BERDOA TETAPI TIDAK MUSTAJAB?
Bukankah Allah berfirman:
وَقَالَ رَبُّكُم ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
"Berdoalah kpd-Ku, nescaya akan-Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya org2 yg menyombongkan diri drpd menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dlm keadaan yg hina."
(Ghafir 40: 60)
Akan tetapi, kenapa sebahagian drpd kita lelah berdoa tetapi masih tidak mendatangkan hasil? Renungilah kata2 di bawah yg dinukilkan oleh Al-Imam Ibn Al-Qayyim rahimahullah :
وَالْأَدْعِيَةُ وَالتَّعَوُّذَاتُ بِمَنْزِلَةِ السِّلَاحِ ،
"Doa dan memohon perlindungan Allah itu umpama pedang..
وَالسِّلَاحُ بِضَارِبِهِ ، لَا بِحَدِّهِ فَقَطْ ،
Pedang bergantung kpd org yg menghunusnya, bukan sekadar kpd ketajaman bilahnya..
فَمَتَى كَانَ السِّلَاحُ سِلَاحًا تَامًّا لَا آفَةَ بِهِ ،
Apabila pedang itu pedang yg sempurna tanpa kecacatan,
وَالسَّاعِدُ سَاعِدُ قَوِيٍّ
lengan yg memegangnya pula lengan yg kuat,
وَالْمَانِعُ مَفْقُودٌ؛ ،
tiada pula perkara yg menghalang,
حَصَلَتْ بِهِ النِّكَايَةُ فِي الْعَدُوِّ
maka pedang itu berhasil mencederakan musuhnya..
وَمَتَى تَخَلَّفَ وَاحِدٌ مِنْ هَذِهِ الثَّلَاثَةِ تَخَلَّفَ التَّأْثِيرُ ،
Apabila hilang salah satu drpd tiga perkara ini, maka hilanglah keberkesanan senjata itu..
فَإِنْ كَانَ الدُّعَاءُ فِي نَفْسِهِ غَيْرَ صَالِحٍ ،
Begitu jugalah doa seandainya doa itu sendiri doa yg tidak elok,
أَوِ الدَّاعِي لَمْ يَجْمَعْ بَيْنَ قَلْبِهِ وَلِسَانِهِ فِي الدُّعَاءِ ،
atau org yg berdoa itu tidak menggabungkan hati dan lisannya ketika berdoa..
أَوْ كَانَ ثَمَّ مَانِعٌ مِنَ الْإِجَابَةِ ، لَمْ يَحْصُلِ الْأَثَرُ
Atau apabila terdapat penghalang drpd terkabulnya doa, maka kesan doa itu tidak diperolehi..
Apakah perkara yg menyebabkan doa menjadi tidak berkesan umpama pedang yg tumpul?
Jawapannya pada hadis di bawah :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا ،
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu Baik, dan tidak menerima kecuali sesuatu yg baik juga."
وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ ، فَقَالَ : يَأَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ سورة المؤمنون آية 51 ،
Sesungguhnya Allah menyuruh org beriman dgn apa yg pernah disuruh kpd para rasul. Allah berfirman:
"Wahai para rasul. Makanlah drpd makanan yg baik2. Lakukanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku mengetahui apa yg kalian lakukan."
(Al-Mukminun: 51)
وَقَالَ : يَأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ سورة البقرة آية 172 ،
Firman Allah lagi:
"Wahai org beriman, makanlah drpd makanan yg baik yg telah kami kurniakan kpd kalian."
(Al-Baqarah : 172)
ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ ، يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ ،
Kemudian Baginda menyebutkan tentang seorang lelaki yg bermusafir jauh. Keadaanya kusut masai dan diselaputi debu. Dia menadah tangannya ke langit dan menyebut "Wahai Tuhan, wahai Tuhan",
وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ " .
sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram. Lalu bagaimana mahu diterima (doanya) disebabkan keadaannya itu?"
(Sahih Muslim, Kitab az-Zakat, hadis No. 1015)



Ulasan
Catat Ulasan