Pergi Umrah Pertama Di Usia Muda (2)
10. Bangun di awal pagi(sebelum azan subuh). Baca Doa Sesudah Bangun Tidur :
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
Artinya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit.
11. Mulakan Dengan Syukur. Tulis diatas kertas dan Sebutkan 10 kesyukuran setiap bangun dari tidur setiap pagi secara konsisten.
a) Alhamdulillah! Terima kasih ya Allah kerana menghidupkan aku lagi dipagi yang berkah ini. (b) Alhamdulillah! Terima kasih ya Allah kerana memberikan peluang untuk aku bertaubat. (c) Alhamdulillah! Terima kasih ya Allah kerana memberikan nikmat Iman & Islam. (d) Ahamdulillah! Terima kasih ya Allah kerana mengizinkan kami sekeluarga mengerjakan umrah pada bulan mac 2019.
12. Lazimkan solat berjamaah Subuh + Isya berserta solat sunnat rawatib dan solat sunnat dhuha. Ajaibnya solat sunnat dhuha ini hanya yang buat akan rasainya. AWAS ! Siapa yang dah konsisten selama 60 hari perlu mengunci ketat percakapan & tutur kata. Sekiranya anda konsisten dengan dhuha tetapi cuai solat jamaah (bagi lelaki sahaja) sia2 amalan dhuha. Solat jamaah adalah ‛Tiang Agama' manakala dhuha hanya kosmetik untuk indahkan tiang itupun sekiranya ada.
13. Perbanyakkan Selawat Keatas Rasulullah SAW. Baca selawat diwaktu Subuh dan diantara solat maghrib dan Isya. Baca sebanyak 300-500 kali setiap hari secara konsisten.
Terbaik adalah 1000 kali.
14. Perbanyakkan Membaca Al Quran. Terutama baca surah Al Mulk(pembebas siksa kubur)dan Surah Al Waqiah(penyebab dikayakan Allah)sebelum tidor.



Ulasan
Catat Ulasan