TIPS KESEMPURNAAN UMRAH YANG MAQBUL



1. Ambil wuduk bermula dari hotel atau sebelum masuk masjid.

2. Basuh selipar dari najis sebelum masuk ke dalam unjang kasut.(pastikan kesucian barang & diri sebelum mulakan tawaf)

3. Baca doa masuk masjid setiap kali masuk masjid.

4. Hanya minum air zam-zam selepas selesai tawaf atau saie (untuk elak dari ke tandas kerap)

5. Bawa botol spray untuk wuduk sekiranya batal wuduk ketika tawaf.

6. Sewaktu tawaf jangan tergesa-gesa nak ikut mutawif. Ikut pergerakan sendiri agar tenang sewaktu melakukan tawaf atau saie. (fokus sepenuhnya pada bacaan doa/zikir & hayati  makna bacaan yang dibaca )

7. Pastikan cukup 7 pusingan ketika tawaf dalam keadaan berwuduk.

8. Selepas Tawaf buat solat sunnat Tawaf kemudian minum air zam-zam & baca doa minum air zam-zam.

9. Check kesucian diri dari keputihan atau haid selepas tawaf sebelum mulakan Saie.

10. Baca Doa mula Saie.

11. Pastikan 7 pusingan bermula di Safa & tamat di Marwah.

12. Gunting rambut atau cukur. (wanita potong dihotel atau tandas wanita elak dari terbuka aurat)

13. Tertib.

14. Baca doa keluar masjid setiap kali keluar dari masjid.

*P/S JANGAN SELFI ATAU BERGAMBAR SEBELUM SELESAI GUNTING UMRAH*

*JANGAN SHOPPING SEBELUM SELESAI UMRAH KE3 ATAU SEBELUM ZIARAH NABI SAW*

*Selepas selesai buat umrah pertama atau umrah yang lain jangan sekali-kali makan sambil berjalan atau berdiri terutama makan ais cream*

Semoga memperolehi umrah yang maqbul & dipermudahkan segala urusan aamiin ya rabb.

Ulasan

Catatan Popular