Cara Allah Nak Bagi Ingat ! Allah Uji Sesuatu Perkara.


Anda semestinya tidak suka kereta ‛breakdown' sewaktu dalam perjalanan bercuti atau menziarahi keluarga. Kita akan terasa suatu bebanan yang menghimpit jiwa . Ini yang telah berlaku pada saya.

Semalam sewaktu menunggu anak keluar tution tetiba je berasap bonat depan. Cepat2 ‛off' suis. Ramai pulak yang datang. Rupa-rupanya Tangki Air retak.

Ada yang tanya ; Tak perasan ke meter suhu naik??? Waduh ..... Gi mana ni???
Cepat-cepat ‛on' balik suis tengok balik meter : normal je.

Tunggu kereta sejuk sikit baru isi balik air 2 gayung. Start engine terus balik. Alhamdulillah! Selamat sampai ke rumah.

Hari ni keja 1/2 hari bagitahu bos kereta kena masuk workshop tangki air kereta bocor. Minta pomen check timing belt baru lagi 70 950km.

Sekiranya putus tengah jalan bukannya RM200. Duit Towing lagi(Adik Ipar saya bulan lepas kena RM500 towing dari Gombak ke Mentakab) confirmed kena overhaul engine RM 2000 lagi lah jawabnya.

Sekiranya perkara ini berlaku pada diri anda adakah ianya bebanan atau rahmat ???

Ulasan

Catatan Popular