan sahaja, sedangkan orang yang mengetahui
8. itu tak sama dengan orang yang pernah merasai


Perenggan 2


9. Ya! Kalau seseorang telah putus azamnya untuk sampai
10. kesitu (kepada musyahadahkan Allah) maka insya-Allah ia akan dapat
11. merasainya, tetapi dengan adanyan beberapa syarat, syarat pertama mahulah
12. dia menjalani tarekat (jalan) yang telah dilalui oleh ahli-ahli
13. sufiah atau pun ahli-ahli rohani tadi.


Perenggan 3


14. Andaian kita menjalani tarekat mereka dengan adanya
15. zikir-zikir dan wirid-wirid yang tertentu, maka bererti kita telah ada
16. perhubungan rohani dengan mereka, dan mereka lah yang akan memandu
17. kita untuk sampai ke sana, kita amat perlu kepada mereka, kepada
18. asuhan dan pimpinan mereka, kerana pada perjalanan rohani
19. amat banyak sekali musuh-musuh yang akan mengganggu, maka perhubungan
20. kita dengan ahli-ahli rohani (wali-wali Allah) inilah dikatakan tawasul.
21. Seperti mana kita mahu berjumpa sultan, sedangkan kita
22. orang desa, bodoh, tak tahu dengan peraturan dan adat




Muka Surat : 13

Perenggan 1

1. istiadat, maka kita perlu kepada seorang yang memimpin kita untuk
2. kesana, andaian tidak ada pemandu atau pemimpin maka mungkin kita
3. ditimpa bencana yang buruk dipertengahan jalan sebelum sempat kita
4. sampai ke istana menghadap sultan.


Perenggan 2


5. Kalau kita sudah mempunyai keazaman yang penuh untuk
6. sampai kepada Allah sudah tentu kita akan mencari jalan dan memeriksa
7. sepenuh tenaga yang ada pada kita itupun, maka dengan cara memeriksa
8. dan mencari jalan inilah kita dinamakan orang salik atau
9. murid, dari permulaan inilah kita akan menempuh berbagai-bagai
10. percubaan, dan merasai berbagai-bagai kelakuan dan menjalaninya
11. beberapa syarat seperti zuhud, tawakal, sabar, qanaah, fana (tidak sedar
12. diri), dan bermacam-macam lagi, insya-Allah kita akan ikuti
13. selepas ini secara ringkas.


Perenggan 3




14. Penulis sendiri tidak pernah merasai sekalian itu
15. penulis adalah orang yang paling bodoh, kelazatan zikir pun belum
16. dirasai lagi, apatah lagi kelazatan musyahadahkan Allah, tetapi
17. walaupun begitu penulis yakin bahawa Tuhan memang luas rahmat-Nya
18. dan sama-samalah kita berdoa semoga Ia-lah menjadikan kita
19. ke dalam jumlah dan kumpulan orang yang diterima oleh-Nya.


Perenggan 4


20. Perkara lagi yang perlu kita ketahui bahawa ada juga
21. setengah manusia yang dihantar terus sampai ke sana dengan semata-mata limpah
22. kurnia Allah, tidak dengan fana dan tidak pula dengan pimpinan




Muka Surat : 14


Perenggan 1

1. dari ahli-ahli rohani yang tertentu, orang-orang itu dinamakan majzub
2. atau pun murad, bandingannya ialah seperti orang yang ditemui oleh
3. sultan sendiri, dipegang tangan dan dibawa kehadapannya, tetapi
4. orang ini akan menerima pula kepayahan tatkala menurun nanti,
5. andainya dia tidak awas maka ia akan menerima bencana apakala
6. ia bermohon diri nanti.


Perenggan 2


7. Oleh itu marilah kita membicarakan fasal kelakuan yang
8. terpaksa ditempuhi dan percubaan serta syarat-syarat yang pasti
9. dialami dan dilalui oleh orang-orang yang mahu sampai ke sana.


Perenggan 3


10. 1. (Al-Salik atau Al-Murid) ertinya yang berjalan atau yang berkehendak
11. apabila dikatakan salik, maka pada istilah ahli-ahli sufiah
12. ialah orang yang dikurniakan Allah untuk membersih hatinya buat menjalani
13. kepadanya, sebab itu ia mengetepikan segala kemahuannya langsung
14. bersuci diri beribadat, berzikir untuk menghampirkan dirinya
15. kepada Allah secara zauq (perasaan), tidak lagi secara pengetahuan
16. seperti yang kita alami sekarang ini, kita sampai kepada Allah
17. hanya secara ilmu sahaja, iaitu pengetahuan kita beredar disekitar
18. Allah itu ada, tidak menyerupai sesuatu, Kuasa dan lain-lain
19. lagi sedangkan secara perasaan (zauq), maka tak ada pada kita,
20. tetapi buat orang ini, mengikut apa yang diterangkan oleh Imam
21. Ghazali, mereka telah merasai apa yang dinamakan "Bab Al-Asma'"





Muka Surat : 15


Perenggan 1


1. iaitu merasai kelazatan di dalam zikir Allah, usaha dan latihan
2. mereka untuk ke sana adalah melalui kesedapan berzikir, beribadat
3. serta kebersihan hati.


Perenggan 2


4. Oleh itu marilah kita mengetahui syarat-syarat salik di dalam
5. menjalani kepada Allah. Ketahuilah bahawa tunjang bagi segala kebahagiaan
6. itu adalah berpusing di sekitar takwa (iaitu takutkan Allah).
7. Dialah sebagai pokok dan asas bagi kebaikan dunia dan
8. akhirat.


Perenggan 3


9. Kebaikan dunia dan akhirat tak akan dapat dicapai, begitu
10. juga kejahatan dan kebinasaan tak akan dapat ditolak melainkan
11. dengan adanya takwa.


Perenggan 4


12. Takwa adalah satu wasiat (iaitu satu pesanan) dari
13. Allah kepada manusia seluruhnya, manusia dahulu kala, manusia sekarang,
14. juga manusia akan datang, banyak keterangan dan ayat-ayat Allah yang
15. memberi jaminan kepada orang-orang yang bertakwa kepadanya, cuba renung
16. dan tinjau kepada firman-Nya: Surah Al-Hujurat : 13


Perenggan 5


17. ان اكرمكم عند الله اتقاكم .
18. Maksudnya: Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah itu ialah
19. orang yang lebih bertakwa kepadanya.


Perenggan 6


20. Tuhan menjadikan ukuran dan membuat penilaian bagi
21. kemuliaan itu adalah dengan takwa, tidak dengan keturunan, tidak
22. pula dengan harta kekayaan, malahan tidak dengan segala perkara yang



Muka Surat : 16



Perenggan 1

 1: pernah dibuat penilaian oleh manusia.
 2: Sebab itulah kemuliaan yang terbina di atas asas takwa
 3: tidak boleh rosak dan tidak dapat dijejaskan oleh putaran
 4: zaman dan perubahan masa.


Perenggan 2

 5: Untuk mendapat dan menjadikan diri sebagai seorang
 6: yang benar-benar bertakwa mahulah meninggalkan segala jenis dosa, dan
 7: mengalang akan kemahuan-kemahuan nafsu di samping mengawasi segala
 8: tipu daya syaitan.



Perenggan 3

 
9: Andaian seseorang itu sentiasa menurut kemahuan
 10: nafsu, maka sampai bila-bila masa pun dia tak akan mendapat kebahagiaan,
 11: kerana mengikut kemahuan nafsu adalah punca bagi segala
 12: kejahatan dan kebinasaan, inilah yang paling ditakuti oleh Rasul
 13: Allah seperti sabdaan yang bermaksud:
 14: "Perkara yang paling ditakuti sekali pada umatku ialah
 15: mengikut kemahuan nafsu dan panjang angan-angan, kerana pada mengikut
 16: kemahuan nafsu adalah menjadi sebesar-besar dinding di antara hamba
 17: dengan Tuhan dan panjang angan-angan adalah akan melupakan hari
 18: pembalasan."


Perenggan 4


 19: Tipu daya syaitan adalah perkara kedua yang mesti
 20: diawasi, kerana dialah sebagai penyokong nafsu, dia dapat masuk
 21: menyelinap ke dalam tubuh manusia seperti nafsu juga, seperti mana
 22: diberitahu oleh Rasul Allah yang bermaksud, "Seperti mengalirnya nafsu..."




Muka Surat : 17


Perenggan 1

  1: yang bercampur dengan darah, daging dan urat nadi manusia, maka
  2: demikianlah juga syaitan, dia dapat berjalan mengikut aliran
  3: darah, meresap masuk ke dalam daging, terus ke jantung hati
  4: manusia."


Perenggan 2


  5: Jadi! Untuk mengawasi dan menjaga dua musuh
  6: itu, dan untuk mendapat hakikat takwa yang sebenar-benarnya, maka
  7: perlulah kita berada pada tiga jalan ini:
  8: Pertama: Syariat
  9: Kedua: Tariqat
10: Ketiga: Hakikat.


Perenggan 3


11: Ketiga-tiga perkara itu adalah menjadi landasan yang utama
12: bagi seorang salik (iaitu orang yang berjalan pada jalan untuk
13: sampai kepada Allah).


Perenggan 4


14: Ahli-ahli kaum (ulama sufiah) membuat perbandingan tiga
15: perkara itu dengan katanya:
16: "Syariat adalah seperti kapal dan tariqat itu seperti
17: laut dan hakikat itu adalah permata."
18: Maka sesiapa sahaja yang mahukan permata, terpaksalah ia
19: mengharungi lautan dan menempuh gelombang ombak, bahtera atau
20: kapal adalah perkara yang pertama mesti disediakan buat mengharungi
21: laut yang besar itu.
22: Demikianlah juga sesiapa yang mahukan hakikat (sampai kepada Allah) 



Muka Surat : 18




Perenggan 1


 1: Allah) terpaksalah mengharungi tariqat dan tak dapat untuk berenang
 2: di lautan tariqat melainkan setelah sempurna syariat.
 3: Ya! Sekarang cuba kita tinjau, apakah dia syariat,
 4: tariqat dan hakikat yang dikehendaki itu.



Perenggan 2 (1- Syariat)



  5: 1- Syariat:
  6: Mengikut akan agama Allah, dengan herti (erti) kata menunaikan segala
 7: suruhan dan menjauhkan segala larangan.
 8: Andaian kita telah menunaikan segala fardhu-fardhu yang diwajibkan
 9: dan menjauhkan segala larangan-larangan yang diharamkan, maka bererti kita
 10: telah menjalani jalan syariat.
 11: Dan sekarang kita akan mengharungi lautan tariqat pula.



Perenggan 3 (2- Tariqat)


 12: 2- Tariqat:
 13: Memilih jalan yang lebih selamat pada segala amalan dan
 14: pekerjaan, dan meninggalkan perkara-perkara yang dianggap menjadi kesamaran.
 15: Seperti kita memilih jalan warak: warak bukanlah bererti seorang
 16: itu asyik memegang tasbih, tak mahu bekerja dan berusaha.
 17: Tetapi warak yang dikehendaki ialah seperti mana yang
 18: telah diterangkan oleh ulama-ulama, Imam Ghazali telah membahagikan warak
 19: itu kepada empat bahagian.



Perenggan 4


 20: 1. Warak orang kebanyakan:
 21: Iaitu warak atau meninggalkan segala perkara-perkara yang diharamkan




Muka Surat : 19



Perenggan 1


 1: oleh Allah, maka ini adalah warak orang yang sedang berada pada
 2: darjah syariat.


Perenggan 2 (2. Warak orang yang soleh)



 3: 2. Warak orang yang soleh:
 4: perkara yang samar-samar hukumnya
 5: (iaitu perkara syubhat), perkara ini jika dikerjakan tidaklah
 6: menjadi salah bagi orang yang berada pada darjah syariat tadi,
 7: tetapi salah pula bagi orang yang berada pada darjah tariqat.


Perenggan 3 (3. Warak orang muttaqin)

 8: 3. Warak orang muttaqin (takutkan Allah):
 9: Iaitu meninggalkan barang yang tidak mengapa jika dikerjakan,
10: tidak jadi makruh dan tidak pula khilaf al-awla, ini adalah
11: kerana takut luput (hilang) barang yang di antara dia dan di antara
12: Tuhan, daripada nur dan cahaya yang berada pada mata hatinya.


Perenggan 4 (4. Warak orang siddiqin)


13: 4. Warak orang siddiqin (orang yang membenarkan Allah):
14: Iaitu meninggalkan segala perkara yang memalingkan keasingan
15: di antara dia dan di antara Allah daripada segala jenis perkara yang
16: membinasakan agama dan hatinya.



Perenggan 5 (3- Hakikat)


17: 3- Hakikat:
18: Iyalah (Ialah) sampai orang yang salik kepada tujuannya iaitu makrifat
19: dan musyahadah akan nur tajali Allah.
20: Imam Ghazali menerangkan, bahawa tajali itu ialah barang yang








Ulasan

Catatan Popular