Barli vs Oat : Mana Lebih Sihat ?

Barli ada 7 khasiat melebihi Oat

Kedua2 mempunyai GI yang rendah iaitu 25-27. Kedua2 tidak akan sebabkan gula darah naik selepas di makan.

Tetapi ada sesuatu yang ada dalam barli yang tidak ada dalam oat iaitu :

Barli boleh menguatkan sistem imun sedangkan oat tidak.


Barli boleh membaiki masalah kekurangan sel darah merah sedangkan oat tidak.


Barli boleh menguatkan paru-paru serta menghindari asthma sedangkan oat tidak.


Barli boleh menguatkan tulang serta elakkan osteoporosis sedangkan oat tidak.


Barli boleh  mengurangkan kolesterol sedangkan oat tidak.


Barli boleh mencuci usus serta lakukan proses detoksifikasi sedangkan oat tidak.


Barli boleh menguatkan ginjal dan mencairkan batu karang dan batu hempedu sedangkan oat tidak.



Nabi SAW pernah makan BARLI tetapi tidak oat. Barli disebut dalam 21 hadis Nabi SAW tetapi oat tidak.

Diriwayatkan daripada Aisyah isteri Nabi r.a katanya: “Apabila ada keluarganya yang meninggal dunia, para wanita berkumpul. Kemudian setelah mereka beredar kecuali keluarga dan orang-orang tertentu, beliau menyuruh untuk memasak seperiuk bubur Talbinah (bubur tepung barli), kemudian dibuat pula Tharid (sejenis makanan yang diperbuat dari campuran roti dan daging), lalu disiram dengan bubur Talbinah tersebut, kemudian beliau berkata: Makanlah! Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bubur Talbinah itu boleh menyegarkan hati orang yang sakit dan dapat menghilangkan sebahagian dari kesedihan.”

(Diriwayatkan oleh Muslim dan Bukhari)

Abu Hazim Salamah bin Dinar berkata:

“Aku pernah bertanya kepada Sahl bin Sa’ad, “Pernahkah Rasulullah makan naqiy – iaitu roti putih yang telah dipisahkan dari dedak (dikenal pula dengan sebutan roti syam)?” maka Sahl menjawab: “saya tidak pernah melihat Rasulullah makan roti putih sejak beliau diutus oleh Allah hingga Allah mewafatkannya.
Saya bertanya: “Bagaimana kalian makan barli yang tidak diayak dedaknya?” Ia menjawab: “Dulu kami menumbuk dan meniupnya, sehingga terbanglah bahagian yang terbang. Adapun yang tertinggal, kami basahi dengan air.”

Imam Tirmidzi juga meriwayatkan dengan sanadnya, dari Sulaim bin Amir, Abu Umamah mendengarnya berkata:

“Biji barli tidak pernah ditinggalkan dari menu makanan keluarga Rasul.”
Rasulullaah bersabda: “Talbinah (sejenis bubur barli) itu memberikan kelegaan hati penderita sakit dan menghilangkan kesedihan.”

Diriwayatkan dari ‘Aisyah:

“Nabi apabila keluarganya terkena demam, maka beliau memerintahkan mereka membuat sup barli.” 

[ Riwayat Ibnu Majah(3440) Ahmad (VI/32); Tirmidzi (2110) ]

Antara 10 khasiat barli seperti berikut :

Mengurangkan morning sickness
Menganjalkan kulit
Melegakan sembelit
Mengatasi masalah artritis
Menguatkan gigi
Mengurangkan rambut gugur
Membantu masalah anemia
Menghilangkan batuk, sakit tekak, demam
Mencegah osteoporosis
Mencegah kencing kotor
Meningkatkan kesihatan dan fungsi buah pinggang.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular