Kemahiran Bercerita Yang Jual Berjuta
Apa itu 'hard selling'?
Hard-selling adalah cara menjual dengan 'gaya kasar'.
Contoh teknik hard selling:
+ Menampal foto-foto produk di FB sendiri.
+ Menge-tag orang lain dengan tujuan mahu menjual produk dalam foto.
+ Menampal foto produk di ruangan KOMEN FB orang lain.
+ Membuat LINK bisnes kita di ruangan KOMEN FB orang lain.
+ Menulis KOMEN di FB orang lain sambil menceritakan produk yang dijualnya
Bezakan fb personal dan fb page.
Fb personal untuk bina positioning diri. Bagi orang kenal, bagi orang percaya.
Orang akan mula ambil tahu apa kita buat. Kemudian orang akan mencuba.
Hard selling untuk post di fb page
Suatu ketika dulu saya juga buat hard selling, tak dinafikan pembelian tetap ada namun bukan apa yg kita target. Sampai satu tahap ramai kawan yang unfollow dah unfriend saya.B ila buat teknik bercerita secara santai, share pengalaman kita berniaga, rupanya lebih ramai yang membeli.
Antara teknik soft selling yang saya gunakan adalah, memberikan info info penjagaan postur badan, kepentingan menjaga postur ketika mengangkat barang, postur2 duduk yang betul dan lain lain.
Mesti ramai nak tahu apa sebenarnya saya buat kann?
Ni lah soft selling...



Ulasan
Catat Ulasan