Beda Ulama (Alim) vs Awliya (Arif Billah)

     





    Alim tahu dan faham  vs Arif tahu, faham dan alami.


    Orang Alim kelasnya Ulama vs Orang Arif kelasnya Wali.


     Orang-orang Alim berjumpa, buat muktamar, seminar-seminar Ulama' Nusantara,  vs  Orang-orang Arif berjumpa juga Dalam mesyuarat Wali-wali di Alam Malakut, Alam Ardhu Zamzimah.


    Orang Alim kalau terlampau Alim dipanggil 'Allamah'  vs   Orang Arif kalau terlampau Arif dipanggil Hujjahtul Muhaqqiqin.


     Imam Ghazali terlampau 'Allamah' dipanggil Hujjatul Islam, itu sebelum belajar Tasawuf dan Tarekat   vs   Namun apabila Imam Ghazali sudah belajar Tasawuf dan Tarekat, beruzlah selama 11 tahun dipanggil terlampau Arif, Hujjatul Muhaqqiqin.


    Alim ada ijazah, master, phd, mengaji macam-macam pondok, universiti dan ke negara Arab  vs   Arif tak semestinya ada sijil atau Ijazah.


     Orang Alim tahu apa itu gula  vs    Orang Arif rasa itu gula.


     Orang Alim makan gaji ada o.t ada elaun ada upah   vs    Orang Arif makan Waridah dan Zauqiah.


     Orang Alim mudah ada perasaan iri sama-sama Alim  vs    Orang Arif sama-sama Arif sangat Cinta.


     Orang Alim mudah nak tuduh orang-orang Ariff sesat  vs   Orang Arif tak tuduh orang alim tapi sangat hormat.


     Orang Alim ada alim-alim kucing  vs   Orang Arif hina diri.


     Orang Alim dapat Syurga Firdaus  vs     Orang Arif dapat dua Syurga "Syurga Ajilah dan Syurga Aajillah".


     Orang Alim guna akal   vs  Orang Arif guna hati.


     Orang Alim kenal Tuhan secara Samai'  vs    Orang Arif kenal Tuhan secara Zauqi.


     Orang Alim maqam syariat sahaja  vs     Orang Arif maqam syariat, tarekat dan hakikat.


     Orang Alim dapat hidayah umum  vs    Orang Arif dapat hidayah khusus.


     Orang Alim bersama kitab-kitab  vs     Orang Arif bersama ALLAH swt.


     Orang Alim rujuk kitab-kitab   vs     Orang Arif rujuk ALLAH swt.


     Orang Alim ulang alik Alam Mulki   vs     Orang Arif ulang alik Alam Malakut, Jabarut, Lahut...


     Orang Alim sentiasa Ibadah   vs   Orang Arif sentiasa Musyahadah.


     Orang Alim bergelumang Kasbi   vs     Orang Arif bergelumang Wahbi .


     Orang Alim bertaraf Dai'   vs    Orang Arif bertaraf Ulul Albab.


     Orang Alim ialah Abid, ia ibarat air yg menyirami bumi, tetapi ia sendiri tidak mendapat dan tidak merasakan buah yg tumbuh di atas bumi itu.

vs

     Orang Arif yg mengenal akan Haq dan Wajah ALLAH swt.


Araftu Robbi bi Robbi

(aku kenal Tuhanku melalui Tuhanku). 


Diri kita adalah tempat tajalli sifat ketuhanan, karena itu siapa yang kenal akan diri, dia akan mengenal Tuhannya. 

Siapa yang kenal Tuhannya, hilanglah dirinya. Maka timbullah kenal Allah dengan Allah (Syeikh ibn Athaillah). 


Suatu saat amirul mukminin Sayyidina Ali bin Abi Thalib ditanya, "dengan apa engkau mengenal Tuhanmu?"


Beliau menjawab, "dengan cara Dia mengenalkan diri-Nya kepadaku"


Sayyidina Ali ditanya lagi, "Bagaimana Dia mengenalkan diri-Nya kepadamu"? Sayyidina Ali menjawab, "Dia tak menyerupai suatu bentuk dan Dia tak dapat dirasakan dengan indera dan Dia tak boleh dikiaskan dengan manusia. 


Dia dekat dalam kejauhan-Nya dan Dia jauh dalam kedekatan-Nya. Dia berada di atas segala sesuatu dan tidak dapat dikatakan sesuatu berada di atasnya. 


Dia di depan segala sesuatu tetapi tidak dapat dikatakan Dia memiliki depan (wajah). Dia di dalam segala sesuatu tetapi tidak seperti sesuatu yang berada dalam sesuatu. Dan Dia berada di luar sesuatu tetapi tidak seperti sesuatu yang keluar dari sesuatu. 


Maha Suci Dia yang seperti ini dan tidak ada yang seperti ini selain-Nya. Dan segala sesuatu itu ada permulaannya. 


Ulasan

Catatan Popular