5 TIPS Untuk Pelajar Berjaya & Cemerlang - Ustaz Elyas Ismail


1. Kena Bersungguh2.

وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا [Maryam : 25]
(Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu)

Di Dalam Surah Mariam Menceritakan Kisah Ibu Nabi Isa Siti Mariam ketika telah melahirkan Baginda Isa as. Allah Ilhamkam kepada Siti Mariam agar berusaha untuk mendapatkan buah kurma. Supaya dapat memulihkan kembali tenaga setelah bersalinkan Nabi Isa.Oleh itu dalam hidup ini kena berusaha bersungguh2 walaupun seseorang itu Kekasih Allah.

PETUA :
Rendam buah kurma dalam air dengan bilangan yang ganjil 3, 5 atau 7 biji semalaman. Minum air rendaman kurma & makan kurma yang telah dibuang biji. Ini untuk memberikan kesegaran diri sewaktu menghadapi peperiksaan.

Kalau sekadar nak berjaya tidak cukup hanya dijampikan sebotol air. Kalau nak jampi juga jampikan pada tangki penduduk taman agar semua anak2 penduduk jadi cemerlang belaka.

Jenis2 Ibu/Bapa
a) buat sampai jadi
b) tunggu sampai jadi
c) tak tahu apa jadi

Doa Ketika Jiwa Runsing

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

[Al-Anbiyaa : 89]

("Ya Rabbku! Janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri) tanpa anak yang kelak akan mewarisiku (dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik") yang tetap abadi sesudah semua makhluk-Mu musnah.

2. Bersedia Menerima Teguran

Seronoknya menjadi orang berjaya. Dapat banyak membantu ramai orang.

Seronoknya hati menjadikan kedua ibubapa menjadi bangga.

3. Sentiasa Bersangka Baik Kepada Allah.

“ Aku bersama dengan sangkaan hamba KU terhadapKU "

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : Allah swt. berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia mengingatKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia mengingatKu dalam kelompok, Aku  akan mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik darinya. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepadaKu sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil". (Hadits ditakhrij oleh At Turmidzi).

Sangka Yang Baik2 Sahaja.Sangka Baik Untuk Berjaya. Sangka baik untuk semua A dlm semua subjek.

Jangan suka jadi manusia biawak. Jangan suka meremehkan orang lain.

Rasa bangga & optimis dengan cita2 diri sendiri.

4.Berani Menangung Resiko.
Berani membuat keputusan agar berjaya pada masa hadapan.

5. Banyakkan Doa

a)
اللَّـــهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْحَـمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ الْعَجْـِز وَاْلكَسَلِ  
 وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ الْجُـبْنِ وَالْبُخْـلِ وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ غَلَبَتِ الدَّيْنِ وَقَـهْرِ الرِّجَالِ.
“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemauan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kikir, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”
(HR Abu Dawud 4/353)

b) Sebelum masuki dewan peperikasaan/rumah
Baca Surah Al Ikhlas 3x

c) Baca Selawat Syifa untuk ketenangan jiwa.

اللَّهمَّ صَلِّ عَلى مُحَمَّد
Ya Allah selawat ke atas Muhammad
Oh Allah, send Your Blessing and peace on Muhammad

طِبِّ الْقُلُوْبِ وَ دَوَئِهَا
Rawatan hati-hati dan penawarnya
The cure and treatment for all hearts

وَعَافِيَةِ الاَجْسَادِ وَ شِفَائِهَا
Dan kesihatan jasad-jasad serta penyembuhannya
And the heal and health for all bodies

وَ نُوْرِالاَبْصَارِ وَ جِلاَئِهَا
Dan cahaya kepada penglihatan-penglihatan dan penyuciannya
And the purification and light for all sights

وَ عَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ وَ بَارِكْ وَسَلِّم
Dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabat baginda
And bestow Your Blessing and peace on his family and companion

d) Baca Ketika Lupa

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

[Al-Kahfi : 10]

Wahai Rabb kami! Berikanlah kepada kami dari sisi-Mu) dari hadirat-Mu (rahmat, dan sempurnakanlah) perbaikilah (bagi kami bimbingan yang lurus dalam urusan kami ini.) yakni petunjuk yang lurus.

e) Doa Ketika Duduk Dalam Dewan Peperiksaan.



وَالصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ
[At-Takwir : 18]
(Dan demi subuh apabila fajarnya mulai menyingsing) yakni mulai menampakkan sinarnya hingga menjadi terang-benderang siang hari.

Ulasan

Catatan Popular