SMS Marketing Adakah Masih Releven ????
Salah satu kepakaran saya dalam marketing adalah di bahagian mobile marketing. Dan hampir 6 tahun saya memegang bahagian SMS marketing. Ada yang beranggapan SMS adalah salah satu tools yang ketingalan zaman dan tak relevan.
3 Sebab saya rasa SMS marketing masih relevan.
1). Apa sahaja telefon yang ada tak kira lama atau baru pasti ada satu benda yang dinamakan "message" .
Walaupun kau pakai torchlight!
2). Tak di miliki oleh sesiapa atau syarikat termasuk Mark Zuckerbeg
3). Syarikat besar masih guna untuk "engagement" atau memberi "info" seperti info dari bank, insurans , hospital dll.
Adakah SMS marketing sesuai untuk semua bisnes?..Yaaa sesuai.. jika anda tahu cara dan strategy yang betul.. bukan kau main bantai je. Memang la orang stress terima sms kau. Tak kisah lah kau cikgu,pemilik butik, jual insurans, politik atau pengunting rambut.
Contoh style tak kalau kau terima sms mcm ni.
" hai hafiz, 7 hari lagi roadtax u nak mati. Nak tak kami dari syarikat xxx hantar roadtax baru kat u ? Klik link ni www.hiduproadtaxewah2.comm "
*Nanti saya share apa kesalahan ketika hantar sms.
Korang ada team marketing? Minta diorang baca article ni.
kesilapan ketika menghantar SMS.
1). Jangan hantar ayat SMS terlalu panjang. Cuba untuk kekalkan ayat SMS 1 Ke 3 unit sahaja. Jika anda lebih 4 unit ke atas sesetengah telefon akan error. Satu unit biasanya 160 karakter.
2). Jangan hantar selepas jam 6.00 ptng. SMS anda akan sampai lewat malam tengok pada trafic telco.
3). Jangan lupa letak call to action untuk memudahkan penerima hubungi anda. Kalau tak.melepas!
Banyak lagi kesalahan dalam SMS yang saya akan kongsikan.



Ulasan
Catat Ulasan