MENGENAL ALLAH DENGAN SYARIAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT OLEH HABIB UMAR BIN HAFIDZ
Berkata Al-Habib Umar bin Hafidz:
Kita memuji Allah yang telah memuliakan kita dengan wujudnya ahli basirah(orang terbuka mata hatinya) yang dapat membantu untuk membuka mata batin orang lain (tabsir). Kita bersyukur kepada Allah yang memancarkan cahayaNya kepada ahli qulub(orang yg suci hatinya) bagi membantu orang lain pula mendapat cahaya dari Allah untuk hati mereka (tanwir). Akal adalah kurniaan Allah yang sangat besar kepada manusia. Allah menciptakannya sebagai alat yang penting untuk mencapai hakikat.
Seseorang yang menggunakan akalnya dengan baik untuk memahami hakikat maka dia akan menggapai makam yang tinggi disisi Allah sehingga hatinya dibawa ke dalam lautan hakikat dan cahayanya.
Akal merupakan roh idhofi iaitu perkara rohani yg bernisbat kepada roh. Manusia adalah penyimpan rahsia Allah kerana roh yang ada padanya ialah hembusan Allah sebagaimana Firman-Nya, " Tatkala Aku sempurnakan kejadian insan lalu Aku tiupkan rohKu kedalamnya maka mereka (malaikat) sujud kepadanya". Akal juga dikenali sebagai Latifah Ilahiyyah(perkara halus yang berbangsa kepada Tuhan). Selain akal, perkara rohani yang juga termasuk Latifah Ilahiyyah ialah roh, hati(qalbu) dan nafsu(jiwa). Kesemua ini ialah rahsia halus (sirr) yang Allah letakkan dalam diri insan sebagai perantara untuknya mencapai hakikat.
Nafsu sungguhpun ia selalunya difahami sebagai sesuatu yg buruk dan jahat namun sebenarnya nafsu mempunyai tingkatan2nya. Nafsu yang buruk ialah yang berada pada tingkatan yang bawah iaitu nafsu ammarah dan lawwamah. Manakala tingkatan2 yang berikutnya iaitu nafsu mutmainnah, radhiah, mardhiah dan kamilah, kesemuanya ini adalah nafsu yang baik lagi terpuji.
Pada rohani manusia pula terdapat martabat2 wujudnya yang tersendiri iaitu roh merupakan batin kepada qalbu manakala sirr(rahsia) adalah batin kepada roh. Qalbu➡️roh➡️sirr. Maka sirr adalah perkara yang paling mendalam didalam batin manusia.
Adapun hati, ia adalah tempatnya makrifat (mengenal Allah) . Adapun roh, ia adalah tempatnya mahabbah(cinta Allah). Manakala sirr adalah tempatnya musyahadah (penyaksian mata batin kepada Allah).
Berkata Al-Habib Umar bin Hafidz:
Seseorang yang meningkat darjat imannya dengan bermakrifat kepada Allah akan terbawa rohaninya menuju hakikat mahabbah(kecintaan)
Seandainya satu zarrah cinta Allah berlabuh didalam hatinya maka pasti dia akan terus menerus tenggelam dalam mengingati-Nya dan pandangan mata hatinya sentiasa terpateri(qarar) memandang jamal Allah (keindahan), jalal(keperkasaan) dan kamal-Nya(kesempurnaan). Tatkala seseorang memperoleh mahabbah maka segala susah payah menuju Allah menjadi sesuatu yang lazat( lazzatul iqbal 'ala Allah) dan menyenangkan.
Seseorang akan merasakan kelazatan iman apabila dia redha Allah sebagai Tuhannya, Nabi Muhammad ﷺ sebagai Rasulnya dan Islam sebagai agamanya
Mukmin yang sebenar ialah apabila dia merasa gelisah seandainya ada masa2 yang di laluinya tanpa mengingati Allah.




Assalamualaikum #Alhamdulillah.
BalasPadam