Tips Meraih Lailatul Qadar Pada 10 Malam Terakhir Ramadan


1)WUDUK YANG SEMPURNA dari rumah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ صَلاَةُ الرَّجُلِ فِي جَمَاعَةٍ تَزِيدُ عَلَى صَلاَتِهِ فِي بَيْتِهِ وَصَلاَتِهِ فِي سُوقِهِ بِضْعًا وَعِشْرِينَ دَرَجَةً وَذَلِكَ أَنَّ أَحَدَهُمْ إِذَا تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ أَتَى الْمَسْجِدَ لاَ يَنْهَزُهُ إِلاَ الصَّلاَةُ لاَ يُرِيدُ إِلاَ الصَّلاَةَ فَلَمْ يَخْطُ خَطْوَةً إِلاَ رُفِعَ لَهُ بِهَا دَرَجَةٌ وَحُطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةٌ حَتَّى يَدْخُلَ الْمَسْجِدَ فَإِذَا دَخَلَ الْمَسْجِدَ كَانَ فِي الصَّلاَةِ مَا كَانَتِ الصَّلاَةُ هِيَ تَحْبِسُهُ وَالْمَلاَئِكَةُ يُصَلُّونَ عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مَجْلِسِهِ الَّذِي صَلَّى فِيهِ يَقُولُونَ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ تُبْ عَلَيْهِ مَا لَمْ يُؤْذِ فِيهِ مَا لَمْ يُحْدِثْ فِيهِ.

Maksud: Abu Hurairah RA melaporkan Rasulullah SAW bersabda, “Solat seorang lelaki berjemaah menggandakan (pahalanya) berbanding solatnya di rumah dan di pasar di antara 23 hingga 30 kedudukan. Berlaku demikian kerana sesungguhnya jika seseorang berwuduk dengan sebaik-baik wuduk kemudian dia datang ke masjid semata-mata untuk melakukan solat dan semata-mata bertujuan melaksanakan solat, setiap satu langkahnya diangkat satu darjat dan dihapuskan satu dosa sehingga dia masuk ke masjid. Apabila dia berada dalam masjid (selepas melakukan solat) dia berada dalam pahala solat sekalipun dia bukannya sedang sibuk bersolat. Para malaikat pula sibuk mendoakan ke atas kamu selagi kamu berada ditempat duduknya selepas solat dengan doa mereka, “Ya Allah! Rahmatilah dia. Ya Allah! Ampunilah dia. Ya Allah! Terimalah taubatnya” selagi dia tidak melakukan dosa atau selagi dia tidak berhadas.”
(Muslim)

2) JANGAN TINGGAL solat MAGHRIB berjamaah.
-Kerana permulaan MALAM itu sejak daripada masuknya waktu Maghrib.

3) JANGAN TINGGAL solat ISYAK berjamaah
-Disebutkan dalam hadith dari Musnad Imam Ahmad, bahawa orang yang solat Isyak berjamaah memperoleh pahala qiyam separuh malam.

4) JANGAN TINGGAL solat Ba'diyah Isyak
-Ini merupakan salah satu solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Sidna Rasul صلى الله عليه و آله وصحبه وسلم baik ketika hadhir atau safar,dalam Ramadan dan selainnya
solat sunat sebelum subuh 2 rakaat
solat sunat sebelum zohor 2 rakaat
solat sunat sebelum asar 2 rakaat
solat sunat lepas magrib 2 rakaat
solat sunat lepas isyak 2 rakaat

5) SELESAIKAN solat Tarawih/Qiyam BERSAMA IMAM dengan sempurna.
-Juga dalam hadith riwayat Imam Ahmad, pahala qiyam Ramadhan bersama Imam sehingga selesai adalah seperti berdiri sepanjang malam tanpa tidur.

6) JANGAN LUPA bangun Sahur.
-Meskipun hanya untuk minum, ia juga bahagian daripada ibadah Malam.

7) JANGAN LUPA beristighfar ketika waktu Sahur
-Allah memuji orang yang beristighfar pada waktu sahur, seperti yang terkandung dalam Surah Aali Imran.

8) SENTIASA sediakan wang sedekah pada setiap malam Ramadhan.
-Disebut dalam hadith riwayat Imam Tirmdizi, bahawa sebaik-baik sedekah adalah dalam bulan RAMADHAN.

9) JANGAN TINGGAL solat SUBUH berjamaah.
-Disebut dalam hadith riwayat Imam Muslim, solat subuh berjemaah dikurnia ganjaran berjaga sepanjang malam untuk ibadah.

Barang siapa yang mengamalkan kesemua  perkara ini, insya-Allah tidak akan terlepas daripada mendapatkan kebaikan Lailatul Qadar, meskipun dia tidak menyaksikan tanda-tandanya.

Ulasan

Catatan Popular