Menghampiri Solat Orang Khawas
2. Mempunyai seorang guru mursyid kamil mukamil (tahap nafsu mardiahiah ke atas atau maqam wali nuqaba) tampa sebarang upah atau imbalan terhadap bimbingan ilmu beliau.
3. Syarat Bujang, Khidmah masa yang lama 20-25 tahun. Kalau sudah berkahwin perlu menyediakan Dana sebanyak RM2juta sebagai Sara hidup.
4. Meninggalkan maksiat zahir & batin.
5. Berzikir Nafi Isbat pada setiap malam & Ismul zat pada malam Jumaat. Sebanyak 1000x selagi ada nyawa.
6. Mandi Sunat Taubat & Berwuduk dengan air laut, air sungai, air perigi, air bukit, air embun dengan kaedah wuduk ahlul haqiqat.
7. Mengekali sifat kehambaan (lemah, hina, miskin, papa & tiada apa apa) dari awal mengambil wuduk hingga memberi salam dalam solat.
8. Mengamalkan Berzikir dgn zikir yang diajarkan nabi saw selepas solat.
9. Doa dengan doa diajarkan Nabi SAW.
(a) Pembukaan Doa
حَمۡدًا يُوَافِيۡ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيۡدَهُ، يَارَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ كَمَا يَنۡبَغِيۡ لِجَلَالِ وَجۡهِكَ وَعَظِيۡمِ سُلۡطَانِكَ، سُبۡحَانَكَ لَا نُحۡصِيۡ ثَنَآءً عَلَيۡكَ أَنۡتَ كَمَا أَثۡنَيۡتَ عَلَى نَفۡسِكَ. وَصَلَّى اللهُ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحۡبِهِ أَجۡمَعِيۡنَ،
Maksud : "Pujian yang sebanding dengan nikmat-nikmat-Nya dan mencukupi tambahan (nikmat)-Nya. Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian sebagaimana yang selayaknya bagi keagungan zat-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu. Maha Suci Engkau, kami tidak mampu menghitung pujian ke atas-Mu, Engkau adalah sebagaimana Engkau memuji diri-Mu sendiri. Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, ahli keluarga, dan para sahabat baginda kesemuanya."
(b) Selawat Munjiyat
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، صَلَاةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ الْأَهْوَالِ وَالْآفَاتِ، وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ، وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ، وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ، وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ، مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِي الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ.
Allahumma shalli ‘ala Sayyidina Muhammadin, shalatan tunjina biha min jami‘il-ahwali wal-afat, wa taqdi lana biha jami‘al-hajat, wa tuthahhiruna biha min jami‘is-sayyi’at, wa tarfa‘una biha ‘indaka a‘lad-darajat, wa tuballighuna biha aqshal-ghayat min jami‘il-khairati fil-hayati wa ba‘dal-mamat.
Maksud : "Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad , dengan rahmat yang dengannya Engkau menyelamatkan kami daripada segala keadaan yang menakutkan dan malapetaka, Engkau menunaikan bagi kami segala hajat, Engkau membersihkan kami daripada segala keburukan, Engkau mengangkat kami di sisi-Mu ke darjat yang tertinggi, dan Engkau menyampaikan kami ke puncak segala tujuan daripada segala kebaikan, semasa hidup mahupun selepas mati."
(c) Doa Penyembuhan
وَنُنَزِّلُ مِنَ الۡقُرۡآنِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحۡمَةٌ لِلۡمُؤۡمِنِيۡنَ , وَيَشۡفِ صُدُوۡرَ قَوۡمٍ مُّؤۡمِنِيۡن , وَشِفَآءٌ لِمَا فِيۡ الصُّدُوۡر , قُلۡ هُوَ لِلَّذِيۡنَ آمَنُوۡا هُدًى وَشِفَآءٌ , وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِيۡنِ فِيۡهِ شِفَاءٌ لِلنَّاس
Dan Kami turunkan daripada al-Quran itu sesuatu yang menjadi penyembuh dan rahmat bagi orang yang beriman."
(Surah Al-Isra': 82)
"Dan (Allah) akan menyembuhkan serta menenangkan dada (hati) orang yang beriman." (Surah At-Tawbah: 14)
"Dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang ada dalam dada (hati)."
(Surah Yunus: 57)
"Katakanlah: Al-Quran itu adalah petunjuk dan penyembuh bagi orang yang beriman." (Surah Fussilat: 44)
"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku."
(Surah Asy-Syu'ara': 80 - Kisah Nabi Ibrahim)
"Di dalamnya (madu lebah) terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia."
(Surah An-Nahl: 69)
(d)
اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Allahumma a'innee 'ala zikrika, wa syukrika, wa husni 'ibadatik.
Maksud : "Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu (berzikir kepada-Mu), bersyukur kepada-Mu, dan memperelokkan ibadahku kepada-Mu."
Hadis sahih riwayat Imam Abu Dawud (no. 1522) dan an-Nasa'i. Kisahnya sangat indah, di mana Rasulullah ﷺ memegang tangan sahabat baginda, Mu'adz bin Jabal, lalu bersabda:
"Wahai Mu'adz! Demi Allah, sesungguhnya aku benar-benar mencintaimu." Kemudian baginda bersabda: "Aku wasiatkan kepadamu wahai Mu'adz, jangan engkau tinggalkan pada setiap kali di akhir solat (sebelum salam atau selepas salam) daripada membaca: (Doa di atas)."
(e) Doa Kehormatan Rumah Tangga
رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ
وَاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ إِمَامًا
Maksud : "Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa."
(Surah Al-Furqan: 74)
(f) Doa agar Selalu Bisa Menegakkan Shalat
رَبِّ اجۡعَلۡنِيۡ مُقِيۡمَ الصَّلَاةِ وَمِنۡ ذُرِّيَّتِيۡ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ، رَبَّنَا اغۡفِرۡلِيۡ وَلِوَالِدَيَّ وَلِلۡمُؤۡمِنِيۡنَ يَوۡمَ يَقُوۡمُ الۡحِسَابُ. رَبِّ أَوۡزِعۡنِيۡ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ الَّتِيۡ أَنۡعَمۡتَ عَلَيَّ وَعَلٰى وَالِدَيَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَالِحًا تَرۡضَاهُ وَأَصۡلِحۡ لِيۡ فِيۡ ذُرِّيَّتِيۡ، إِنِّيۡ تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَإِنِّيۡ مِنَ الۡمُسۡلِمِيۡنَ
Maksud : "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat, dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah bagiku, bagi kedua ibu bapaku, serta bagi orang-orang yang beriman pada hari berlakunya hisab (hari kiamat)."
(Surah Ibrahim: 40-41)
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah kepadaku agar aku tetap bersyukur atas nikmat-Mu yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku, dan agar aku dapat mengerjakan amalan soleh yang Engkau redhai; dan berilah kebaikan kepadaku dengan (menjadikan anak cucu) zuriat keturunanku orang-orang yang soleh. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang Islam (yang berserah diri)."
(Surah Al-Ahqaf: 15)
(g) Doa Dibebaskan Daripada Bebanan Hutang .
Diajarkan oleh Rasulullah ﷺ kepada sahabat baginda, Abu Umamah RA, yang sedang kesusahan dan dililit hutang di dalam masjid. Abu Umamah RA menyatakan bahawa dengan mengamalkannya, Allah SWT telah menghilangkan dukacita dan melunaskan hutangnya.
اَللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Allahumma inni a'uzubika minal hammi wal hazani, wa a'uzubika minal 'ajzi wal kasali, wa a'uzubika minal jubni wal bukhli, wa a'uzubika min ghalabatid-daini wa qahrir-rijal.
Maksud : "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh-kesah (dukacita) dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan bakhil (kedekut), dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan (kekerasan) orang lelaki."
(Riwayat Abu Daud).
💡 Waktu Terbaik untuk Diamalkan
Amalkan doa ini pada waktu pagi dan petang.
(h) Doa Sapu Jagat
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil-akhirati hasanatan waqina 'adhaban-nar
Maksud : “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.”
(Surah Al Baqarah : 201)
(i) Doa Penutup
• Ayat 180: سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ
(Subhana rabbika rabbil-‘izzati ‘amma yasifun)
Maksudnya: "Maha Suci Tuhanmu, Tuhan Yang Mempunyai Keperkasaan dan Kejayaan, dari apa yang mereka sifatkan!"
• Ayat 181: وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ
(Wa salamun ‘alal-mursalin)
Maksudnya: "Dan selamat sejahtera kepada sekalian Rasul."
• Ayat 182: وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
(Wal-hamdu lillahi rabbil-‘alamin)
Maksudnya: "Serta segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam."
(Surah As-Saffat: 180-182)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang ingin timbangan pahalanya dipenuhkan dengan ganjaran yang melimpah-limpah pada hari kiamat, maka hendaklah dia membaca (tiga ayat ini) di akhir majlisnya atau ketika dia bangun dari majlisnya." (Tafsir Ibnu Kathir).
Imam Qurthubi juga menyatakan bahawa Harun Abdi dari Abu Said al Khudri telah berkata: Aku sering mendengar Rasulullah SAW membaca tiga ayat terakhir dari surah Ash Shaffat di akhir selawat atau ketika hendak beredar dari tempatnya.
Al Mawardi menyebutkan : Asy Sya’bi meriwayatkan, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :
Barangsiapa ingin supaya pahalanya ditimbang dengan takaran yang mencukupi pada hari kiamat, maka hendaklah ia membaca di akhir majlis sewaktu hendak berdiri: Maha Suci Tuhanmu Yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka katakan dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.
(Surah Ash Shaffat : 180-182).
10. Istiqfar Shaghir
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ، مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ عَظِيمٍ، وَمِنْ كُلِّ الْمَعَاصِي، صَغِيرًا وَكَبِيرًا، ظَاهِرًا وَبَاطِنًا، قَوْلًا وَفِعلاُ، طَاعَةً وَعِبَادَةً، عَمْدًا وَخَطَأً، سِرًّا وَجَهْرًا، أَوَّلًا وَآخِرًا. يَا اللهُ (٣٠)يَا رَحْمٰنُ يَا رَحِيمُ، يَا غَفُورُ يَا رَحِيمُ. آمِينَ (٣٠) يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
Rumi: Astaghfirullāhal-‘aẓīm, min kulli żanbin ‘aẓīm, wa min kullil-ma‘āṣī, ṣaghīran wa kabīran, ẓāhiran wa bāṭinan, qawlan wa fi‘lā, ṭā‘atan wa ‘ibādatan, ‘amdan wa khaṭa’ā, sirran wa jahrā, awwalan wa ākhirā. Yā Allāh (3x), Yā Raḥmānu Yā Raḥīm, Yā Ghafūru Yā Raḥīm. Āmīn (3x) Yā Rabbal-‘ālamīn.
Maksud : "Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung, daripada setiap dosa yang besar, dan daripada segala maksiat, yang kecil mahupun yang besar, yang zahir mahupun yang batin, pada perkataan mahupun perbuatan, dalam ketaatan mahupun ibadah, secara sengaja mahupun tersilap, secara sembunyi mahupun terang-terangan, yang awal mahupun yang akhir.
Wahai Allah (3x) Wahai Yang Maha Pengasih, Wahai Yang Maha Penyayang, Wahai Yang Maha Pengampun, Wahai Yang Maha Penyayang.
Kabulkanlah (3x) Wahai Tuhan sekalian alam."
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهُ : دِقَّهُ وَجِلَّهُ، وَأَوَّلَهُ وَآخِرَهُ، وَعَلَانِيَتَهُ وَسِرَّهُ
Maksudnya: "Ya Allah, ampunilah dosaku semuanya; yang kecil mahupun yang besar, yang awal mahupun yang akhir, yang zahir mahupun yang sembunyi."
(Hadith Sahih Riwayat Muslim, no. 483)
(Hadith Sahih Riwayat Muslim, no. 483)
11. Istighfar Rabbal Baroya (3 Kali)
أَسْتَغْفِرُ اللهَ رَبَّ الْبَرَايَا، أَسْتَغْفِرُ اللهَ مِنَ الْخَطَايَا. (٣٠)
- Rumi: Astaghfirullāha rabbal-barāyā, astaghfirullāha minal-khaṭāyā. (3x)
- Maksud: "Aku memohon ampun kepada Allah, Tuhan sekalian makhluk. Aku memohon ampun kepada Allah daripada segala dosa dan kesilapan."
12. Zikir Hasbunallah (Surah Ali 'Imran: 173)
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ، نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ،
غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
(3x)
"Ḥasbunallāhu wa ni‘mal-wakīl, ni‘mal-maulā wa ni‘man-naṣīr. Ghufrānaka rabbanā wa ilaikal-maṣīr."
- Maksud Keseluruhan: "Cukuplah Allah bagi kami sebagai penolong, dan Dia adalah sebaik-baik pengurus (segala urusan). Dia adalah sebaik-baik Pemimpin dan sebaik-baik Penolong. (Kami memohon) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali."
Ibnu Abbas RA menceritakan kekuatan zikir ini dalam hadith sahih:
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ : قَالَهَا إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلَامُ حِينَ أُلْقِيَ فِي النَّارِ، وَقَالَهَا مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ قَالُوا: إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا
Maksudnya: "'Cukuplah Allah bagi kami dan Dia adalah sebaik-baik pengurus (segala urusan).' Kalimah ini diucapkan oleh Nabi Ibrahim AS ketika dicampakkan ke dalam api, dan ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad ﷺ ketika orang (musyrik) berkata: 'Sesungguhnya manusia telah mengumpul tentera untuk menyerang kamu, maka takutilah mereka.' Namun perkhabaran itu membuatkan iman mereka semakin bertambah."
(Hadith Sahih Riwayat Al-Bukhari, no. 4563)
- Surah Al-Baqarah, ayat 285 (Ghufrānaka rabbanā wa ilaikal-maṣīr). Ayat ini diturunkan apabila para Sahabat berasa berat dengan lintasan hati mereka, lalu Allah menurunkan ayat ini sebagai pengajar agar orang mukmin sentiasa tunduk memohon ampun dan berserah diri tentang tempat kembali.
13. Selawat Bertingkat & Penutup (3 Kali / 1 Kali)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَبَارِكْ عَلَيْهِ. (٣٠)
• Rumi: Allāhumma ṣalli ‘alā Muḥammad, Allāhumma ṣalli wa sallim, Allāhumma ṣalli wa bārik ‘alaih. (3x)
Maksud:
"Ya Allah, limpahkanlah rahmat-Mu ke atas Nabi Muhammad. Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan. Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan keberkatan ke atasnya. (3x)"
Sabda Nabi ﷺ:
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: "Sesiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah akan berselawat (merahmati) ke atasnya sebanyak sepuluh kali."
(Hadith Sahih Riwayat Muslim, no. 408)
Susunan tiga fasa (Ṣalli, Sallim, Bārik) merupakan adab tertinggi yang digariskan ulama bagi menghimpunkan permohonan rahmat, keselamatan, dan keberkatan yang melimpah-ruah untuk Baginda ﷺ.
Penutup:
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ تَقَبَّلَ اللهُ ياكَرِيم
Taqaballah minna waminkum taqaballah ya karim
"Semoga Allah menerima (amalan) daripada kami dan daripada kamu, semoga Allah yang Maha Pemurah menerimanya."



Ulasan
Catat Ulasan