Soalan Lazim Sewaktu Melaksanakan Umrah




SOALAN : Abang long... 700 meter tu x jauh kan?

Jawapan :
orang muda ok je!
macam abg long dah biasa excercie berjalan pun hanya boleh berulang 3x je sehari , belum mampu nak sampai 5x berulang alik ke masjid.

*Mari kita belajar matematik pepagi*
0.7 km untuk pegi
masjid sahaja dan balik 0.7km = 1.4km x5 = 7km + umrah (saie+tawaf=7km) = 14km + tawaf sunnat sebelum subuh 3.5km = 17.5km ini baru sampai pintu masjid *belum solat depan Kaabah* Nak solat depan Kaabah tambah 500mx10=5km lagi. *Jumlah keseluruhan 17.5+5=22.5km.*

Tempoh jalan kaki untuk 700m :
Orang sihat ambil masa 10-15 minit untuk sampai masjid.

Tolak wheel chair 20-25 minit.

Orang sakit kaki/gout/semput/masalah jantung 30-45minit.

Sesiapa ada masalah sakit kaki/gout/semput & masalah jantung kena tolak dengan wheel chair bukan keje mudah hatta untuk orang muda.

Seorang sahabat saya yang terpaksa tolak ibunya yang sakit kaki sewaktu di Makkah mengambil masa 70minit untuk tawaf sunnat.

Lagi pun jarak itu kena pegi masjid 11/2jam lebih awal sebelum azan sekiranya nak solat dalam masjid depan Kaabah.1jam awal solat dekat dataran jelah pintu masjid dah tutup😭

Jawab dia dah bayar berribu2 duduk kat hotel jelah dari duduk dalam masjid😂

NAK PERGI BUATLAH YANG TERBAIK JADILAH SEBAGAI TETAMU ALLAH YANG TERISTIMEWA


Macam mana nak pilih tarikh penerbangan yang bersesuaian bagi wanita yang masih period. Some times saya x regular.. Kadang cepat... Kadang lambat...?????*

Anda kena pastikan tarikh waktu berada di makkah 5-6 hari bukan waktu datang haid. Kiraan kitaran haid guna kelendar Islam iaitu hijrah lebih tepat dan lagi mudah nak kira. Ambil masa yang regular sahaja. Biasanya ± 2 hari. Selebihnya berdoa kepada ALLAH.

*Contoh:*

Saya ada bawa 2 orang anak perempuan  mengerjakan umrah first time pada 2017. Seorang waktu berangkat hari khamis  masih period  tetapi bersih setelah 2 hari berada di makkah iaitu hari ahad baru dapat buat umrah pertama sedangkan saya bersama anak2 lain mengerjakan umrah ke2. Mana kala anak perempuan kedua  saya period sewaktu setelah 2 hari di madinah.

Ulasan

Catatan Popular