Ingin Menjemput Magnet Rezeki Anda ?



Mungkin itulah yang terlintas di fikiran kita apabila memandang buku ini. Sebuah karya yang penuh dengan ilmu dan panduan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita. 
Jika kita mencari sesuatu yang kita sendiri tidak tahu di mana tempatnya, memang susah. Ibarat hilang kunci kereta, satu rumah dicarinya. Sehinggakan di dalam solat pun masih terfikir di mana letaknya kunci tersebut. Cari di ruang tamu, di dapur, malah sehingga cari di bilik air tidak juga jumpa kunci tersebut. Apa perasaan kita masa itu? Marah, pening, resah dan gelisah.
Rezeki juga begitu. Kita tidak pernah tahu di mana letaknya rezeki. Sudah tentulah sukar mencarinya. Berapa banyak yang kita akan dapat? Bila kita akan dapat? Melalui bisnes yang mana satu? Semuanya dalam urusan Allah.
Berbeza dengan “menjemput”, biasanya kita sudah tahu siapa yang mahu dijemput dan di mana mereka tinggal. Pergi sahaja berjumpa dengan orang yang kita mahu jemput, serahkan kad jemputan dan selesai.
Maka, kaedah menjemput rezeki adalah lebih mudah daripada mencari rezeki. Sebabnya kita sudah tahu satu-satunya Pemberi rezeki hanyalah Allah. Buat sahaja apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Asal jadi orang baik, soal rezeki jangan risau, Allah jamin. Kalau beli barang yang ada jaminan 3 tahun pun kita sudah yakin dan beli tanpa was-was, kenapa jaminan daripada Allah kita tidak yakin?

Apabila rezeki tidak berkat ujian datang bertimpa-timpa.  Telefon bimbit rosak, kereta rosak, emak sakit, rumah dimasuki pencuri, kena samun dan macam-macam lagi.  Semuanya tujuannya hanya satu iaitu supaya duit yang kita dapat itu keluar dari poket kita secara terpaksa.  Sekiranya selalu sangat Allah uji, habis satu masalah datang pula masalah yang lain, maka mungkin sudah sampai masanya kita muhasabah diri dan bertanya sama ada rezeki kita itu berkat atau tidak?  Kalau tidak berkat apa puncanya?  Sebab ada ketikanya Allah uji sesorang itu bagi menaikkan darjat dan martabatnya tetapi ada ketikanya pula sebagai satu pengajaran dan bala baginya.


Setelah menukar mindset kepada menjemput rezeki melalui amalan dalam buku tawajjuhat yang disusun oleh Abi KH Muhammad Ihya Ulumiddin pengasas pondok Maahad Nurul Haromain yang terletak di daerah Pujon Malang Surabaya Jawa Timur. Ustaz  Abi KH Muhammad Ihya Ulumiddin  merupakan  salah seorang dari 8 murid terawal Abuya Sayyid Muhammad Bin Alawi AlMaliki AlHasani AlMakki AlIdrisi. 


Anda juga boleh download dari app store apple  atau google play untuk andriod.





Perkara yang terhasil  dengan menjemput rezeki melalui amalan dalam buku tawajjuhat :


1.  Alhamdulillah berjaya memiliki Tilam Royal Kizuna & Selimut Royal Kake Bertaraf Medical Device dari Jepun (RM13 300). Untuk buat pencegahan terhadap penyakit-penyakit kronic dikalangan warga 50an yang semakin berumur seperti saya.



Dimiliki Nov 2018

2. Alhamdulillah dapat membaik pulih serta memasukkan meter bekalan eletrik pada Disember 2018 Homestay saya di Raub Pahang yang terbengkalai sejak 2013. Sepatutnya dibayar RM3k kosnya tetapi hanya perlu membayar RM896 sahaja ditanggung pula oleh penyewa homestay.





3. Alhamdulillah dapat Free Digital Tv Box daripada Mytv pada bulan Mac 2019. Hanya orang yang pendapatan dibawah RM3k sahaja layak.





4. Alhamdulillah Kini pada bulan Julai dan Ogos 2019 dapat menjana pendapatan sebanyak RM4k & 5k sebulan setelah hampir 10 bulan tidak bekerja kerana mengidap penyakit spondylosis iaitu sejenis slip disc di kawasan leher C5 & C6.




5.  Alhamdulillah InshaaAllah dapat menebus kembali barang kemas pusaka arwah ibu yang digadai sejak 2017 & 2018 pada bulan September 2020.





6. Alhamdulillah Baik pulih semula motor lama Honda wave 125cc sejak July 2019.





7. Alhamdulillah Melaksanakan ibadah korban pada musim raya haji 1440H.(RM670 sebahagian)





8. Alhamdulillah memiliki motorsikal baru Honda Wave Alfa 110cc single disc brake pada hujung bulan Jan 2020. (RM4,699)






9. Alhamdulillah Cermin mata baru kami berdua suami isteri pada pertengahan bulan August 2019 (RM914)




10. Alhamdulillah berjaya menebus rantai emas di ArRahnu Xchange pada bulan Sep 2019 (RM1140)



11. Alhamdulillah berjaya memiliki vacum cleaner cordless jenama Bosch pada 1 Okt 2019 (RM599)



12. Alhamdulillah berjaya melangsaikan pinjaman ASB (RM3000) pada Okt 2019




13. Alhamdulillah berjaya menebus rantai emas di ArRahnu Xchange pada 21 Okt 2019 (RM1050)




14. Alhamdulillah berjaya membeli 1000 saham ASB pada 18 Nov 2019

Berjaya menebus kembali gelang yang digadaikan pada tahun 2017


15. Alhamdulillah Masyaallah Tabarakallah
Syukur berjaya menebus kembali gelang pusaka
arwah mak di Ar-rahnu X'Change  pada 21 February 2020 sebanyak RM1501.20

Tidak dapat dibayangkan bagaimana seorang yang terlantar sakit selama 10 bulan tampa pekerjaan boleh memiliki pelbagai kemudahan hidup kalau bukan dari rahmat dan kasih sayang Allah kepada hambaNYA. Sesungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolonganNYA.


  1. Segala Puji UntukMU Maha Suci Engkau Ya Fatah , Ya Razzak , Ya Kafi , Ya Mughni . Ya ALLAH jadikanlah kami sekeluarga dikalangan hamba-hamba MU yang sedikit , aamiin ya rabbal alamiin.

Ulasan

  1. sya nk tanya tentang tilam royel kizuna tu, berbaloi ke awk beli?? sya baru nk try nk beli, sya ada kencing manis, kalestrol dan gaot. Jadi awk tentu dah gunakan jdi bagus tak ??? boleh hubungi sya d fb d bwah, tq :-
    https://www.facebook.com/profile.php?id=100027817536263&mibextid=ZbWKwL

    BalasPadam
  2. Saya nak tanya feedback penggunaan tilam royal kizuna. Bagus ke untuk peningkatan kesihan setelah penggunaan puan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular