Kesalahan Susunan Jamaah Dalam Solat Berjamaah Di Masjid Atau Surau



Ramai yang salah anggap dalam isu kanak-kanak sehingga ada yang menuduh masjid tidak mesra kanak-kanak. Semua itu terjadi kerana mereka tidak faham isu atau tidak faham hukum yang berkaitan. Saya cuba menjelaskan ini semoga ada pihak yang terbabit termasuk masjid dapat mengambil perhatian serius.

1. Masjid tempat ibadah yang boleh dihadiri oleh semua orang tanpa sekatan umur.

2. Ibu bapa yang ada anak kecil boleh membawa anak mereka jika di masjid itu ada tempat penjagaan kanak-kanak. Biasanya diberi khidmat percuma.

3. Kanak-kanak yang belum mumaiz juga ada tempat mainan mereka. Mereka bebas di situ.

4. Ibu bapa boleh melakukan solat tanpa perlu menjaga anak mereka, takut hilang atau terjatuh.

5. Kanak-kanak yang sudah bersekolah di sekolah rendah kebangsaan atau agama, mereka perlu solat berjemaah pada saf mereka yang disediakan walaupun mereka sudah berkhatan.

6. Murid sekolah menengah sahaja yang boleh bersama dengan jemaah lelaki dewasa.
Kalau semua masjid dalam menyediakan kemudahan seperti ini, tidak akan timbul lagi isu kanak-kanak yang berlari di hadapan saf semasa jemaah melakukan ibadah.
Perlu dijelaskan juga, susunan saf yang dipraktiskan pada zaman Rasulullah ialah: Saf dewasa di hadapan, selepasnya kanak lelaki, selepasnya saf kanak-kanak perempuan dan yang akhir saf wanita.

Ulasan

Catatan Popular