Ahlul Baqi Al Gharqad Di Ramadan Kareem


Seorang rakyat Malaysia, Badrul Munir dari Dengkil atau mesra disapa Abg Bad di kalangan rakan-rakannya menjadi insan terpilih apabila meninggal malam tadi betul-betul di hadapan makam Rasulullah SAW di Madinah ketika arwah memasuki kawasan makam untuk solat ketika mengerjakan umrah pada bulan jun 2018.

Arwah meninggal di hadapan Makam Nabi, Malam Jumaat dan 10 Malam terakhir Ramadan. Kematian yang amat dicemburui.


Rasulullah saw pernah bersabda,
“Aku adalah orang pertama yang keluar daripada Bumi(ketika hari kebangkitan), kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian giliran penghuni Baqi’ yang akan berhimpun bersamaku. Kemudian aku menunggu penduduk Mekah sehingga penuh di antara dua Masjidil Haram”.

Jenazah pertama yang disemadikan di Perkuburan Baqi’ adalah seorang sahabat Rasulullah saw daripada golongan Ansar iaitu Asa’ad bin Zararah. Oleh yang demikian, Asa’ad bin Zararah tercatat sebagai sahabat Rasulullah saw pertama yang disemadi di Perkuburan Baqi daripada golongan Ansar. Manakala, jenazah pertama yang disemadikan di Perkuburan Baqi’ daripada golongan Muhajirrin adalah Uthman bin Mahzun. Ahlul Bait pertama disemadikan di perkuburan mulia ini adalah anak perempuan Rasulullah saw, Ruqayyah bin Muhammad saw.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sekiranya terdapat dalam kalangan kamu yang terpilih meninggal dunia di Madinah (Tanah Suci), maka bergembiralah. Sesungguhnya sesiapa yang terpilih (oleh Allah) untuk mati di Madinah, Aku akan menjadi saksi dan syafaat untuknya pada hari kiamat kelak." 
(Riwayat al-Tabrani: Hasan Sahih).

اَللهُمَّ إِذَا أَرَدْتَ اَنْ تَقْبِضَنِيْ فَاقْبِضْنِيْ بَعْدَ أَنْ أَدَّيْتُ حُقُوْقَكَ وَحُقُوْقَ عِبَادِكَ جَمِيْعًا صَبَاحَ يَوْمِ الْجُمْعَةِ مِنْ شَهْر رَمَضَانَ سَاجِدًا أَوْ شَهِيْدًا فِيْ بَلَدِ رَسُولِكَ وَ أَنْتَ رَاضٍ عَنِّيْ


"Ya Allah jika Engkau hendak mengambil ku, ambillah setelah aku tunaikan sekelian hak Mu dan hak hamba-hamba Mu, pada pagi hari Jumaat dari bulan Ramadhan dalam keadaan sujud atau mati syahid didalam kota RasulMu, dalam keadaan Engkau redha akan daku."

Ulasan

Catatan Popular