Apa pendapat kawan2 tentang keadaan ekonomi semasa dan kesannya kepada bisnes anda? Apa kita perlu buat?



Secara makro, ekonomi malaysia berkembang perlahan. Kita ada asas yang kukuh untuk setelkan hutang lama dan tambah hutang baru. Cuma dari segi kekuatan matawang kita makin teruk. Sebabnya 'ringgit lama' dipasakkan pada harga minyak. Maka apabila harga minyak jatuh maka ringgit pun ikut jatuh. Dan dengan perkembangan terbaru (mexico jumpa sumber minyak) kita boleh assume harga minyak akan jatuh lagi teruk.

Akibatnya, dari segi mikro (tempatan), matawang yang lemah akan buatkan kesemua barang import jadi mahal. Dan oleh kerana kebanyakan makan-minum-baju-tempat-tinggal kita semua terkait dengan bahan mentah yang diimport, automatik semua tertekan dan naik harga.

Itu yang buat ekonomi isi rumah tersepit sekarang ini. Yang membuatkan secara kasarnya, ada 2 tindakan yang berlaku:
1) kurangkan jumlah pembelian (jumlah ringgit yang habis sama ja) dan
 2) semakin ramai yang berniaga sampingan.

Akibat daripada yang kedua akan buatkan supply melebihi demand untuk sesetengah barang yang mudah dijual. Maka perang harga oleh newbie2 ni memang tak dapat nak elak.

Apa yang boleh isi rumah lakukan?
1) revise balik perbelanjaan, hold dulu perbelanjaan besar dan yang boleh skip.
2) cari side income. Harga akan makin naik, bukan makin turun.

Apa yang usahawan boleh lakukan?
1) ikat perut
2) optimize sales funnel sedia ada
3) fokus pada customer sedia ada
4) jangan buat diskaun 'bodoh'. Ya, ada banyak diskaun bodoh dan hanya ada 1 sahaja diskaun pandai.

Apa yang negara boleh/akan lakukan?
1) kurangkan kebergantungan matawang terhadap minyak
2) perkasakan pertanian/perladangan/pembuatan setempat untuk kurangkan import dan 3) distract rakyat daripada fikir ekonomi dengan perbuatan dan ayat mengarut ahli politik badut.

Ulasan

Catatan Popular