TANDA IBADAH RAMADAN DITERIMA

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ 

 Sabda Rasululullah SAW: "Sesiapa yang puasa Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun.” 
 (Hadis Riwayat Muslim:1164) 

 MENURUT Imam Ibnu Rajab RA, diantara tanda puasa Ramadan diterima oleh ALLAH SWT adalah apabila seseorang dapat mengerjakan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal.

 


Puasa enam hari dalam bulan Syawal boleh dilakukan secara berselang-seli, berturut-turut atau mana-mana hari dalam bulan tersebut selain hari pertama Hari Raya Aidilfitri. Tetapi cara yang paling afdhal adalah berturut-turut selepas hari pertama bulan Syawal (iaitu mulai 2 Syawal).

Ulasan

Catatan Popular