Jangan Swastakan Doa Anda



وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا 
[Al-Israa : 24]

“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata):  “Wahai Tuhanku! cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(Surah Al-Isra’ [17:24]).

Abi Usyad Malik bin Rabi’ah al-Sa’idiy menceritakan: (Pada suatu hari) ketika kami duduk bersama Rasulullah SAW, seorang lelaki daripada Bani Salamah bertanya: Wahai Rasulullah apakah ada cara bagiku untuk berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapaku selepas kematian mereka? Baginda menjawab: Ya! 
1.(Caranya adalah) dengan bersolat (jenazah kepada mereka dan
2. berdoa kepada mereka), 
3. memohon keampunan (Allah) untuk mereka berdua, 
4. menunaikan janji mereka selepas kematian mereka berdua (antaranya membayar hutang mereka), 
5. menghubung hubungan keluarga yang tidak berkait melainkan dengan hubungan mereka dan memuliakan sahabat mereka berdua,” - 
(Sunan Abu Daud)



Ulasan

Catatan Popular