DOA DI HARI ARAFAH
"Sebaik-Baik Doa"
Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah,
dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan
dicapkan oleh para Nabi sebelumku adalah,
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ، لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ
وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.
"Tidak ada yang berhak disembah selain
Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya,
milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala
pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala
sesuatu."
[Hadith Riwayat At-Tirmizi 3585]
Doa Memohon Keampunan
• Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah
dosa-dosa kami dan maafkanlah
kesilapan kami zahir dan batin.
• Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami,
dosa kedua Ibu Bapa kami, dosa masyarakat
kami dan dosa seluruh ummat Islam yang
telah meninggal dunia mahupun yang
masih hidup.
• Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan
apa yang telah dipohonkan oleh
Rasulullah dan kami meminta
perlindungan dari apa yang pernah
diminta perlindungan oleh Rasulullah
• Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan
syurga tanpa hisab, dan berilah kekuatan
taufiq dan hidayah kepada kami, supaya
kami dapat melakukan asbab yang
membawa kami ke arahnya, selamatkan
kami Ya Allah dari asbab yang membawa
kami ke neraka.
Doa Hidayah & Kekuatan
• Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau
sahajalah yang mengetahui kelemahan
diri kami zahir dan batin, berilah kekuatan,
taufiq dan hidayah kepada kami supaya
kami dapat memperbaiki kelemahan
diri kami Ya Allah.
Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu,
iman dan amal. Hidupkanlah kami dalam
Islam dan matikanlah kami dalam Islam.
• Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan
kepada Engkau iman yang sempurna, ilmu
yang memberi manfaat, rezeki yang halal,
anak yang soleh solehah, rumahtangga
yang bahagia, usia yang berkat, doa yang
mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan
yang berterusan, hutang yang terbayar,
keselamatan di dunia ini dan di
akhirat nanti.
"Mohonlah hidayah,
kerana hidayah itu
adalah nikmat
terbesar.
Doa
Husnul Khatimah
• Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami
husnul khatimah di penghujung usia kami.
Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan
beriman, mengucap kalimah tauhid, dan
dalam keredaan-Mu.
Ya Allah, jauhkanlah kami daripada mati
dalam keadaan su'ul khatimah, fitnah dajjal,
dan azab kubur.
Ya Allah, jadikanlah akhir hidup kami
sebagai penutup yang indah, dan kurniakanlah
kami syurga Firdaus sebagai tempat kembali.
Ya Allah, permudahkanlah kami untuk
bertaubat, dan janganlah Engkau tarik nyawa
kami melainkan dalam keadaan kami
Redha kepada-Mu.
Doa
Keselamatan Akhirat
Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami
semasa dalam perjalanan menuju mahsyar,
selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di
padang mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam
tujuh golongan orang yang mendapat bayangan
naungan arasy Engkau Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami
dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin
semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami
Ya Allah dengan hisab yang sedikit, berilah peluang
kepada kami untuk mendapat syafaat Nabi kami
Muhammad.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang
yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya
menerima suratan amal dengan tangan kanan.
Doa
Taubat
Ya Allah, berilah kesempatan kepada kami
meminum air kolam Nabi kami Al-Kauthar,
selamatkan kami semasa menyeberangi titian
Siratol Mustaqim dan masukkanlah kami ke
syurga-Mu bersama-sama dengan orang-orang
yang mulia di sisi-Mu Ya Allah.
• Ya Allah Ya Tuhan kami, apalah kiranya Engkau
akan lakukan pada petang, saat dan ketika ini
kepada seorang hamba-Mu yang hina yang
mengaku berdosa dan bersalah, yang merayu
kepada-Mu di atas kejahatan, yang bertaubat
kepada-Mu kerana dosanya, yang memohon
keampunan kepada-Mu kerana kezalimannya,
yang mengharapkan kemaafan-Mu kerana
kesilapannya, yang merayu kepada-Mu supaya
tercapai segala hajatnya, yang mengharapkan
limpahan rahmat-Mu, walaupun dengan dosa
yang begitu banyak laksana buih di lautan.
Doa Pengharapan
• Ya Allah, kepada-Mu lah kami meletakkan
segala harapan kami, kepada-Mu lah kami
memohon kemurahan rahmat, kami takut
kepada dosa kami, oleh itu kepada-Mu lah
kami berlindung dari bencana dosa kami.
• Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah yang
memiliki seluruh hajat orang-orang yang
memohon, yang mengetahui seluruh
kandungan hati orang-orang yang merayu
merintih pada-Mu.
• Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah
permohonan kami ini, mustajabkanlah doa
kami ini Ya Allah, dengan berkat Nabi kami
Muhammad ﷺ dan dengan berkat amalan
kami yang paling ikhlas kepada-Mu Ya Allah.
Doa Nabi Adam AS
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِن لَّمْ
تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ
مِنَ الْخَاسِرِينَ
"Ya Tuhan kami, kami telah
menzalimi diri kami sendiri.
Jika Engkau tidak mengampuni kami
dan memberi rahmat kepada kami,
niscaya kami termasuk
orang-orang yang rugi."
[Surah Al-A'raf 7: 23]
Doa Taubat & Pengampunan
• Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui betapa
menderitanya diri kami dengan lumuran dosa.
Betapa sengsaranya hidup kami dengan
menutupi aib. Betapa hinanya diri kami
dengan maksiat.
• Bersihkan kami Ya Allah, bersihkan dosa kami
Ya Allah. Ampuni dosa kami kepada orang tua
kami. Ampuni kami jikalau mereka menyesal
melahirkan kami. Ampuni dosa kami kepada
keluarga kami Ya Allah, kepada anak-anak kami.
Jangan biarkan mereka menuntut kami di akhirat,
berikan kesempatan bagi kami memperbaiki
segalanya.
Ya Allah, ampuni kami jikalau kami sering
menzalimi hamba-hamba-Mu yang lemah.
Berikan kesanggupan bagi kami untuk
terpelihara dari kezaliman Ya Sami'ul Alim,
wahai Yang Maha Mendengar, hanya
Engkaulah tumpuan harapan kami.
Doa Keluarga Soleh
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا
قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu
ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata:
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari
isteri-isteri dan zuriat keturunan kami
perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,
dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang
yang (mahu) bertaqwa."
[Surah Al-Furqan 25: 74]
Doa Untuk Keluarga
Ya Allah,jadikan kaum muslimin ini menjadi
suami yang benar menjadi ayah yang jujur
dan menjadi lelaki yang soleh.
Ya Allah,jadikan kaum muslimah ini menjadi
isteri yang solehah,menjadi ibu yang solehah
dan menjadi muslimah yang terpelihara.
Ya Allah,kurniakan keturunan yang lebih baik
kepada kami dan lindungilah ianya dari
kederhakaan dan kehinaan dunia akhirat.
Ya Allah berkatilah sisa umur kami.
Berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan
kepada kami.Berkatilah ilmu yang
Engkau kurniakan.Berkatilah sisa
umur ini.
Doa
Untuk Seluruh
Umat Islam
“Ya Allah,ampunilah seluruh kaum
muslimin dan kaum muslimat,kaum
mukminin dan kaum mukminat,
baik yang masih hidup mahupun
yang sudah meninggal dunia.”
Doa Untuk Saudara Selslam
Ya Allah,selamatkan ummat Islam.Ya Allah,selamatkan
ummat Islam.Ya Allah,jangan biarkan Engkau
saksikan kami terhina seperti ini.Persatukan hati kami
Ya Allah.Bangkitkan para pemimpin yang mencintai-Mu
dan mencintai ummat-Mu.
Tolonglah saudara kami yang teraniaya di penjuru
mana pun Ya Allah.Jangan biarkan kaum zalim berjaya
atas kaum beriman.Ya Allah,jangan biarkan kaum
yang ingkar kepada-Mu menzalimi kaum yang bersujud kepada-Mu.
Bantulah saudara kami,pejuang-pejuang
lslam dan ummat Islam di Palestin,
Afghanistan dan seluruh pejuang
agama-Mu dimana jua mereka berada.
Ya Allah,mereka dalam genggaman-Mu.
Ya Allah,cegahlah kezaliman ke atas
ummat-Mu Ya Allah.
Doa Untuk Negara
·Ya Allah,selamatkan negeri kami.Ya Allah,Engkaulah
yang maha tahu keadaan negeri kami.Jangan biarkan
ummat-Mu seramai ini ditindas dan dihina.Bangkitkan
Ya Allah.Jadikan negeri kami negeri yang memancarkan
cahaya Islam,menjadi negeri yang rahmatan lilaalamiin.
● Ya Allah,kurniakan kepada kami pemimpin yang soleh,
para pemimpin yang mencintai ummat-Mu,para
pemimpin yang teguh hidup di jalan-Mu dan para
pemimpin yang benar-benar menjadi suri tauladan
bagi kami.
·Ya Allah yang Maha Agung,undanglah kami,keluarga
kami dan keturunan kami,dengan orang-orang yang
berbuat baik kepada kami.Ya Allah,izinkan kelak kami
bertemu dengan-Mu Ya Allah,bertemu dengan
rasul-Mu dan bertemu dengan kekasih-kekasih-Mu.
Doa
Penutup
“Wahai Tuhan kami,kurniakanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat,serta peliharalah kami
daripada azab neraka.Wahai Tuhan kami,terimalah
daripada kami(amalan kami),sesungguhnya Engkaulah
Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.Dan
terimalah taubat kami,sesungguhnya Engkaulah
Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.
Maha Suci Tuhanmu,Tuhan Yang mempunyai kemuliaan
dan keagungan,daripada apa yang mereka sifatkan.
Dan kesejahteraan ke atas para rasul.Dan segala puji
bagi Allah,Tuhan sekalian alam.”



Ulasan
Catat Ulasan