25 PERKARA UNTUK SEHAT, BAHAGIA, BERJAYA LUAR BIASA .




1. Bangun awal "Kelab 4 pagi". Dalam suasana dingin dini dan sunyi.

2. Mulakan hari dengan mengadu pada Allah SWT.

3. Mandi sebelum subuh. Mandi antara maghrib dan Isya'

4.  Mulakan perjalanan awal pagi dengan pergi ke rumah Allah.

5. Baca al Quran walaupun selembar cuma. Semak tafsir.

6. Exercise awal pagi sekurang kurangnya 30 minit.

7. Membaca sekurang kurangnya 100 muka surat sehari. 100 -150 buah buku setahun.

8. Baca Hadith dan Sirah setiap hari. Sedekah walaupun rm1.

9. Menulis sekurang kurangnya 1000 patah perkataan sehari.

10. Bekerja secara produktif denga tekun 6 jam sehari.

11. Kurangkan makan. Makan makanan sihat. Minum banyak air ikut berat badan.

12. Usah ambil kisah apa orang kata. Usah jadi "bulldozer" orang.

13. Utamakan keluarga. Berikan kasih sayang melipah ruah.
Peluk Isteri, sayangi suami. Kasihi anak anak.

14. Solat awal waktu berjemaah.

15. Belajar agama dengan berguru.

16. Puasa isnin khamis. Banyakkan istighfar dan selawat.

17. Belajar melalui youtube -1 jam sehari.

18. Bina perbualan agung dengan orang hebat.
Melabur dalam networking mahal.

19. Sentiasa tulis log budi. Usaha balas budi.
Doakan ayah bonda walaupun mereka telah tiada.

20. Usah banyak sembang kencang dan gebang meroyan.

21.  Kejapkan silaturahim dalam apa jua cara sekalipun.
Tahu asal usul keturunan asal mula.

22. Muliakan semua orang samada yang tua mahupun yang muda.

23. Tidur selepas Isya' dalam keadaan "perut kosong". 
Lapar itu cahaya. Kenyang itu api .

24. Tidur "relatif masa" 8 jam. Ada "25 jam" sehari.

25. Maafkan semua orang. Hidup tenang tanpa beban.
Bersiap untuk pulang.

Ulasan

Catatan Popular