ADAB BERDOA

Doa itu suatu Ibadah: 

 1. Sunat mohon dipelihara daripada gangguan syaitan (auzubillahi minas syaitan nirrajim) , 

 2. Mesti dimulakan dengan basmalah kemudian 

 3. Hamdalah (alhamdulillahi rabbil alamiin) dan 

 4. Diikuti selawat keatas Nabi SAW 

 5. Diikuti dengan usaha ikhtiar 

 6. Menjauhi maksiat atau niat keinginan melakukan maksiat. 

 7. Niatkan doa juga untuk sekelian umat Islam 

 8. Diakhiri doa dengan selawat keatas Nabi SAW 

 9. Fahami semua yang didoakan sekiranya menggunakan ayat2 Al Quran atau hadith2 Nabi SAW 

 10. Cari Masa atau tempat yang mustajab berdoa 

a) masa wukuf di Arafah 
b) pada hari Jumaat 
c) setiap waktu solat samada fardhu atau sunnat 
d) ketika selesai azan solat 
e) waktu antara azan & iqamah 
f) ketika malam dua hari raya 
g) ketika sujud yang terakhir solat sendirian h) ketika selesai membaca Al Quran i)ketika minum air zamzam 
j) ketika selesai majlis ilmu 

 11. Bergantung penuh kepada Allah, yaqin sepenuhnya doa kita akan dimaqbulkan Allah 

 اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ 

 (Allahumma faqqihhu fiddin wa a’llimhuttakwil) 

 MAKSUD “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”

Ulasan

Catatan Popular