Mana Lebih Berbaloi Pendapatan Aktif vs Pendapatan Pasif



1. Pendapatan Aktif
- Anda akan dibayar bila anda bekerja. Bergantung kepada masa, tenaga, kemahiran dan kepakaran yang anda ada. Tiada kerja, maka tiadalah pendapatan!
(Lebih 90% orang bekerja dan makan gaji!)

2. Pendapatan Pasif
- Anda akan dibayar berkali-kali setiap bulan. Anda tetap dibayar berterusan walaupun anda tidak lagi melakukannya.
(Kira-kira 9% orang saja yang faham strategi ini)

3. Pendapatan Aktif + Pendapatan Pasif
- Gabungan kedua-dua cara diatas. Tetapi biasanya melibatkan kos yang besar untuk menciptanya.
(kurang 1% orang yang tahu teknik ini).

Orang kaya tahu untuk membezakan apakah sumber pendapatan yang boleh menjadikan mereka kaya. Mereka tahu pendapatan aktif berisiko tinggi dan harus dielakkan. Atau, jika tidak, sekurang-kurang mereka akan mewujudkan pendapatan pasif.

Kaya tulen bukanlah dihitung dari berapa banyak duit dalam akaun bank, tetapi kaya tulen adalah berapa banyak masa yang terluang, berapa banyak kebebasan yang ada dengan tenaga yang paling minima.

- bersarapan di restoran tatkala orang lain sibuk nak punch card..
- berjogging di waktu pagi ketika orang berasak-asak jem ke tempat kerja..
- bebas melakukan apa saja yang dia suka, tanpa risau pasal orang lain
- Melayari internet bila-bila masa walaupun orang sibuk kejar masa lunch hours
- Melancong ke mana-mana tanpa perlu risau nak hantar slip cuti.

Jika kita lihat disekeliling kehidupan kita, kita akan dapati banyak kelompok yang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tidaklah kaya mana. Bos anda, semestinya mempunyai gaji yang 1-2 kali ganda lebih banyak dari anda, tetapi mereka sebenarnya masih bergantung penuh pada gaji yang dibayar syarikat- sama seperti anda!

Doktor gigi, walaupun mempunyai gaji yang hebat, tetapi mereka masih terbatas untuk sejumlah bilangan pesakit yang boleh dirawat dalam masa tertentu. Mereka jugalah yang perlu merawat pesakit. Jika demam, tiada pesakit yang boleh dirawat. Ianya aktif!

Peguam, kontraktor dan jurutera juga pendapatan aktif. Kebanyakkan mereka memang bergaji dan berjawatan tinggi, tetapi pendapatan mereka bukan pasif. Peguam masih terbatas pada bilangan kes yang diselesaikan. Kontraktor masih bergantung kepada bilangan projek. Jurutera masih bergantung kepada hasil kejuruteraannya..

Peniaga online (jual kopi, tudung, krim, ubat kuat, pakaian dsbgnya yg bukan melalui suatu sistem networking malah produknya juga bukan produk keperluan ) juga dikategorikan sbg pendapatan aktif. Mereka terbatas.

Jualan jarang berlaku secara repeat order utk seseorang pelanggan. Biasanya selepas membeli, pelanggan akan beli lagi 2-3 tahun kemudian. Maka skop perniagaan ini terhad kepada golongan tertentu untuk masa terhad. Maka anda perlu buat kerja berkali untuk untung berkali. Jika sesuatu berlaku pada anda, maka bisnes anda terhenti.

Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda
buat kajian :

* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan BULANAN
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan BERTERUSAN
* Ahli jualan langsung yang menerima KOMISEN BULANAN
* Pelakon yang mendapat bayaran ROYALTI
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima ROYALTI
* Pencipta permainan video mendapat ROYALTI
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran SEWAAN
* Pemilik hartanah yang MENYEWAKAN rumah atau tanah

Sekarang, cuba anda tuliskan diatas sekeping kertas, berapa peratuskah pendapatan anda hari ini adalah pendapatan pasif?

Ulasan

Catatan Popular