SIAPA KEKASIH ALLAH - SIRI KETIGA

 


Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya
.






Muka Surat : 20

3. Hakikat:


18: Iyalah (Ialah) sampai orang yang salik kepada tujuannya iaitu makrifat
19: dan musyahadah akan nur tajali Allah.
20: Imam Ghazali menerangkan, bahawa tajali itu ialah barang yang
(Sambungan Dari Siri Kedua M/S 19) 


Perenggan 1


 1: nyata bagi hati seorang daripada cahaya-cahaya alam ghaib, disana dia
 2: dapat faham hakikat segala perkara, seperti musyahadahkan asma' dan
 3: sifat juga zat Allah, dan dapat memahami rahsia-rahsia Al-Quran
 4: dan mendapat ilmu-ilmu yang tidak boleh dapat dengan usaha dan belajar.
 5: Jadi! Dengan ringkasan ini dapatlah dibezakan di antara
 6: syariat dan hakikat, kita dapat tahu bahawa syariat itu ialah
 7: perintah yang semata-mata untuk menunjukkan kehambaan diri kepada Allah,
 8: sedangkan hakikat pula, ialah menyaksikan kerajaan ketuhanan dengan
 9: mata hati (basirah).


Perenggan 2


 10: Ketiga-tiga perkara itu tidak boleh terasing sama sekali
 11: tarikat dan hakikat tidak boleh betul dan tidak boleh didapati dengan
 12: tidak ada syariat, begitu juga syariat tidak akan ada nilaian jika
 13: tidak ada hakikat.



Perenggan 3


 14: Inilah yang dimaksudkan oleh ulama dengan kata:
 15: "Syariat dengan tidak ada hakikat adalah kosong,
 16: dan hakikat dengan tidak ada syariat adalah tidak sah."
 17: Seorang yang beriman itu meskipun tinggi darjahnya,
 18: dia sudah naik pangkat wali, sudah naik pangkat kutub, sudah
 19: sufi hatinya kepada Allah, maka tidaklah gugur daripadanya akan
 20: undang-undang syariat, dia wajib sembahyang, puasa dan lain-lain
 21: lagi daripada segala perkara yang difardukan.
 22: Siapa-siapa yang menyangka bahawa jika seorang itu menjadi wali...

Nota : Penting

Kenyataan penuh Imam Malik mengenai perkara ini adalah:

مَنْ تَصَوَّفَ وَلَمْ يَتَفَقَّهْ فَقَدْ تَزَنْدَقَ، 
وَمَنْ تَفَقَّهَ وَلَمْ يَتَصَوَّفْ فَقَدْ تَفَسَّقَ،
 وَمَنْ جَمَعَ بَيْنَهُمَا فَقَدْ تَحَقَّقَ

"Barangsiapa bertasawuf tanpa fiqih (syariat) maka dia menjadi zindiq.

 Barangsiapa yang berfiqih tanpa bertasawuf maka dia menjadi fasiq. 

Dan barangsiapa yang menghimpunkan kedua-duanya, maka dia telah mencapai hakikat yang sebenar."




Muka Surat : 21




Perenggan 1



 1: dan dia telah sampai kepada hakikat, akan gugurlah segala undang-undang
 2: syariat, maka sangkaan yang demikian adalah jauh daripada kebenaran, dia
 3: adalah orang yang sesat lagi pula menyesatkan orang lain.
 4: Sedangkan nabi-nabi pun tidak gugur perintah syarak
 5: daripada mereka itu masakan pula wali-wali yang darjah mereka lebih rendah daripada nabi.
 6: Ya! Setelah kita tahu serba sedikit berkenaan dan
 7: kedudukan syariat, tarikat dan hakikat.
 8: Sekarang marilah kita mengetahui pula apakah perkara yang
 9: mesti dilakukan oleh seorang salik.
 10: Sudah menjadi suatu perkara yang tidak asing lagi bagi
 11: salik terpaksa mengikut dan menghiasi dirinya dengan undang-undang
 12: syariat, kerana dengan ini akan bercahayalah hatinya dan akan
 13: hilanglah kegelapan yang bertapak di jiwa, lantaran ditutupi oleh
 14: najis maksiat.


Perenggan 2



 15: Ketahuilah bahawa segala rupa kedurhakaan kepada Allah (maksiat)
 16: adalah suatu kegelapan (zulmah), zulmah ini akan meresap dan
 17: bertapak di hati, seperti itu juga ketaatan (segala rupa bakti
 18: kepada Allah) adalah satu cahaya, yang juga dapat meresap dan
 19: bertapak di sana.


Perenggan 3



 20: Andaian cahaya syariat itu sudah ada pada hati kita,
 21: maka hati itu akan bercuaca dan layaklah untuk masuk
 22: kepada tarikat (jalan) untuk sampai kepada Allah.



Muka Surat : 22




Perenggan 1



 1: ... masuk kepada tarikat, bererti kita sedang di dalam perjalanan
 2: untuk sampai kepada Allah.
 3: Bagi mereka yang sudah sampai ke sana adalah mempunyai
 4: tarikat-tarikat (jalan-jalan) yang tersendiri, bermacam-macam dan berbakai-bakai (berbagai-bagai):
 5: 1. Ada mereka yang sampai ke sana dengan melalui wirid-wirid dan ibadat-ibadat
 6: sunat.
 7: 2. Setengahnya pula sampai dengan menjadi khadam ahli-ahli sufiah dan
 8: guru-guru mereka.
 9: 3. Ada mereka yang sampai ke sana dengan bekerja dan hasil daripada
 10: pekerjaan itu disedekahkan kepada orang-orang yang menderita.
 11: 4. Dan setengahnya pula sampai kepada Allah adalah dengan mengajar,
 12: mendidik dan menunjukki manusia kepada beribadat akan Allah
 13: dan akhlak-akhlak yang terpuji, baik pun akhlak dengan Allah atau
 14: sesama manusia.


Perenggan 2



 15: Dan bermacam-macam lagi, tetapi yang akhir inilah yang paling
 16: utama kata Imam Ghazali: "Orang ini termasyhur di kalangan
 17: fahaman-fahaman langit dengan nama عظيما (iaitu yang mempunyai darjah
 18: kebesaran dan keutamaan) kerana ialah tak ubah seperti matahari,
 19: lantaran dirinya itu bercahaya (cerah) dan memberi cahaya kepada
 20: orang lain, atau dengan lain perumpamaan, ialah tak ubah
 21: seperti kasturi, dirinya sendiri sudah harum dan akan
 22: mengharumkan orang lain pula."




Muka Surat : 23



Perenggan 1



 1: Oleh itu marilah kita mengetahui apakah jalan-jalan
 2: (tarikat-tarikat) untuk sampai ke sana dari jarak yang dekat.
 3: Pada galibnya kita akan menempuh sembilan perkara, sesiapa
 4: juga yang menempuh sembilan perkara ini maka insya-Allah ia
 5: akan sampai ke sana, dengan dibuka oleh Allah baginya pintu-pintu pengertian
 6: dan diterangkan dada dengan cahaya-cahaya ilmu, dan dengan itu akan
 7: terbukalah segala perkara yang membolehkan dia menjejaki tangga
 8: musyahadah dan muraqabahkan Allah pada setiap masa dan saat.



Perenggan 2


 9: Pertama (Al-Taubah)
 10: Dialah sebagai pesanan yang pertama yang mesti dikerjakan
 11: oleh seorang salik kerana ia adalah sepenting-penting asas di dalam
 12: ugama (agama).



Perenggan 3


 13: Taubah ertinya kembali dari perangai-perangai yang tercela di sisi
 14: syarak dan menuju kearah (ke arah) perangai-perangai yang terpuji.
 15: Taubah yang dimaksudkan ialah dengan menunaikan rukun-rukun dan
 16: syarat-syarat andainya syarat-syarat bagi taubah ini tidak ada, maka itu
 17: adalah hanya pada rupa sahaja, bukan taubah yang sejati, bukan
 18: taubah yang keluar dari hati yang putih bersih, taubah ini seolah-olah
 19: mempersendakan Allah yang mengakibatkan kita sendiri yang menerima
 20: bencana.


Perenggan 4



 21: Taubah yang bersih itu ialah mahu ada empat perkara:






Muka Surat : 24



Perenggan 1 (Syarat 1)

• Baris 1: 1. Dengan ada penyesalan,
• Baris 2: menyesal di atas apa yang dilakukan daripada jenis maksiat
• Baris 3: dan segala perkara yang menyalahi undang-undang syarak, juga
• Baris 4: dengan ada penyesalan di atas kecuaian di dalam menunaikan
• Baris 5: perintah-perintah Allah, menyesal membuang-buang di atas masa yang lampau yang
• Baris 6: terbuang dengan sia-sia.


Perenggan 2 (Syarat 2)


• Baris 7: 2. Dengan ada keazaman (ketetapan) hati yang putus, dengan
• Baris 8: bahawa tidak mahu diulangi lagi segala maksiat dan
• Baris 9: kedurhakaan itu buat kali kedua.
• Baris 10: Juga dengan ada azam untuk menunaikan segala perintah
• Baris 11: dan patuh di bawah hukuman Allah.


Perenggan 3 (Syarat 3)

• Baris 12: 3. Berhenti dari pekerjaan maksiat,
• Baris 13: hentikan serta-merta buat selama-lamanya di ketika datangnya penyesalan
• Baris 14: tadi, dan terus tunaikan perintah-perintah yang diazamkan itu.


Perenggan 4 (Syarat 4)


• Baris 15: 4. Lepaskan tanggungan daripada hak-hak yang bersangkut dengan anak Adam.
• Baris 16: Syarat ini adalah khas untuk dosa yang bersangkut
• Baris 17: paut dengan anak Adam sahaja, seperti mencuri, menyamun,
• Baris 18: mengumpat, mencela dan sebagainya.
• Baris 19: Ertinya hendaklah barang-barang yang dicuri atau disamun itu
• Baris 20: dikembalikan atau diganti balik kepada empunya.





Muka Surat : 25


Perenggan 1


 1: Juga mahulah meminta' maaf dari umpatannya dan celaan
• Baris 2: yang pernah kita lakukan itu.
• Baris 3: Lidah kita mahulah basah dengan istighfar serta berderai-an (berderaian)
• Baris 4: rasa hati, sayu, hiba dan sebagainya.
• Baris 5: Ulama' pernah menyatakan bahawa tanda taubah yang sebenar itu ialah
• Baris 6: nampak pada garis muka akan rupa penyesalan dan diiringi pula
• Baris 7: dengan cucuran air mata; andainya air mata telah gugur, maka
• Baris 8: insya-Allah itulah tanda taubah kita akan diterima oleh Tuhan.
• Baris 9: Ulama' telah membahagikan taubah ini kepada tiga peringkat
• Baris 10: taubah yang dinamakan dengan:


Perenggan 2


• Baris 11: 1. (Taubah) sesiapa yang bertaubah kerana takutkan seksa Allah maka dia
• Baris 12: adalah dikatakan sahibut taubah (ta'ibin).


Perenggan 3


• Baris 13: 2. (Al-Inabah) sesiapa yang bertaubah kerana mahukan kepada balasan Allah;
• Baris 14: syurga dan nikmat-nikmat akhirat maka ia dikatakan
• Baris 15: sahibul inabah (munibin).


Perenggan 4


• Baris 16: 3. (Al-Aubah) sesiapa yang bertaubah tidak takutkan seksa dan tidak
• Baris 17: pula mengharapkan balasan pahala, malahan taubahnya itu
• Baris 18: adalah semata-mata menunaikan hak-hak kehambaan terhadap
• Baris 19: Allah maka ia dinamakan sahibul aubah (awwabin).


Perenggan 5


• Baris 20: Banyak ayat dan hadis yang menunjukkan bahawa taubah ini adalah
• Baris 21: mendapat tempat utama di dalam pemerhatian Allah dan nilaian-Nya.


Muka Surat : 26



1. tertunainya
2. satu syarat untuk sampai kepada-Nya iaitu taubat.

Perenggan 2

4. Dan sekarang marilah kita mengetahui pula perkara yang
5. kedua ialah:

Tajuk / Perenggan 3

6. Kedua (القناعة) (Al-Qana'ah)

Perenggan 4

7. "Memadai" dan mencukupi dengan apa yang ada ini bukanlah
8. bererti meninggalkan ikhtiar dan usaha mencari sara hidup,
9. tetapi apa yang dimaksudkan ialah, mahu adanya perasaan reda dan
10. mencukupi pada hati dan jiwa kita, dan juga tak ada keluh
11. kesah di atas kekurangan pada kebendaan.

Perenggan 5

12. Sekiranya keperluan hidup agak terhimpit, maka hatinya
13. tenang sahaja tetapi usaha dan ikhtiarnya berjalan seperti biasa
14. juga.

Perenggan 6

15. Tak ada perasaan mengkritik di atas
qadar dan qadha' Allah,
16. hatinya tak ada perasaan megah dengan adanya pakaian, harta pun, tempat-tempat
17. kediaman, dan sebagainya.

Perenggan 7

18. Mencita-citakan kekayaan, kemewahan, dan dengan serba ada adalah
19. jauh sekali dari hati orang yang bersifat dengan qana'ah ini.

Perenggan 8

20. Sebab itu qana'ah adalah menjadi salah satu punca untuk
21. mencapai ketenangan jiwa, perasaan tak diburu oleh nafsu dan iblis,



Muka Surat : 27


Perenggan 1

1. Malahan ianya tetap sahaja, andaian dia sudah tetap, maka mudahlah
2. hati dan jiwanya dimasuki oleh nur makrifah (cahaya pengenalan).

Perenggan 2

3. Sebaliknya pula jika qana'ah tidak ada pada hati seseorang
4. maka tak ada bezanya di antara dia dan di antara si tamak pemburu
5. dunia (مالك الدنيا) (Malik ad-Dunya).

Perenggan 3

6. Justeru itu haruslah ditinggal segala rupa pekerjaan yang
7. tak mendatangkan faedah dan tak ada pertaliannya dengan akhirat. Supaya dengan
8. ini membolehkan seseorang itu sampai kepada Allah.

Tajuk / Perenggan 4

9. 3. (الزهد) (Az-Zuhd)
10. "Tinggal dunia"

Perenggan 5

11. Ini juga bukanlah bermakna mesti tinggal segala harta
12. dan daya usaha untuk saraan hidup, tetapi hakikat sebenarnya
13. ialah: tak bergantung hati kepada segala rupa kekayaan, usaha tenaga,
14. serta pula tak ada tumpuan ke arah itu, ringkasnya ialah:

Perenggan 6

15. Hati tidak cenderung kepada yang fana', dengan erti kata
16. memiliki dan mengerjakan pekerjaan hanya semata-mata pemberian dan
17. perintah Allah. Sekiranya seseorang itu kaya dan mewah, dan hatinya
18. tidak bergantung dengan kekayaan dan kemewahan itu, maka dianya
19. adalah seorang yang zahid.

Perenggan 7

20. Tidak bergantung hati itu bukanlah bererti tidak
21. mempeduli kepada harta dan membiarkan harta dengan tak ada jagaan,


Muka Surat : 28

Perenggan 1

1. Malahan harta mestilah diuruskan dengan betul mengikut undang-undang
2. syarak.

Perenggan 2

3. Sekiranya seseorang itu miskin dan hatinya penuh dengan
4. angan-angan dan segala daya usahanya tak lain melainkan bertujuan untuk
5. mencapai kekayaan dan kemewahan di dunia ini semata-mata, maka bukanlah
6. ianya dinamakan zahid.

Perenggan 3

7. Alhasilnya zuhud ini ialah urusan hati, tak boleh dicampur
8. adukkan dengan urusan jasmani.

Perenggan 4

9. Sebab itulah ulama mengatakan:

Perenggan 5

10. "...zuhud olehmu di dunia ini dengan dihilangkan tumpuan
11. hati kepada kebendaan" bukanlah bererti tak ada harta baru dinamakan
12. zuhud. Kerana Nabi Sulaiman adalah sekaya-kaya manusia, tetapi adalah
13. sezuhud-zuhudnya juga.

Perenggan 6

14. Zuhud adalah sebesar-besar jalan untuk sampai kepada Allah, siapa-siapa
15. yang tidak zuhud di dunia ini, dia adalah diumpamakan seperti orang yang
16. mabuk dan orang yang karam di lautan, dia tak dapat berjalan dengan
17. betul dan tak dapat selamat daripada tenggelam, dengan tercengang-cengang dia
18. berkata, manakah jalan yang betul dan manakah perahu yang dapat
19. memberi pertolongan ini.

Perenggan 7

20. Sudah kita katakan bahawa zuhud adalah sebagai tariqah untuk
21. sampai kepada Allah seperti perahu adalah menjadi jalan untuk
22. mengambil permata.


Muka Surat : 29


Perenggan 1

1. Tetapi setelah ianya hampir karam ditanyakan pula di mana perahu,
2. di mana perahu sedangkan dulunya tidak disediakan perahu untuk sampai
3. ke sana dan untuk keselamatan menempuh gelombang.

Perenggan 2

4. Zuhud adalah mempunyai beberapa syarat dan tanda,
5. 1. Bersedia memaafi manusia yang berlaku kasar terhadapnya lantaran
6. mereka itu tak mengetahui dengan hukum-hukum.
7. 2. Tidak menyakiti mereka juga tidak mencela di atas kejahilannya.
8. 3. Putus harap ertinya tidak berharap kepada pemberian manusia
9. atau dengan lain perkataan ialah tak mengharapkan ihsan (kasihan
10. belas) dari orang lain.
11. 4. Murah, ertinya selalu berderma dan memberi pertolongan dengan apa
12. sahaja yang ada padanya, harta benda, tenaga, dan juga fikiran.

Perenggan 3

13. Andaian kita laku empat perkara ini maka kita akan sejahtera
14. daripada kebinasaan, kita akan dikasihi di sisi manusia dan diangkat
15. pangkat di sisi Allah.

Tajuk / Perenggan 4

16. 4. (Belajar Ilmu Syarak)

Perenggan 5

17. Ini juga salah satu dari sembilan perkara yang mesti
18. dilalui, ilmu yang dimaksudkan ialah tiga perkara, iaitu ilmu
19. yang membetulkan ibadat (fiqh) dan ilmu yang membetulkan iktikad (usul
20. al-din) dan ketiganya ialah ilmu yang memperbaiki hati (tasawuf).

Perenggan 6

21. Siapa-siapa juga yang beramal dengan tidak ada ilmu maka


Ulasan

Catatan Popular