“J, mana satu lagi bagus? I start my business with Enterprise atau Sdn Bhd terus?”
![]() |
| Jerry Rizal Mat merupakan Pengarah Serantau Kumpulan Richworks yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang perunding kewangan dan cukai juga seorang yang pakar dalam pelaburan hartanah. |
Ini soalan biasa yang I dapat dari para peserta program-program kami. Yang menyedihkan, bila ada antara yang bertanya adalah seorang yang dah berniaga lama, lebih 10 tahun tapi masih lagi menggunakan Enterprise.
Bangsa kita ni, suka sangat berniaga ikut-ikutan. Orang tu buat macam tu, kita ikut. Sedangkan kita tak tahu pun fakta sebenarnya macam mana.
I nak bagitau kat semua, antara Enterprise dan Sdn Bhd, beza jumlah cukai perniagaan hasil dari pendapatan yang sama adalah berbeza. Jika pendapatan bercukai adalah sebanyak RM600,000.00 setahun, perniagaan milikan tunggal atau Enterprise perlu membayar cukai RM20,650.00 lebih banyak dari syarikat Sdn. Bhd.
Biarpun bayaran cukai untuk Sdn Bhd lebih rendah, faedah yang boleh diperolehi daripada pihak bank adalah lebih tinggi. Aspek “Bankability” lebih telus berbanding dengan bisnes milikan tunggal atau Enterprise. Bermaksud pihak bank lebih suka.
Anda semua perlu ingat, ini bisnes you tau, tak payah nak minta orang lain yang buatkan keputusan untuk you. Cari ilmu dan pastikan anda tahu semua perkara, baru senang nak buat keputusan.
Nampak tak bezanya tu? Mana lebih afdal?
Sebenarnya, bukan sikit orang yang bertanyakan kepada I tentang perkara ni. Dah jenuh nak menjawab secara teori mana yang lagi bagus? Jalan bisnes dengan Enterprise ataupun dengan Sdn Bhd. Masalahnya, kita masih ada mentaliti ‘nak buat yang senang’, kononnya nak buka Enterprise tu lebih senang dari nak buka Sdn Bhd. Hello! Mana ada kerja yang senang. Dia akan jadi senang bila kita sungguh-sungguh nak buat.
Masalahnya lagi bila ramai orang berbisnes tapi dokumen apa pun tak direkodkan sebaiknya. Profit & Loss Statement tak ada, Bank Statement tak simpan dan ramai yang guna alasan akaun perniagaan Enterprise tak perlu audit, jadi lebih mudah kerana tak perlu ada Penyata Untung & Rugi dan simpanan rekod yang sempurna!
Aduh Saya tak faham! Macam berniaga kalau tak bersungguh nak tahu Untung & Rugi? Jadi apa perlunya berniaga? Bukan ke kita berniaga sebab nak untung dan supaya daat memanfaatkan untung perniagaan kita tu nanti?
Anda mungkin terfikir, nak buka Sdn Bhd ni susah, anda perlu ada pekerja yang mentadbir, yang urus akaun, yang urus sumber manusia dan segalanya. Sebenarnya, itu bergantung kepada anda. Kalau anda betul-betul nak bawak bisnes ni pergi jauh dan tahan lama, anda tak akan ada isu nak adakan kakitangan yang uruskan pentadbiran dan akaun. Sebab itu, kalau kita tengok di iklan jawatan kosong, ramai syarikat-syarikat kecil yang mencari “Kerani Akaun & Pentadbiran” maknanya, dia boleh bantu anda uruskan simpanan resit-resit, uruskan transaction duit keluar dan masuk dan dalam masa sama, boleh buat kerja pentadbiran yang lain.
Dokumen semua ni penting sebab inilah yang nak ukur semua kepayahan dan penat lelah korang buat bisnes. Siapa yang berniaga, elok lah ambik tau. Senang nak ukur berbaloi ke tidak usaha anda selama ni.
Boleh tengok faedah jangkamasa panjang dan boleh rancang apa nak buat dengan duit yang dijana dengan bisnes.
Untuk ‘accounting’ ‘auditing’ dan urusan setiausaha syarikat, semua itu anda boleh mulakan dengan lantik perunding luar yang bagus. Set target, bila anda nak adakan akauntan, juruaudit dan setiausaha syarikat milik syarikat anda sendiri. Ini baru bisnes namanya!
Bila semua dah terurus dan ‘in-place’ tidak la.. hidup tu macam hamster aje. Spinning the wheel hari-hari, sudahnya mati- sebab penat. Tak ada arah tujuan. Tak tau apa nak capai. Berpusing-pusing melilau hari-hari.
Yang penatnya korang. Dah bisnes korang kan. Dah alang-alang penat, biarlah berbayar usaha tu kot! Nampak duit. Kemudian duit tu buat lagi duit.
I ajarkan aje. Tunjuk yang mana tepat. Tapi balik pada anda untuk buat keputusan.



Ulasan
Catat Ulasan