Ghuraba vs Masyaikh Fulus


Makanan Halal & Bebas Syubahah Asas Kepada Taqwa



BAB 1: KEUTAMAAN MUTLAK MENCARI YANG HALAL


Hadith 1: Status Wajib Menapis Makanan 

 «طَلَبُ الْحَلَالِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ» [رواه الطبراني] 

 “Mencari yang halal itu adalah fardhu (wajib) ke atas setiap orang Islam.” 
(Riwayat al-Tabarani). 

 Hadith 2: Kedudukan Pencari Halal Setaraf Syuhada

  «مَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلَالًا فِي عَفَافٍ كَانَ فِي دَرَجَةِ الشُّهَدَاءِ» [رواه الطبراني] 

 “Sesiapa yang mencari rezeki dunia secara halal demi menjaga kehormatan dirinya, maka dia berada pada derajat para syuhada (orang yang mati syahid).” 
(Riwayat al-Tabarani). 

 Hadith 3: Kepentingan Sifat Warak Menyaring Rantaian Makanan 

 «لَا تَأْكُلْ إِلَّا طَعَامَ تَقِيٍّ، وَلَا يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلَّا تَقِيٌّ» 
 [رواه أبو داود والترمذي] 

 “Janganlah kamu makan melainkan makanan orang yang bertakwa, dan janganlah memakan makananmu melainkan orang yang bertakwa.”
 (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmidzi). 

 Hadith 4: Keluar Daripada Keraguan Syubhah 

 «فَمَنْ اتَّقَى الشُّهَبَاتِ فَقَدْ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ» [رواه البخاري ومسلم] 

 “Sesiapa yang menjauhi perkara-perkara syubhah bererti telah membersihkan agama dan kehormatannya. Sebaliknya, mendekati syubhah berisiko menjerumuskan seseorang ke dalam perkara haram.”
 (Riwayat al-Bukhari & Muslim). 

 Hadith 19: Amalan Penentu Kemanisan Iman 

 «مَنْ أَكَلَ الطَّيِّبَ، وَعَمِلَ فِي سُنَّةٍ، وَأَمِنَ النَّاسُ بَوَائِقَهُ، دَخَلَ الْجَنَّةَ» [رواه الترمذي] 

 “Sesiapa yang memakan makanan yang baik (halal), beramal mengikut sunnah, dan manusia merasa aman daripada kejahatannya, maka dia pasti masuk syurga.” 
(Riwayat al-Tirmidzi). 

 Hadith 20: Rezeki Halal Adalah Penghapusan Dosa

  «مَنْ أَمْسَى كَالًّا مِنْ عَمَلِ يَدَيْهِ طَلَبَ الْحَلَالِ، أَمْسَى مَغْفُورًا لَهُ» [رواه الطبراني في الأوسط]

 “Sesiapa yang pada waktu petangnya berada dalam keadaan keletihan kerana bekerja dengan kedua tangannya mencari rezeki yang halal, maka pada petang itu juga dosa-dosanya diampunkan.” 
 (Riwayat al-Tabarani). 

 Hadith 21: Empat Perkara yang Menjamin Dunia di Tangan

  «أَرْبَعٌ إِذَا كُنَّ فِيكَ فَلَا عَلَيْكَ مَا فَاتَكَ مِنَ الدُّنْيَا: حِفْظُ أَمَانَةٍ، وَصِدْقُ حَدِيثٍ، وَحُسْنُ خَلِيقَةٍ، وَعِفَّةٌ فِي طُعْمَةٍ» [رواه أحمد] 

 “Empat perkara sekiranya ada pada dirimu, maka tidak mengapa apa sahaja yang luput daripadanya daripada urusan dunia: Menjaga amanah, jujur dalam berkata-kata, berakhlak mulia, dan menjaga kesucian (halal) pada makanan.” 
(Riwayat Imam Ahmad). 

 Hadith 22: Pengorbanan Saidina Abu Bakar Memuntahkan yang Syubhah

  «فَأَدْخَلَ أَبُو بَكْرٍ يَدَهُ، تَقَاءَ كُلَّ شَيْءٍ فِي بَطْنِهِ» 
 [رواه البخاري] 

 “Maka Abu Bakar terus memasukkan jarinya ke dalam kerongkong, lalu memuntahkan kembali setiap apa yang telah masuk ke dalam perutnya (kerana takut sumber syubhah).” 
(Riwayat al-Bukhari). 

 Hadith 23: Ketakutan Nabi Terhadap Sebiji Kurma yang Tidak Jelas Sumbernya 
 

 “Sesungguhnya aku pulang ke rumah... aku mendapati sebiji kurma terjatuh di atas tempat tidurku... kemudian aku takut sekiranya kurma itu daripada harta sedekah (yang haram atas Nabi), lalu aku mencampakkannya kembali.” 
 (Riwayat al-Bukhari & Muslim). 

 Hadith 24: Keberkatan Hanya Ada Pada yang Halal

  «إِنَّ هَذَا الْمَالَ خَضِرَةٌ حُلْوَةٌ، فمَنْ أَخَذَهُ بِحَقِّهِ بُورِكَ لَهُ فِيهِ» [رواه البخاري] 

 “Sesungguhnya harta ini ibarat buah-buahan yang hijau lagi manis. Maka sesiapa yang mengambilnya dengan jalan yang hak (halal), dia akan diberkati dalam harta tersebut.” 
(Riwayat al-Bukhari). 

 Hadith 25: Warak Menjadi Benteng Tertinggi Iman

  «فَضْلُ الْعِلْمِ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ فَضْلِ الْعِبَادَةِ، وَخَيْرُ دِينِكُمُ الْوَرَعُ» [رواه الطبراني] 

 “Kelebihan ilmu itu lebih aku cintai daripada kelebihan ibadah, dan sebaik-baik urusan agamamu adalah sifat WARAK (menapis yang haram/syubhah).” 
(Riwayat al-Tabarani). 

 Hadith 26: Larangan Membeli Barang yang Diketahui Bersumberkan Batil

  «مَنِ اشْتَرَى سَرِقَةً وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهَا سَرِقَةٌ، 
 فَقَدْ شَرِكَ فِي عَارِهَا وَإِثْمِهَا» [رواه الحاكم] 

 “Sesiapa yang membeli barang curian (atau produk yang diketahui rantaiannya batil/zalim) sedangkan dia mengetahuinya, maka dia telah bersubahat dalam aib dan dosanya.” 
(Riwayat al-Hakam).



  BAB 2: AZAB KEROSAKAN DAN ANCAMAN KE ATAS YANG HARAM 


 Hadith 5: Tubuh Badan Menjadi Bahan Bakar Neraka

  «كُلُّ جَسَدٍ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ فَالنَّارُ أَوْلَى بِهِ» 
 [رواه الطبراني والبيقهي] 

 “Setiap jasad (daging) yang tumbuh daripada sumber yang haram (atau syubhah), maka nerakalah yang lebih utama baginya.” 
(Riwayat al-Tabarani dan al-Baihaqi). 

 Hadith 6: Daging yang Membesar Daripada Sumber Khabith (Kotor) 

 «لَا يَرْبُو لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ إِلَّا كَانَتِ النَّارُ أَوْلَى بِهِ»
 [رواه الترمذي] 

 “Tidak akan tumbuh membesar sepotong daging yang diberi makan daripada sumber yang haram (atau syubhah), melainkan nerakalah yang paling utama untuk membakarnya.” 
(Riwayat al-Tirmidzi, Hadith Hasan).

 Hadith 7: Penafian Syurga Secara Mutlak

  «لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ جَسَدٌ غُذِيَ بِالْحَرَامِ» [رواه أبو يعلى] 

 “Tidak akan masuk syurga mana-mana jasad yang diberi makan (atau dibesarkan) dengan perkara yang haram/syubhah.” (Riwayat Abu Ya'la).

 Hadith 8: Kehilangan Keberkatan Harta Di Dunia dan Akhirat

  «مَنِ اكْتَسَبَ مَالًا مِنْ حَرَامٍ لَمْ يَقْبَلِ اللَّهُ مِنْهُ صَدَقَةً، وَلَمْ يُبَارِكْ لَهُ فِيهِ، وَمَا خَلَّفَهُ كَانَ زَادَهُ إِلَى النَّارِ» [رواه ابن حبان] 

 “Sesiapa yang mengumpul harta daripada sumber yang haram/syubhah, Allah tidak akan menerima sedekahnya, tidak akan memberkati harta tersebut, dan apa sahaja yang dia tinggalkan akan menjadi bekalannya ke neraka.” 
 (Riwayat Ibnu Hibban). 



  BAB 3: TERTOLAK DOA DAN SEGALA AMAL IBADAH 

 Hadith 9: Sekatan Doa Kerana Perut Dipenuhi yang Haram 

 «وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَهُ؟» [رواه مسلم]” 

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
"Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Allah itu Maha Baik dan Dia tidak menerima melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang Dia perintahkan kepada para Rasul.
Allah SWT berfirman: 'Wahai para Rasul! Makanlah daripada makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.' 
(Surah Al-Mu'minun, ayat 51).
Dan Allah SWT berfirman: 'Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah daripada rezeki yang baik-baik yang telah Kami berikan kepada kamu.' 
(Surah Al-Baqarah, ayat 172).
Kemudian Baginda SAW menyebut tentang seorang lelaki yang melakukan musafir yang jauh, rambutnya kusut masai dan berdebu. Dia menadah kedua-dua tangannya ke langit sambil berdoa: 'Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!' Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan dia diberi makan dengan yang haram. Maka bagaimanakah doanya akan dimakbulkan?"(Riwayat Muslim). 

 Hadith 10: Sekatan Ibadah dan Doa Selama 40 Hari

  «أَطِبْ مَطْعَمَكَ تَكُنْ مُسْتَجَابَ الدَّعْوَةِ،
 وَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، إِنَّ الْعَبْدَ لَيَقْذِفُ اللُّقْمَةَ الْحَرَامَ 
فِي جَوْفِهِ مَا يُقْبَلُ مِنْهُ عَمَلٌ أَرْبَعِينَ يَوْمًا» [رواه الطبراني] 

 “Perbaikilah (halalkanlah) makananmu, nescaya kamu akan menjadi orang yang makbul doanya. Demi Tuhan yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, tidak akan diterima amalnya selama 40 hari.” 
 (Riwayat al-Tabarani). 

 Hadith 11: Zikir Malam yang Menjadi Sia-sia (Kekenyangan Sumber Syubhah)

 «مَنْ نَامَ عَلَى شِبَعٍ مِنْ طَعَامٍ حَرَامٍ أَوْ شُبْهَةٍ، لَمْ يَقُمْ تِلْكَ اللَّيْلَةَ لِعِبَادَةٍ، وَإِنْ قَامَ لَمْ يُقْبَلْ مِنْهُ» [رواه الحكيم الترمذي] 

 “Sesiapa yang tidur dalam keadaan kekenyangan daripada makanan yang haram atau syubhah, dia tidak akan diberikan kekuatan untuk bangun malam beribadah. Dan sekiranya dia bangun juga (untuk berzikir), amalan tersebut tidak akan diterima.” 
 (Riwayat al-Hakim al-Tirmidzi). 

 Hadith 12: Ibadah Tanpa Warak Diibaratkan Membina Di Atas Air

  «العِبَادَةُ مَعَ أَكْلِ الحَرَامِ كَالبِنَاءِ عَلَى المَاءِ» [رواه الديلمي] 

 “Melakukan ibadah (termasuk bersuluk dan berzikir beribu kali) dalam keadaan perutnya diisi dengan makanan yang haram/syubhah adalah seperti membina bangunan di atas air.” 
 (Riwayat al-Dailami). 

 Hadith 13: Pahala Sebesar Gunung Ditukarkan Menjadi Debu

  «يَأْتِي نَاسٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِحَسَنَاتٍ أَمْثَالِ جِبَالِ تِهَامَةَ، فَيَجْعَلُهَا اللَّهُ هَبَاءً مَنْثُورًا... كَانُوا يَصُومُونَ وَيُصَلُّونَ... وَلَكِنَّهُمْ إِذَا عُرِضَ عَلَيْهِمْ شَيْءٌ مِنَ الْحَرَامِ وَالظُّلْمِ أَخَذُوهُ» [رواه الروياني] 

 “Akan datang pada hari kiamat sekelompok manusia yang membawa pahala amalan sebesar gunung-gunung Tihamah, lalu Allah menjadikannya debu yang berterbangan. (Sahabat bertanya siapa mereka)... Nabi bersabda: 'Mereka dahulu berpuasa, bersolat, dan mengambil bahagian ibadah malam, tetapi apabila dihidangkan kepada mereka sesuatu daripada perkara haram, syubhah, dan kezaliman, mereka tetap mengambil dan memakannya.'” 
 (Riwayat al-Ruyani). 

 Hadith 14: Solat Ditolak Kerana Satu Dirham Wang Haram pada Pakaian 

 «مَنْ اشْتَرَى ثَوْبًا بِعَشَرَةِ دَرَاهِمَ وَفِيهِ دِرْهَمٌ حَرَامٌ، لَمْ يَقْبَلِ اللَّهُ لَهُ صَلَاةً مَا دَامَ عَلَيْهِ» [رواه أحمد] 

 “Sesiapa yang membeli sehelai pakaian dengan harga sepuluh dirham, sedangkan di dalam wang tersebut terdapat satu dirham daripada sumber yang haram, maka Allah tidak akan menerima solatnya selagi pakaian itu melekat pada tubuhnya.” (Riwayat Imam Ahmad). 




  BAB 4: KEZALIMAN MAJIKAN/KAPITALIS KE ATAS SESAMA MAKHLUK 


 Hadith 15: Penindasan Tenaga Kerja dan Sekatan Hak Ibadah (Nabi Menjadi Musuh) 

 «ثَلَاثَةٌ أَنَا خَصْمُهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ:... وَرَجُلٌ اسْتَأْجَرَ أَجِيرًا فَاسْتَوْفَى مِنْهُ وَلَمْ يُعْطِ أَجْرَهُ» [رواه البخاري]

 “Tiga golongan yang Aku (Nabi SAW) sendiri akan menjadi musuh mereka pada hari kiamat:... (salah seorangnya) orang yang mengupah pekerja, memerah seluruh tenaga pekerja itu (demi KPI), tetapi dia tidak menunaikan hak/gaji pekerja tersebut.” (Riwayat al-Bukhari). 

 Hadith 16: Penipuan Label dan Hakikat Proses (Al-Ghisy) 

 «أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ؟ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي» [رواه مسلم] 

 “Mengapa kamu tidak meletakkan bahagian yang basah/rosak itu di sebelah atas supaya manusia dapat melihatnya? Sesiapa yang menipu (menyembunyikan keburukan proses/produk di sebalik label yang indah), maka dia bukan daripada golonganku.” (Riwayat Muslim). 

 Hadith 17: Pengkhianatan Pengurusan Terhadap Orang di Bawah Urusan 

 «مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً، يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ، إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ» [رواه البخاري ومسلم] 

 “Mana-mana hamba yang diberikan tanggungjawab oleh Allah untuk memimpin atau menguruskan urusan orang lain, lalu dia mati dalam keadaan menipu dan mengkhianati orang di bawah urusannya, melainkan Allah mengharamkan syurga ke atasnya.” 
 (Riwayat al-Bukhari & Muslim). 

 Hadith 18: Pengusiran daripada Kolam Nabi Kerana Bersekongkol dengan Kezaliman Industri 

 «سَيَكُونُ مِنْ بَعْدِي أُمَرَاءُ، فَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ وَلَا يَرِدُ عَلَيَّ الْحَوْضَ» [رواه الترمذي والنسائي وأحمد] 

 “Akan ada setelahku para pemimpin (termasuk pemilik industri/majikan yang zalim). Maka sesiapa yang masuk menemui mereka, lalu membenarkan penipuan mereka dan membantu kezaliman mereka (seperti menutup surau/menyekat solat), maka dia bukan daripada golonganku dan aku bukan daripada golongannya, serta dia tidak akan dapat mendatangi kolamku (Al-Kautsar) pada hari kiamat.” 
(Riwayat al-Tirmidzi, al-Nasai, dan Ahmad)

Ulasan

Catatan Popular