Bai'ah Kubra Bersama Ahlul Bait

Panji-panji Hitam Dari Timur


Pembaiahan Imam Mahdi yang lebih khusus berlaku di dalam Majidil Haram iaitu di antara Rukun Yamani dan Makam Ibrahim.

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW, perjalanan menuju kedatangan Imam Mahdi bermula pada Bulan Ramadhan. Pada bulan itu, satu petanda menarik berlaku iaitu kejadian gerhana yang berulang sebanyak dua kali.

Pada Bulan Syawal dan Zulkaedah tahun yang sama, seorang Khalifah Arab Saudi meninggal dunia. Ini memudahkan lagi rancangan As-Sufyani menyemarakkan lagi api perpecahan dan persengketaan itu. Peristiwa ini berlaku sehingga bulan Zulhijjah ketika umat Islam sedang mengerjakan Haji.



Sewaktu di Mina, berlaku pertumpahan darah akibat persengketaan yang sudah bermula sejak bulan Syawal. Tragedi itu amat dahsyat sehingga darah umat Islam yang cedera dan terkorban mengalir di tempat lontaran jumrah.

Selepas para auliya’ menyaksikan kejadian2 dahsyat itu, mereka segera memulakan pencarian seseorang yang dapat menyelesaikannya. Ini kerana mereka tahu, itulah saatnya Kemunculan Al Mahdi. Ketika inilah berjumpanya ketujuh-tujuh orang ulama’ yang mencari Imam Mahdi.

Sebelum menyambut hari raya Aidiladha, para auliya’ yang diketuai oleh 7 ulama’ (al-qutub, al-aimmah, al-autad) telah diberikan ilham mengenai kedatangan Imam Mahdi. Lantas mereka bergegas mencarinya di Makkah.



Mereka diberi jolokan As-Siddiq atau kelompok Thaifah Al-Mansurah. Ini adalah kerana mereka adalah kelompok pertama yang membenarkan semua perkataan, perbuatan dan amalan Imam Mahdi ketika semua manusia menolaknya.

Kemudian dengan pandangan Ainul Basyirah (mata hati) mereka pun terpandang seseorang yang berada berhampiran Kaabah yang mempunyai perwatakan dan ciri-ciri Imam Mahdi seperti yang digambarkan oleh Rasulullah SAW.



Mereka yakin dengan ilham yang diberikan Allah bahawa lelaki itu adalah Imam Mahdi dan pergi menemuinya. Ketika itu Imam Mahdi sedang menekapkan muka di Kaabah kerana sedang menangisi peristiwa pertumpahan darah tersebut.

Kemudian berlaku kejar mengejar (kerana tiada mengaku lelaki itu) berulang alik di antara Mekah dan Madinah.

Ketika seluruh dunia mendapat berita mengenai pembaiahan Imam Mahdi, semua raja terus mengakui kebenarannya dan memberi baiah mereka kepadanya. Semua raja dan para Sultan akan menjadi wazir-wazir. Manakala Imam Mahdi akan menjadi Khalifah Islam yang sah untuk mentadbir dunia.


Ulasan

Catatan Popular