Apakah yang akan menyelamatkan sewaktu di Tanah Suci Makkah?
![]() |
| Menunaikan umrah di usia muda |
اللهم صلہ وسلم علی سيدنا محمد
“Sebaik sahaja kita selesai lafaz niat umrah atau haji, kita dalam pemerhatian Allah dalam semua aspek,” Bagi pembimbing haji dan umrah, Ustaz Dr Lukmanul Hakim Hanafi (Ustaz Pilot), usaha itu bukan suatu yang mudah untuk dicapai kerana ada beberapa perkara lain perlu ditangani terlebih dahulu sebaik mungkin. Mengikut pengalaman Pengerusi Fa Izin International Travel & Tours itu mengurus jemaah umrah atau haji membuktikan, usaha pasangan suami isteri tersebut kadang kala gagal menepati apa yang mereka impikan.
Tips Umrah Maqbul
1. Niat Awal mengerjakan umrah semata- mata kerana perintah Allah, hanya pengabdian kepada Allah dan untuk Allah. Ianya akan mengawal segala tingkah laku sewaktu dalam perjalanan menunaikan umrah atau selepasnya. Paling mustahak ianya jadi penentu samada umrah yang ingin anda laksanakan diterima oleh Allah SWT.
2. Ilmu dan Mindset.
Setiap seminar umrah atau kursus haji yang dihadiri , bacaan buku rujukan umrah seperti Panduan Haji & Umrah Ustaz Dato Daud Che Ngah, Inspirasi Haji oleh Prof.Dr Muhammad Al Alawi Al Maliki Al Hasani, Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman & Nota Dari Madinah oleh Prof. Muhammad Kamil Ibrahim, Makkah & Madinah oleh Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman.
Ianya akan menjadikan anda lebih peka terhadap persekitaran sewaktu melaksanakan umrah. Menyiapkan diri dan ahli keluarga agar lebih awal pergi solat setiap waktu di Masjidil Haram berdepan dengan Kaabah. Rasailah sendiri pengalaman bermunajat di hadapan Kaabah mata zahir memandang Kaabah manakala `mata hati´ membesar serta mengESAkan Allah dengan penuh kesyukuran yang tidak terhingga lantas mengalirkan airmata kerinduan untuk datang berkali-kali lagi bersama-sama family yang belum lagi dapat menjejaki Tanah Suci yang penuh barakah ini.
3. Spiritual - Perlu Kesabaran Yang Sangat Tinggi Sebab Hadiah Dari Allah Pahala Tampa Hisab.
Kita akan berhadapan dengan 40 anggota jamaah dalam bus , ribuan penghuni hotel tempat menginap serta jutaan orang yang datang menunaikan umrah yang datang dari berlainan latar belakang hidup , tahap ilmu yang berbeza, tahap kefahaman yang cetek walaupun sama2 pergi seminar umrah berkali2 dan berbeza tahap keinginan mengabdikan diri kepada Allah.
Allah berfirman:
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas”
(Az-Zumar 39 : 10)
Hadis Tentang Sabar
Abu Sa’id Al-Khudri radhiallahu ‘anhu mengabarkan bahwa orang-orang dari kalangan Anshar pernah meminta-minta kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Tidak ada seorang pun dari mereka yang meminta kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melainkan beliau berikan, hingga habislah harta yang ada pada beliau. Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda kepada mereka ketika itu:
مَا يَكُونُ عِنْدِي مِنْ خَيْرٍ فَلَنْ أَدَّخِرَهُ عَنْكُمْ وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللَّهُ وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللَّهُ وَمَنْ يَتَصَبَّرْ يُصَبِّرْهُ اللَّهُ وَمَا أُعْطِيَ أَحَدٌ عَطَاءً خَيْرًا وَأَوْسَعَ مِنْ الصَّبْرِ
“Sudah tidak ada lagi yang akan kuberikan. Aku bukanlah bermaksud mengecilkan hati kalian. Barangsiapa yang berusaha menjaga kehormatan dirinya maka Allah akan menjaganya. Barangsiapa yang berusaha merasa cukup maka Allah akan memberinya kecukupan. Barangsiapa yang berusaha untuk sabar maka Allah akan jadikan ia menjadi orang yang sabar. Tidaklah seseorang diberi pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran”.
(HR al-Bukhari no. 6470 dan Muslim, no. 1053)
i) Sabar dengan kerenah jemaah umrah ketika melakukan ziarah luar dengan bas yang disediakan Travel.
ii) Sabar beratur lama giliran mengambil makanan di Hotel atau berhenti rehat dalam perjalanan dari Madinah.
iii) Sabar sewaktu menaiki Lift yang penuh sesak dengan jamaah yang pulang dari solat di Masjid.
iv) Sabar dengan menunggu lama (1-12jam) giliran cop passport sewaktu di Airport Terminal Haji di Jeddah terutama pada bulan Disember atau sessi cuti sekolah di Arab Saudi.
v) Sabar dengan kesesakan orang ramai sewaktu melakukan tawaf umrah di ground floor terutama waktu lepas solat asar atau maghrib lebih lagi pada hari Jummat.
vi) Sabar dengan kesesakan 2-3 juta orang ramai berpusu-pusu keluar setelah melaksanakan Solat Fardu lima waktu.
vii) Sabar dengan banyak berjalan jauh serta bergerak 1-2 jam lebih awal ke Masjidil Haram bagi mereka yang menginap hotel yang agak jauh 600m-750m
viii) Sabar dengan kesusahan dalam perjalanan yang sangat panjang lagi memenatkan dari rumah ke Klia untuk penerbangan SAUDI/MAS Airline atau Klia2 bagi penerbangan AIRASIA. Di Airport menunggu 4 jam awal + dalam flight 9 jam= 13 jam sekurang-kurangnya.
vii) Sabar dengan banyak berjalan jauh serta bergerak 1-2 jam lebih awal ke Masjidil Haram bagi mereka yang menginap hotel yang agak jauh 600m-750m
viii) Sabar dengan kesusahan dalam perjalanan yang sangat panjang lagi memenatkan dari rumah ke Klia untuk penerbangan SAUDI/MAS Airline atau Klia2 bagi penerbangan AIRASIA. Di Airport menunggu 4 jam awal + dalam flight 9 jam= 13 jam sekurang-kurangnya.
4. Bersangka Baik Dengan Allah
Alhamdulillah! Walaupun pendapatan dibawah RM3k serta tanggungan yang besar dengan kasih sayang Allah dapat juga menunaikan umrah pada hujung Disember 2015 dan Feb 2017. Impian ketika 2013 untuk menunaikan umrah bersama keluarga tercetus selepas kematian sahabat karib saya ketika berumur 48 tahun menginsafkan saya yang masa yang ada sudah semakin suntuk dimakbulkan Allah. Terima kasih Ya Allah memakbulkan impian diriku dan keluarga untuk menunaikan umrah.
NOTHING IS IMPOSIBBLE WITH ALLAH HELP
Hadis Qudsi yang diriwayat oleh Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman: Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu, dan Aku selalu menyertai dia di mana ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih senang menerima taubat hambaNya dari seorang yang mendapat kembali barangnya yang hilang. Dan barangsiapa yang mendekat kepadaku sejengkal, aku mendekat kepadanya sehasta. Dan siapa yang mendekat kepadaku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya dengan berjalan cepat.
(HR. Bukhari dan Muslim)
NOTHING IS IMPOSIBBLE WITH ALLAH HELP
Hadis Qudsi yang diriwayat oleh Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman: Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu, dan Aku selalu menyertai dia di mana ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih senang menerima taubat hambaNya dari seorang yang mendapat kembali barangnya yang hilang. Dan barangsiapa yang mendekat kepadaku sejengkal, aku mendekat kepadanya sehasta. Dan siapa yang mendekat kepadaku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya dengan berjalan cepat.
(HR. Bukhari dan Muslim)
![]() |
| Umrah feb 2017 bersama ahli keluarga |
5. Doa
Sentiasalah berdoa ketika di Tanah Suci Makkah. Di tanah haram ini adalah dulunya kawasan tempatnya terdiri rumah-rumah para sahabat RA. Terutamanya disekeliling Kaabah adalah tempat yang mustajab doa. Apa sahaja permasalahan yang timbul segera solat sunnat taubat 2 rakaat kemudian mohon keampunan dari Allah lantas mohonkan penyelesiaan dari Allah SWT.6. Mutawif
Pembimbing umrah yang berpengalaman dapat menyelamatkan anda dari pelbagai musibah yang tidak diingini.
i) mengelakkan anda dari sesat.
ii) membantu dari kena ragut ataupun kecurian.
iii) mendapatkan sim card Arab Saudi.
iv) tempat money changer yang berhampiran & berpatutan.
vi) mengelakkan dari penipuan pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.
vii) melancarkan perjalanan ziarah luar.
viii) mengelakkan dari membayar `dam kambing´
![]() |
| Taklimat penting sebelum penerbangan di Airport KLIA atau KLIA2 |
Panduan Penjagaan Kesihatan
- Pakai pakaian yang sesuai dengan keadaan cuaca (sejuk atau panas)
- Tutup mulut dan hidung dengan penutup mulut (mask) atau kain nipis apabila berada di kawasan berdebu.
- Minum air (kosong/air zam-zam) setiap kali pulang dari masjid atau selepas berjalan. Minum 2-3 liter sehari khususnya apabila panas.
- Makan makanan yang berzat
- Setiasa menjaga kebersihan diri
- Berhenti merokok
Jika batuk dan selesema berterusan selama 24 jam jemaah dinasihatkan segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum keadaan menjadi lebih teruk.
Nasihat untuk jemaah umrah
- Dalam Perjalanan Antara Jeddah / Madinah / MakkahPerjalanan di antara Jeddah ke Madinah mengambil msa kira-kira 8-10 jam, manakala Jeddah ke Makkah 2 jam (ketika menaiki bas).
- Jemaah haji dinasihatkan supaya membawa bekalan makanan/minuman yang mencukupi bersama ketika dalam perjalanan bas ini.
- Makan terlebih dahulu sebelum bertolak ke Madinah atau ke Makkah.
- Jika atuh sakit dalam perjalanan memberitahu pemandu untuk di bawa ke klinik yang berdekatan.
- Pihak waris/sahabat yang ikut sama diminta melaporkan dengan SEGERA kepada mutawif yang bertugas di Madinah / Makkah JIKA;Terdapat Jemaah yang sakit teruk
- Dimasukkan ke Hospital Arab/Pusat Kesihatan
- Meninggal dunia dalam perjalanan.
- Jangan dedahkan diri kepada cuaca yang panas atau sejuk begitu lama.
- (pilih masa yang sesuai, jika hendak membeli-belahi)
- . Jangan kerap/selalu mandi apabila badan sedang panas.
- Bawa baju tebal (baju sejuk) untuk kegunaan di Madinah kerana cuaca sebelum wukuf adalah sejuk.
- Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari terutama selepas banyak menggunakan tenaga fizikal.
- Jagalah kesihatan semasa berada di Madinah. Jika sakit, segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
- Di Makkah
- Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ianya mudah didapati.
- Jangan makan makanan yang sudah disimpan lama dan sudah berbau basi. Makan dalam tempoh 2 jam setelah dibekalkan.
- Jangan makan makanan yang terdedah kepada lalat dan debu.
- Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimakan.
- Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari. Badan akan kehilangan banyak air kerana keadaan cuaca yang panas dan sentiasa berpeluh
- Kurangkan aktivti yang menggunakan tenaga di dalam cuaca yang panas.
- Jangan dedahkan diri terlalu lama dalam cuaca panas. Ini boleh menyebabkan badan kekurangan air/garam yang boleh membawa kepada kejutan panas (heat stroke) dan membawa maut.
- Lapkan badan dengan tuala basah dan tidak perlu mandi di waktu tengahari.
- Jika sakit, segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan.






Ulasan
Catat Ulasan