Khafiat Untuk Bacaan Sampai Kepada Arwah Si Mati
![]() |
| Mulakan Dengan Baginda Rasulullah SAW Dan Ahli Keluarganya |
Matlamatnya perlu dimulakan dengan amalan TAWASSUL kepada seluruh hamba Allah yang hampir dengan Allah SWT.
Sekurang2nya dimulakan dengan bertawassul kepada Junjungan Nabi Muhammad SAW terlebih dahulu.(Menghadiahkan Al Fatihah 1x & Surah Al Ikhlas 3x)
Lepas itu Tawassul kepada kedua ibu & bapa.(Menghadiahkan Al Fatihah 1x & Surah Al Ikhlas 3x)
Kemudian kepada muslimin & muslimat (Menghadiahkan Al Fatihah 1x & Surah Al Ikhlas 3x) dan akhir sekali barulah sebutkan nama penuh arwah DI HADIAHKAN BACAAN AL- QURAN kepada sesiapa yang kita hajati.
Menurut Mazhab Imam As-Syafie sampai hadiah amalan kita kepada para arwah dengan syarat DISEBUT nama arwah yang kita HADIAHKAN. Tanpa di sebut nama arwah hadiah TAK SAMPAI.
Hantar barang dengan KURIER pun kena letak nama dan alamat.😀😀😀 Itu urusan dunia. Kalau urusan akhirat lagi halus dan teliti.
Bagaimana Allah atur cakrawala dan alam seisinya dengan penuh TERTIB dan teliti tampa berubah walau 0.000000000001 % pun. Kalau berubah maka HANCURLAH ALAM CIPTAANNYA.
Begitu juga cara beribadah ada TERTIB SERTA ADABnya yang telah DI ATUR oleh ulamak2 3 kurun awal (300 tahun) yang dah sempurna TAUHID, FEQAH DAN TASAUFNYA.
Kita tinggal cari gurunya saja yang bersanad & bersalasilah secara BERTALAQQI untuk berhubung terus dengan baginda Rasulullah SAW supaya amalan kita dterima dan doa kita TERMAKBUL.
Hadiah bacaan kita sampai kepada arwah.
Guru yang bersalasilah dengan Nabi SAW melalui tabiin, tabiin-tabiin dan soluful soleh hinggalah bersambung kepada kita melalui guru yang kita bertalaqqi.
Disiplin sanad ini menurut JUMHUR ULAMAK adalah SEBAHAGIAN DARI AGAMA. Jumhur ulamak memutuskan wajib amalan ibadah khusus bersanad.
SANAD DAN SALASILLAH adalah "KEBANGGAAN & KEBESARAN" beramal kerana sanad dan salasilah adalah TANDA2 MUKZIZAT NABI SAW yang kekal hingga QIAMAT.
Tanpa sanad & salasilah KETEPATAN IBADAH akan HANCUR. Akhirnya PENGHUBUNG AMALAN adalah IBLIS LAKNATULLAH.
Amalan khusus tanpa sanad & salasillah mudah terjerumus kepada KESESATAN.
Wallahua'lam




Ulasan
Catat Ulasan