10 Rutin Orang Berjaya Di Waktu Pagi



1 - Jaga bahasa, jangan menyumpah atau mencaci.

2 - Jangan berbual kosong, lebihkan bercakap perkara lebih penting.

3 - Bangun pagi tu terus buat kerja apa yang patut, jangan melengah atau mengelamun.

4 - Sentiasa bangun sebelum matahari dah terpacak, sebab ini waktu paling afdal mencari rezeki.

5 - Mula rancang tugas yang nak di laksanakan sepanjang hari. Orang yang berjaya tak suka buat kerja sia-sia.

6 - Sentiasa mempermudahkan urusan orang di sekeliling. Tak penting diri.

7 - Jangan layan hiburan pagi-pagi, fokus boleh lari nanti.

8 - Salam tangan orang tua bagi yang masih ada, dapatkan berkat keluar mencari rezeki.

9 - Salam & cium anak isteri, mohon doakan perjalanan hari itu dipermudahkan.

10 - Akhir sekali sentiasa senyum walau apa pun yang berlaku. Senyum dapat memberikan signal / vibe positif dalam badan supaya kita kekal positif.

Sentiasa percaya dengan rezeki kerana cepat atau lambat ia pasti datang jika kita terus berusaha tanpa mengeluh.

Semoga bermanfaat dan peringatan untuk diri saya juga

Ulasan

Catatan Popular