Amalan Yang Tidak Dapat Dihalau Malaikat Ketika Soal Jawab Dalam Kubur
اَقِمِ الصَّلٰوةَ لِدُلُوْكِ الشَّمْسِ اِلٰى غَسَقِ
وَقُرْاٰنَ الْفَجْرِۗ اِنَّ قُرْاٰنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُوْدًا
Laksanakanlah sholat sejak matahari tergelincir sampai gelapnya malam dan (laksanakan pula sholat) subuh. Sungguh, sholat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).
Al Israa[17] : 78
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas bin Malik ra, bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya ketika seorang hamba telah diletakkan didalam kuburnya, lalu ditinggalkan oleh sahabat-sahabatnya. Ketika ia masih boleh mendengar bunyi tapak kasut mereka, datanglah dua Malaikat kepadanya. Setelah menyuruh duduk, mereka lalu bertanya 'Apa yang dapat kamu katakan tentang seorang lelaki bernama Muhammad itu ? '. Bagi yang beriman ia akan menjawab 'Aku berseksi bahawa beliau adalah hamba dan Rasul utusan Allah '. Lalu dikatakan kepadanya 'Lihatlah itu adalah tempatmu di Neraka yang Allah gantikan dengan sebuah tempat di Syurga '. Ia kemudian diperlihatkan kedua-dua tempat itu serantak ".
Kata Qatadah "Rasulullah bersabda kepada kami, 'lalu kuburnya diperluas sepanjang empat puluh hasta'. Manakala menurut riwayat Muslim, "Tujuh puluh hasta, yang dipenuhi dengan nikmat hingga sampai hari seluruh makhluk dibangkitkan semula ". Disambung semula dari hadis Anas tadi "Ada pun kepada orang kafir ia akan ditanya 'Apa yang kamu katakan tentang orang itu '. Ia akan menjawab 'Aku tak tahu, aku mengatakan apa yang dikatakan orang-orang yang tak pernah tahu dan tidak pernah membaca tentang orang itu '. Lalu tengkuknya dipukul dengan tukul besi sehingga ia menjerit yang suaranya boleh didengar oleh orang-orang disekitar (arwah-arwah) kecuali jin dan manusia"
#celikalquran #syafaatalquran #alquran #qalamallah #katakataallah #cintaalquran #alquranhours


Ulasan
Catat Ulasan