Jangan mula ber SDN BHD selagi tak tahu peranan SHAREHOLDERS, BOARD OF DIRECTORS & MANAGEMENT TEAM.
Orang jadi Shareholders kita pun nak jadi Shareholders kononnya, tapi bila company rugi, sibuk minta duit pelaburan balik...
Jangan mula ber SDN BHD selagi tidak jelas persetujuan di antara sesama SHAREHOLDERS.
Orang jadi Director, nampak macam glemer, kita pun sibuk nak pegang title Director. Bila bank minta bagi personal guarantee untuk loan application, kita gelabah.
Jangan mula ber SDN BHD selagi BOARD OF DIRECTORS tidak tahu arah tuju syarikat.
Nak jadi bank signatory tapi malas masuk ofis sign check. Malas nak pantau keluar masuk aliran tunai bisnes.
Nak pegang jawatan CEO, amboi nampak segak dan bergaya tapi tak paham pasal leadership dan business management. tak reti nak leverage on team effort. Masih micro managing.
Jangan mula ber SDN BHD selagi tidak dipilih yang selayaknya untuk menerajui MANAGEMENT TEAM.
Jangan mula ber SDN BHD selagi tak khatam perkara-perkara asas legal requirement ke atas syarikat - minimanya AKTA SYARIKAT, EMPLOYMENT ACT, INCOME TAX ACT, EPF ACT dan lain-lain akta berkaitan bisnes kita..
err...dah buka SDN BHD ker?



Ulasan
Catat Ulasan