MEMBINA RUMAH TAMPA RIBA - REZEKI DIJAMIN ALLAH
Nasihat Orang Alim :
"Lebih Baik Kuda Kau Ini Ditukarkan Dengan Tanah. Sekiranya Disimpan Kenderaan Ini Belum Tentu Engkau Akan Dapat Balik Pada Nilaian Sekarang. Lagi Pun Anak2 Engkau Ramai, Sesak2 Nanti Ada Tempat Nak Lari." 😊
Pada Tahun 2001 , Saya Jual Kenderaan NISSAN Vanette C22 (ACH361) Dengan Harga RM11k, Dibelikan Lot 1715 - Tanah 1 Ekar Di Kuala Dong. Selepas 25 Tahun Berapa Nilaian Hartanah Tersebut.......??? Sangat Bernas Pandangan Orang Alim Tersebut. Keputusan Yang Sangat Tepat 🤗
Mentality Sebahagian Dari Kita Mustahil Memiliki Tanah Dan RUMAH Tampa LOAN BANK, Tetapi Tidak Begitu Bagi Orang Pulau Bawean. Bagi Mereka Sekiranya Memiliki Sekeping Lot Tapak Rumah Bermakna Sudah Tertegak Sebuah Rumah. Boleh Perhatikan Rumah-Rumah Orang Bawean Sekitar Lembah Kelang Terutamanya Di Sungai Mulia - Setapak, Tmn. Melati - Setapak, Sungai Cincin Dan Sungai Pusu - Gombak, Paya Jaras - Sungai Buluh, Kajang, Semenyih Dan Rawang.
Pada 2005 Hasil Nasihat & Pengalaman Yang Ada Pada Kedua Keluarga Orang Bawean (Hj Masdar & Adiknya Hj Aziz) Saya Mula Menyewa Mesin Excavator RM350/Hari Selama 2 Hari. Meratakan Tapak Rumah Seluas 40' x 100'. Setelah Siap Tapak Rumah Ianya Dibiarkan Selama 1 Tahun Untuk Memadat Serta Mengukuhkan Struktur Tanah.
![]() |
| Rumah Ini Siap Dibina Sepenuhnya Pada Feb 2018 |




Ulasan
Catat Ulasan