INGATAN MESRA PENDAKI BUKIT SAGA

Individu yang ingin mendaki kawasan hutan simpan perlu memohon permit dari Jabatan Perhutanan Negeri bagi mengelak didenda atau dipenjara. Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984 memperutukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum 3 tahun jika sabit kesalahan. Pendaki Bukit Saga semasa mendaki perlu berhati-hati semasa hampir sampai ke Top Hill kerana terdapat pokok-pokok yang digelang dgn cat berwarna merah. Itu menandakan sempadan kawasan hutan simpan milik Jabatan Perhutanan disebelah atas. Anda tidak digalakkan meneruskan pendakian. Turun dan berpatah balik. Pondok besi itu menandakan sempadan perhutanan.
AWAS ! Jangan memasuki kawasan hutan simpan selepas pondok besi dan pokok yang digelang dengan cat merah. Sekiranya berlaku kejadian tidak dingini seperti sesat, jatuh dan pasukan penyelamat dapat mengesan mangsa bersama gambar lokasi kejadian pihak Renjer Hutan boleh mengeluarkan notis saman tanpa kehadiran mereka dilokasi kejadian. Bukit Saga sentiasa merekodkan kejadian orang sesat atau hilang. Terima kasih Renjer Hutan dalam xpdc hari ini.
Dua wanita disaman pihak polis kerana memasuki kawasan hutan simpan tampa kebenaran pihak ranger hutan akibat tersesat sewaktu hiking bukit saga minggu lepas. PPKRT

Ulasan

Catatan Popular