Umrah & Haji Jadi Ibadah Atau Hanya Melancung ?

Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang-orang yang beruntung, bagaimana dia akan menjadi orang yang beruntung. Dan barangsiapa yang duduk dengan orang-orang yang beruntung, bagaimana mungkin dia tidak akan menjadi orang yang beruntung. 


Ibadah #haji #hajimabrur bukannya macam nak beli ikan kat pasar.  Perlu #ilmufiqh yang mantap dalam melaksanakan ibadah haji maupun umrah.

Cerita Ustaz  Drs Sapawi Che Mat bagaimana seorang lelaki pergi menunaikan umrah serta dengan bangganya buat umrah 9 kali tetapi buat tampa berwuduk. Ini bukannya rahmat, tetapi masalah besar. Sebab Ibadah umrahnya belum sempurna lagi. Masih lagi terikat dalam pantang larang ihram yang 13. Untuk melepaskan 13 pantang larang beliau kena bayar Dam ihsar harga seekor unta sebanyak RM5000 beserta dam2 yang lain sebab bergunting sebelum sempurna rukun umrahnya.

Jadi kita perlu mendalami ilmu fiqh yang luas apabila melakukan sesuatu ibadah terutamanya persoalan sholat & tawaf. Ilmu itu membezakan suatu perbuatan itu jadi ibadah ataupun sia-sia sahaja. Jangan ikut sedap kita nampak orang pegi umrah kita pun daftar, tampa persediaan yang rapi lagi jitu.


روى الخطيب البغدادي عن أنس قال : قال رسول الله يَأْتِي على النَّاسِ زَمَانٌ يحجُّ أغنياؤهُم للنّزْهَةِ وَأَوْسَاطُهُمْ للتّجَارَةِ وَأَغْلَبُهُمْ للرِّيَاءِ والسُّمْعَةِ وفُقَرَاؤُهُمْ للمَسْأَلَةِ ولهذا كان عمر يقول : الوفد كثير والحاجّ قليل

Ertinya, dari sahabat Anas Radhiyallah Anhu, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda, “Akan datang suatu masa di mana orang kaya di zaman itu berhaji untuk tamasya, kelompok menengahnya berhaji untuk berbisnis, kebanyakan mereka berhaji untuk riya dan sum’ah, dan orang-orang fakirnya berhaji untuk mengemis,”
(Riwayat Al-Khatib).

Dari hadith diatas Sayidina Umar RA mengatakan, “Pengunjung Masjidil Haram itu banyak, tetapi mereka yang (benar-benar) haji itu sedikit.”

#umrah #umrahdiusiamuda
#hajidiusiamuda #umrahmaqbul
#cintasunnah #ziarahkaabah #ziarahnabi #makkah #madinah
#cintaallah #cintanabi #ilmu

Ulasan

Catatan Popular