Umrah Maqbul Di Usia Muda

1. Pergi Dengan Meluruskan Niat.
(a) Melaksanakan Umrah Semata-mata kerana Allah dan mentaati perintah Allah serta perintah Nabi SAW.
(b) Hendak mensucikan rohani dengan sesuci-sucinya taubat dari segala dosa & mazmumah diri.
(c) Ingin mati di bumi madinah dan tinggal bersama-sama Nabi SAW.

2. Pastikan pergi dengan wang tabungan yang halal sahaja.



3. Fahami benar2 seluk beluk fiqh ibadah dari cara
(a) Mengambil wuduk yang sempurna.
(b) Cara istinjak yang betul.
(c) Cara solat yang sempurna sepertinya solat Nabi SAW.
(d) Mengetahui segala Adab2 makan, Adab2 tidur, Adab2 sewaktu di dalam masjid, Adab2 dengan Al Quran.




4 Perbanyakkan Masa Iktikaf Di Dalam Masjid.
(a) Pergi 2jam lebih awal ke masjid. Sekiranya sudah terlewat atau telah azan masuki masjid ikut pintu ke 101-117 di bahagian bangunan baru atau laluan khas terus ke aras 3.
 b) Pastikan Selipar Dibasuh terlebih dahulu sebelum memasuki masjid.
c) Bawa & baca terjemahan Al Quran sewaktu di masjid.



5. Buat Postmortem Setiap Kali Selesai Mengerjakan Umrah.
Terutama bagi wanita :
a) Pastikan cukup 7 pusingan tawaf beserta dengan wuduk.
b) Tidak memegang mana2 bahagian Kaabah/Hijir Ismail sewaktu tawaf.
c) Check kesucian diri dari hadas sebelum memulakan Saie.
d) Pastikan 7 kali ulang alik bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.
e) Pastikan tidak terpesong niat sewaktu Tawaf/Saie.

6. Perbanyakkan Doa ketika melakukan Tawaf & Saie. Sebaiknya tuliskan 100 hajat bagi katagori diri, keluarga, kerohanian, kebahagiaan, kejayaan kerjaya dll.

Ulasan

Catatan Popular