Saya Dah Satu Tahun Minum Kangen Water(KW) Tapi Tidak Berkesan. Macam Mana Tuan Boleh Sembuh Banyak Penyakit?????





Ada Call In Dari Pontian : Nak Tanya Saya Dah 1 Tahun Minum Kangen Water(KW) Tapi Tidak Berkesan. Macam Mana Tuan Boleh Sembuh Banyak Penyakit?????

Sebelum minum Kangen Water saya ada pelbagai penyakit seperti gastrik(30tahun), saraf(8tahun), darah tinggi 165/90(5tahun), Gout & kencing manis 7.7/mol(2tahun), buasir, kanser paru2 tahap 1(hisap 48 batang suria gudang garam sehari) dan sakit lutut.

Sesungguhnya Allah jualah yang menyembuhkan segala penyakit dengan usaha serta ikhtiar melalui KW.

Saya mula minum KW Nov 2014. Berat badan saya ketika tu 57kg. Saya hanya perlu minum 2-2.5 liter sehari tapi Saya minum 3-4 liter sehari.

Sekarang 31 Julai 2017 berat badan saya 65kg. Saya perlu minum 3 liter sehari. Tetapi saya minum 4-6 liter sehari.






Antara ‛Blue Print Kesihatan'  rutin untuk sihat harian & mingguan

1. Tidor awal dan bangun sebelum subuh.

2. Tidur sekurang2nya 6 jam sehari.

3. Berjalan kaki 5-7km 3x seminggu.

4. Tidak makan nasi selepas maghrib.

5. Teh,Kopi atau hot coklat saya dari KW Ph9.5

6. Tidak membeli atau makan dikedai luar kecuali musafir sahaja.

7. Lebihkan sayur2an hijau dan ulam2an dalam menu diet makanan.

8. Berhenti dari meminum minuman berasid tinggi, bergas(karbonat), power drink, isotonik dan yang sebangsa dengannya.

Nak Cepat Lagi Buat Beberapa Perkara Secara Istiqamah Selama 8 Minggu.
[Jangan Sebarkan (Copy & Paste) Selagi Belum Istiqamah]

9. Solat Isya dan Solat Subuh Berjemaah.

10. Sedeqah RM1 Sebelum Solat Subuh niatkan pahalanya untuk kedua ibubapa samada hidup atau pun telah meninggal

11. Istiqamah solat  sunnah rawatib qabliah , badiah dan solat Dhuha.

12. Istiqamah Solat sunnat Taubat , Istiqfar 100x , Selawat keatas Rasulullah SAW 100x.

13. DOA
 Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah berfirman :

“Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu.
(Hadis Qudsi ditakhrij oleh Tarmidzi)


Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya
(Surah Qaf : 16)


نَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ
[Yusuf : 86]

 ("Sesungguhnya aku mengadukan kesedihanku) yaitu kesusahan yang besar yang tidak dapat ditahan lagi; sehingga orang yang bersangkutan tidak mampu lagi menahannya lalu mengadukannya kepada orang lain (dan kesusahanku hanya kepada Allah) bukan kepada yang lain-Nya, karena hanya Dialah yang dapat menyelesaikan pengaduanku ini (dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kalian ketahui.")

Sesungguhnya apa yang difikirkan, apa jua rasa dihati, apa jua diucapkan oleh lidah dan apa jua perbuatan adalah wasilah doa yang akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Oleh itu fikirkanlah tentang kesembuhan, ucapkanlah (mintalah) kesembuhan, rasakanlah kesembuhan dan berusahalah untuk mencapai kesembuhan.

Semoga ianya memberi manfaat untuk sihat beribadah kepada Allah hingga ke akhir hayat. Aamiin Ya Rabbal Alamiin

Ulasan

Catatan Popular