Mujahadah Itu Jihad Akbar

 



{وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ} 

[العنكبوت : 69]

``Dan mereka yang bermujahadah pada jalan Kami, nescaya Kami tunjukkan mereka jalan-jalan Kami, dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang berusaha membuat  kebaikan.`` 

(Al-`Ankabut: 69).


Sepulang Rasulullah dan para sahabat dari suatu peperangan yang sangat menentukan pada tanggal 17 Ramadan, yaitu Perang Badar, beliau berkata,"Kita baru saja kembali dari jihad kecil menuju jihad besar.” (raja’na min al-jihad al-ashghar ila al-jihad al-akbar). Para sahabat hairan dengan perkataan Rasulullah tersebut kerana peperangan yang sangat berat tersebut dianggap hanya sebagai jihad kecil dan masih ada jihad lain yang jauh lebih besar lagi. Mereka bertanya,"Jihad apa itu ya Rasulullah?” Beliau menjawab,"Jihad melawan hawa nafsu.” Jihad melawan hawa nafsulah jihad yang jauh lebih besar daripada segala peperangan yang bersifat fizikal.


Aku mendengar Al-Shaykh Aba `Abd al-Rahman al-Sulami  berkata, aku mendengar Aba `Uthman al-Maghribi berkata:

``Siapa yang menyangka bahawa terbuka baginya sesuatu daripada ini tariqah atau terbuka baginya sesuatu daripadanya tanpa melazimkan mujahadah, maka dia di dalam kesilapan.``




Aku mendengar  Al-Shaykh `Abd al-Rahman al-Sulami berkata, aku mendengar  Mansur bin `Abdullah berkata, aku mendengar Muhammad bin Hamid berkata, aku mendengar Muhammad bin Khadhrawaih berkata, aku mendengar Ibrahim bin Adham berkata :

``Tidak mencapai seorang darjah al-salihin sehingga dia dapat mengatasi  enam halangan:

Pertama mengunci  pintu  nikmat dan terbuka pintu kesusahan

Kedua, mengunci pintu kemuliaan dan terbuka pintu kehinaan

Ketiga, mengunci  pintu  kerehatan dan terbuka pintu kesungguhan

Keempat, mengunci pintu  tidur dan terbuka pintu jaga

Kelima, mengunci pintu kekayaan dan terbuka pintu kefaqiran, dan

Keenam, mengunci  pintu  angan-angan dan terbuka pintu persediaan maut.


#puasa #mujahadah  #shawal  #lapar  #amalan  #sunnah  #sunnahnabi  #dakwahsunnah  #kalamulama  #ulamanusantara

Ulasan

Catatan Popular