Malam 1000 Bulan


 

Orang yang pasti mendapat sebahagian lailatulqadar ialah orang yang solat fardu maghrib dan Isyak secara berjemaah sepanjang bulan Ramadan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat Subuh berjemaah. 

Sabda Rasulullah SAW “Sesiapa yang solat isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiamullail separuh malam; Dan sesiapa yang solat subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.” 

(Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)


{إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3)} [القدر : 1-3]


( 1 )   Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

( 2 )   Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

( 3 )   Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

(Surah Al Qadr 1-3)



Imam Makkah memberi nasihat yang sungguh praktikal. Beliau mengatakan, untuk 10 hari terakhir Ramadhan:

1. Sedekah RM1 setiap malam, jika ia jatuh pada malam lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita bersedekah setiap hari selama 84 tahun.


2. Solat 2 rakaat setiap malam, jika ia jatuh pada malam lailatul qadar, bermakna kamu solat setiap hari selama 84 tahun.

3. Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali setiap malam, jika jatuh pada malam lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita telah membaca seluruh AlQuran setiap hari selama 84 thn.

Beliau berkata lagi, sebarkan maklumat ini supaya nanti kita akan dapat hasil yang lumayan dalam akaun kita.

In Shaa Allah.

Masih belum terlambat untuk kita untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat ganda dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. JOM MULAKAN SEKARANG !

Ulasan

Catatan Popular