MURAH REZEKI LAGI BERKAH
![]() |
| Mendoakan Orang Tampa Diketahui Termasuk Dalam Doa Yang Mustajab. |
Pernah ditanyakan oleh murid Syeikh Junaid Al Baghdadi kepada gurunya ,
“ Bagaimana Tuan Guru Berolehi Rezeki Yang Melimpah Ruah ". Jawab Syeikh Junaid :
1.Jangan Tinggal Membaca Surah Al Waqiaah Setiap Malam Sebelum Tidur.
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam , maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup”
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
2. Kemudian baca doa ini :
اللهم أغنني بحلالك عن حرامك وبفضلك عمن سواك
Diriwayatkan Dari Sayyidina Ali Karromallohu wajhahu telah bersabda Rasulullah S.A.W ” Maukah Engkau aku ajarkan beberapa kalimat, yang bila engkau mempunyai hutang seberat gunung yang besar, Maka Allah akan membayarnya :
ALLOHUMMA AGNINI BI HALALIKA AN HAROMIKA WA BIFADLIKA AMMAN SIWAKA 70 x
( Yaa Allah cukupkanlah aku dengan rezeki yang halal sehingga aku terhindar dari yang haram. Kayakanlah aku dengan nikmatMu sehingga aku tidak meminta kepada selainMu )
3. Kekali solat Dhuha Di Siang Hari.
Riwayat Abu Hurairah R.A katanya:
“Kekasihku Rasulullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
4. Istiqamah Dalam Sedaqah Yang Tidak Diketahui Jumlahnya.
Doa malaikat diantara doa yang mustajab. Di antara doanya, makaikat akan mendoakan yang memperhatikan nafkah keluarga dan gemar sedekah agar mendapatkan ganti dan memperoleh keberkahan.
Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا ،
وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
“Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada yang gemar berinfak (rajin memberi nafkah pada keluarga).” Malaikat yang lain berdoa, “Ya Allah, berikanlah kebinasaan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah).”
(HR. Bukhari no. 1442 dan Muslim no. 1010)



Ulasan
Catat Ulasan