Selawat Adzimiyyah - Sayyid Ahmad Al Idrisi

Selawat Adzimiyyah ini adalah milik Al Qutb An Nafis Al Imam Akbar Sayyidi Ahmad Ibn Idris RA melalui talaqqi yg spesial dengan bertalaqqi berdepan dengan Nabi Muhammad ﷺ Dan Sayyidina Khidir ( Nabi Khidir ) . Rasulullah ﷺ berkata kepada Nabi Khidir : *WAHAI KHIDIR AJARKAN KEPADA NYA ( SAYYID AHMAD IBN IDIRS ) APA YANG TELAH AKU AJARKAN KEPADA MU* Lalu Nabi Khidir mengijazahkan dan mengajar kan 3 amalan kepada SAYYID AHMAD IBN IDRIS iaitu : 1. Tahlil Makhsus 2. Sholawat Adzimiyah 3. Istighfar Kabir Kelebihan Selawat Adzimiyah bagi pendapat Para Ulama/Wali/Ahlul Kasyaf : 1. Sheikh Ibrahim ar-Rashid, beliau berkata (mengenai kelebihan membaca Selawat Adzimiyah sekali): "Ini melebihi (selawat) Dala-il al-Khayrat seribu ribu ribu ribu ribu kali." Dia berkata, "seribu" 20 kali. 1 kali baca Selawat Adzimiyah adalah bersamaan baca 20,000 kali baca Selawat Dala-ilul Khairat. Selawat Dala-ilul Khairat ialah satu kitab tebal yang menghimpunkan beratus-ratus jenis selawat yang muktabar. Kitab Selawat Dala-ilul Khairat, Selawat setebal 225 muka surat. Nak khatamkannya mengambil masa seminggu, baru dapat dikira 1 kali baca Selawat Dala-ilul Khairat. Tapi 1 kali baca Selawat Adzimiyah bersamaan dengan baca 20,000 kali Selawat Dala-ilul Khairat. Telah berkata lagi asy-Syaikh Muhammad ibn Ahmad ad-Dandarawi mengenai kelebihan selawat ini: Kelebihan selawat ini bagi siapa yang banyak membacanya bisa menjadi sebab si pembaca berjumpa dan berkumpul dengan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam (di kala mimpi dan jaga). Catatan: Sayyid Habib Al-Haddar Muhammad Al-Haddar mengatakan : "Barang siapa membaca selawat Adzimiyah 3 kali, maka suatu saat dia akan bermimpi bertemu Nabi ﷺ ". Sayyid Muhammad Alwi al-Maliki berkata : " Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali sebelum waktu shubuh, maka ia dapat berguna untuk mimpi bertemu Nabi ﷺ ". (Habib Husin Muhammad Syadad bin Umar, Do'a-do'a bertemu Nabi SAW, hal. 146, Pustaka Hidayah) Habib Ahmad bin Hasan Ra. berkata: "Aku memberi salah seorang sadah (keturunan ahlul bait) ijazah untuk membaca selawat ini, setelah ia meninggal dunia, aku mimpi bertemu dengannya, ia berkata kepadaku : 'ketika jasadku diletakkan di kubur, datang makhluk yang menakutkan dari alam barzakh. Selawat Agung (Adzimiyah) ini melindungiku hingga lenyaplah rasa takut dari hatiku". Sayid Ahmad Syarif as-Sanusi Ra. meriwayatkan bahawa Sayyid Muhammad bin Ali as-Sanusi Ra. suatu ketika menerangkan keutamaan membaca Selawat ‘Adzimiyah, bahwa sesungguhnya membaca Selawat ‘Adzimiyah sekali menandingi bacaan Kitab Selawat Dala-ilul Khairat sebanyak 33.333 kali. Ditanyakan mengapa demikian? Karena keutamaan Selawat ‘Adzimiyah itu disebabkan keutamaan para Guru-guru Ra (yang meriwayatkannya). Ahli hadist dua kota suci Makkah dan Madinah, Allah Yarhamuh as-Sayyid Muhammad Bin Alawiy Bin Abbas al-Malikiy menyebutkan; Siapa yang membaca shalawat Azhimiyah 70 kali sebelum terbit fajar, maka ia akan melihat Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Para ulama ahli asrar menyatakan: Siapa saja yang membaca shalawst Azhimiyah 92 kali, maka shalawat itu tak ubahnya bagaikan pedang yang tajam sehingga dengan cepat mengabulkan segala hajatnya secepat pedang tajam memutuskan leher binatang sembelihan. Fadhilah lainnya: dialam kubur sang mayyit akan diberi lentera yg tak terhitung jumlahnya, Diberi tempat tidur yg tak terhitung jumlahnya, Dan dialam kuburnya akan diluaskan sejauh mata memandang ● Pengamalan Sholawat Azimiyah 1. Bisa dibaca sekali dalam sehari 2. Bisa dibaca 1x pagi dan 1x sore 3. Bisa dibaca 1x setiap selesai Sembahyang Fardu Abah Guru Sekumpul mengatakan: ● Sholawat Azimiyah adalah kumpulan jutaan Sholawat ● Sholawat Azimyah adalah pembesar Sholawat

Ulasan

Catatan Popular