Apabila Kenal Baru Datangnya Cinta Sejati
لَّا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الْأَبْصَارَ ۖ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ
[Al-An'aam : 103]
Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata , sedangkan Dia dapat melihat segala yang kelihatan dan Dialah Yang Maha Lembut terhadap kekasih-kekasih-Nya lagi Maha Mengetahui.
Jika engkau datang kepadaKu dengan amal, maka engkau akan Ku timbangi akan amalan baik dan buruk itu.
Jika engkau datang kepadaKu dengan ilmu, maka engkau akan Ku pertanggungjawabkan atas ilmu yang engkau miliki itu.
Jika engkau datang kepadaKu dengan makrifat, maka engkau akan Ku hujahi sebatas mana engkau mengenal Aku.
Jika engkau datang kepadaKu denganKu, maka itu urusanKu.
اللهم صل وسلم علی سيدنا محمدﷺ
Doa Mendapat Kecintaan Allah
"Telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib, telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Numair, daripada Khalid bin Sulaiman, daripada Al-Hasan bin Dinah, daripada Ziyad al-Numairi, daripada Anas bin Malik, daripada Abu al-Darda' RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu, dan cinta orang yang mencintai-Mu, serta amalan yang dapat menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cintamu lebih aku cintai daripada diriku sendiri, keluargaku, dan daripada air yang sejuk (ketika kehausan)."
(HR Turmidzi)



Assalamualaikum wbt
BalasPadamPuas saya mencari sumber bagi tulisan tuan di atas. Namun setakat ini, belum berhasil. Ada yang mengatakan ianya adalah Hadis Qudsi. Jika tuan mempunyai sumber hadis tersebut, saya amat berbesar hati jika dapat berkongsi sama. Terima kasih.
Ini sajak Dari mulut guru saya ketika mentafsirkan ayat AL An'am: 103
PadamSiapa nama guru ni ye?
PadamSyeikh Taufiq Sahar Al Hidayatullah
PadamSiapa nama guru Tuan?
BalasPadamSyeikh Taufiq Sahar Al Hidayahtullah
Padam