Pergi Umrah Pertama Di Usia Muda
1. Letakkan pergantungan semata-mata kepada Allah SWT.
Perbanyakkan mengucap “Tiada Daya Upaya Kecuali Dengan Izin Allah".
2. Meluruskan Niat . Menunaikan Umrah semata-mata kerana menunaikan perintah Allah.
3. Pilih Travel yang berdaftar dengan Kementerian Pelancungan. Untuk elak ditipu oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.
4. Bayar deposit RM 300.00 . Dengan travel yang dikehendaki 1 tahun lebih awal dari tarikh penerbangan.(Anda akan diberikan diskaun). Pilih perjalanan diantara Jan-April.(Kos RM1000 lebih murah berbanding musim cuti sekolah) .
Sebaik2nya perjalanan yang tiada transit flight direct flight terus ke Jeddah.
(Untuk elak dari perubahan niat dari ibadah kepada melancung)Masuk makkah dengan ihram . Jangan ingat Umrah ini hanya semata-mata milik orang kaya atau berharta. Waktu bayar deposit kami langsung tidak memiliki wang sebanyak RM13k untuk menunaikan umrah. Alhamdulillah! Dimana ada niat & keazaman disitu ada jalan untuk dipermudahkan Allah SWT.
5. Perbanyakkan sedeqah RM1. Terutama diawal pagi iaitu sewaktu subuh berjamaah di masjid atau surau. Sedeqah bukan tunggu kaya atau banyak. Bersedeqahlah hingga anda dikayakan oleh Allah SWT. Sesiapa bersedeqah diawal pagi akan didoakan oleh malaikat..
6. Istiqamah Berdoa. Berdoa dan terus berdoa sehingga dimakbulkan doa anda. Kami berdoa hampir 3 tahun baru dimakbulkan. Doa kami dimakbulkan setelah syarat2 zahir dipenuhi. Iaitu hadir kursus haji 3 tahun berturut-turut.
7. Wang tabungan umrah. Pastikan selepas buat bayaran deposit kepada travel agent buat tabungan untuk menunaikan umrah secara konsisten setiap minggu atau bulanan. Kami menyimpan hampir 2 tahun tetapi masih tidak mencukupi tetapi Allah Maha Pemurah didatangkan seorang hamba Allah memberi sponser tiket penerbangan ke makkah.
8. Perbaharui Taubat. Solat sunnat taubat 2x sebelum tidur dan sebelum keluar mencari rezeki. Ini disarankan oleh Ustazah Miskinah guru ngaji Al Quran isteri bila beliau mengetahui kami akan pergi umrah sewaktu beliau ziarah ke rumah. Kekali sehingga selesai menunaikan umrah serta ziarah Nabi SAW.
9. Menuntut Ilmu. Carilah guru yang ikhlas yang mengajar tampa sebarang bayaran semoga ibadah yang akan dibuat terasa nikmat hingga merubah diri. Kami mendalami seluk beluk haji & umrah dengan hadir seminar dan kursus umrah 9kali bersama ahli muzakarah haji & umrah LUTH iaitu Al Fadhil Ustaz Dr Luqmanul Hakim penal penasihat syariah Andalusia Travel , pensyarah di USIM dan juga penasihat syariah TV Al Hijrah. Kursus Asas Haji 3 tahun berturut-turut bersama Drs Sapawi Che Mat pembimbing serta petugas haji & umrah berpengalaman selama 20 tahun di LUTH. Juga mengikuti beberapa ceramah & blog MKI Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim seorang pendakwah bebas , pembimbing haji & umrah, pensyarah di UniKL yang juga pernah bermastautin di Madinah Al Munawarah selama 3 tahun.
Bersambung .....
Nantikan sambungannya InshaaAllah Tabarakallah



Ulasan
Catat Ulasan