APAKAH KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN JEMAAH SEMASA MELAKUKAN TAWAF?



Kunci utama dalam ibadah Umrah ialah tawaf di Baitullah. *TIDAK SAH TAWAF* bermakna ibadah *UMRAH JUGA TIDAK SAH*. Ini kerana tawaf ialah *RUKUN UMRAH* yang mesti dikerjakan.

Apabila tawaf tidak sah, maka *SAIE* yang dikerjakan juga jadi sia-sia kerana syarat sah saie ialah mesti dikerjakan setelah sempurnanya tawaf 7 pusingan.

Ramai yang merasa ragu-ragu atau was-was samada sah ataupun tidak tawaf yang dilakukan. Biasanya perasaan was-was ini pula timbul setelah selesai umrah. Bila dah sudah tahalul semua waktu itu kadangkala macam-macam perkara bermain di fikiran.

Ada juga kes yang timbul selepas jemaah kembali ke Tanah Air. Sebenarnya perasaan was-was atau ragu-ragu dalam ibadah Umrah adalah mainan dan tipu daya syaitan. Jangan dilayan sangat. Sememangnya iblis dan syaitan sedaya upaya berusaha untuk merosakkan amal ibadah kita di Tanah Suci.

Apa yang penting dan perlu kita sentiasa zikirkan ialah Ibadah tawaf ini sebenarnya *MUDAH* tetapi jika kita *AMBIL MUDAH* ianya boleh mengundang masalah. Bagi mengelakkan kita was-was dan melakukan kesilapan ketika tawaf, ada baiknya kita fahami beberapa senario kesilapan ketika Tawaf;






*KESILAPAN  SERING DILAKUKAN  JEMAAH KETIKA TAWAF*

1. *TAWAF TIDAK DIMULAKAN DI PENJURU HAJARUL ASWAD.*

2. TERKEJAR-KEJAR mengikut mutawwif atau suami semasa tawaf sehingga menggugat *SYARAT TAWAF.*

3. Jemaah wanita tawaf asyik membaca doa tawaf dari buku yang dipegang hingga *NAMPAK AURAT LENGAN* dan juga nampak aurat lengan ketika mengangkat tangan terlalu tinggi *SEMASA ISTILAM* kepada Hajarul Aswad atau di Rukun Yamani.

4. Pada setiap pusingan tawaf, ketika dihadapan Hajarul Aswad melambai tangan dengan keadaan terpesong bahu kiri dan terus berjalan tanpa membetulkan semula.

5. Semasa tawaf menoleh ke belakang kerana mencari anak , suami atau isteri yang tertinggal sehingga *BAHU KIRI TIDAK MENGHADAP BAITULLAH.*

6. Menyapu *GELAS KACA MAKAM IBRAHIM* semasa Tawaf.

7. Bersesak-sesak, bertolak-tolak bercampur gaul lelaki dan perempuan *UNTUK MENGUCUP HAJARUL ASWAD.*

8. Jemaah wanita *MEMAKAI STOKING DAN SELUAR YANG JARANG* dan nampak warna kulit dan kuku.

9.  AURAT jemaah wanita tidak ditutupi dengan sempurna seperti *NAMPAK LENGAN , DAGU DAN RAMBUT.*

10. Memakai kain ihram, telekung, beg galas, tali pinggang, biji tasbih dan seluar dalam yang TIDAK SUCI.(menanggung najis)

11. Membawa benda yang ada NAJIS di dalam beg galas.(selipar yang tidak dibasuh)

12. *MENYENTUH* kain kiswah Kaabah dan Hijir Ismail ketika tawaf.

13. Bersembahyang sunat tawaf di belakang Makam Ibrahim yang boleh menggangu jemaah lain yang sedang melakukan tawaf.

14. Berjalan berundur ke belakang selepas Tawaf Wada’.

15. Mengupah orang lain untuk tawaf dan sa’ie untuk dirinya.

16. *Selfie atau rakam video* ketika sedang melakukan *TAWAF*. (berubah niat)

17. *Selfie atau rakam video* ketika sedang melakukan *SAIE*.(berubah niat)

18. *Selfie* selepas melaksanakan *TAWAF WADA*

19. *SHOPPING* selepas *TAWAF WADA*.
*KESIMPULAN*

Semoga apa yang dinyatakan di atas dapat memberi lebih pencerahan mengenai Persoalan Tawaf yang tidak boleh dianggap mudah. Sekiranya berlaku juga kekeliruan mengenainya, sebaiknya bertanyalah kepada mana-mana ustaz dan mutawif. Pada pendapat saya melakukan ibadah Umrah tidaklah sesukar mana. Yang sukar ialah bagaimana kita menjaga adab dan akhlak kita di hadapan Allah semasa di Tanah Suci.

Share dan tag kawan-kawan kita yang bakal tunaikan umrah. Kalau kita tidak dapat pergi sekali pun, sekurang-kurangnya kita memberikan panduan untuk mereka elak dari melakukan kesilapan.

Kalau anda suka dengan tips dan panduan umrah ini, kasi love dan like banyak-banyak. Terima kasih.

Semoga bermanfaat,

Ulasan

Catatan Popular