CARA ATASI PERASAAN DOWN SEWAKTU BUSINESS
Down bermakna Drowning Ourself With Negativity atau dalam bahasa melayu Lemas dalam fikiran negatif.
Kita down apabila RASA ada masalah. Dan down ini semakin kuat apabila kita banyak fikir tentang masalah tersebut. Semakin banyak kita fikir masalah itu akan membesar dan down kita semakin kuat.
Kenapa rasa down? Kerana kita merasa kita MEMILIKI dan BERHAK sesuatu perasaan atau perkara dalam hidup, tetapi ia tidak menjadi milik kita.
Di saat itu kita mula mencari sebab kenapa kita DOWN, kita akan mula mencari SALAH SIAPA?
Bagaimana nak hadapi masalah DOWN
1. Rasakan dalam hidup kita sebenarnya tidak memiliki apa apa. Walaupun secara zahirnya ia berada dengan kita, tetapi secara hakikat ia bukan milik dan bukan hak kita.
2. Fikirkan dalam hidup kita, sebelum sebelum ini, ada tak masalah kita yang tidak selesai. TIADA bukan, cuma selesainya cepat atau lambat sahaja. Masalah sebenarnya tiada.
3. Jangan biarkan anda ada masa untuk berfikir tentang masalah. Sibukkan diri dengan kerja pejabat, ibadat dan keluarga akan membuatkan masalah tersebut hilang dengan sendiri.
4.Luahkan masalah anda kepada orang yang anda kenal, suami, isteri, ibubapa, kawan, guru. Minta mereka hanya menjadi pendengar. Bukan untuk menyelesaikan masalah anda. Supaya beban yang anda rasa dalam kepala akan berkurang. Kongsi dengan seramai mungkin.
5.Kalau masalah terlibat dengan hak orang lain, bercakap dengan baik dengan mereka, jangan tutup telefon. Yang penting beritahu semua perkara dengan JUJUR.
6. Fokus fikiran kepada penyelesaian masalah, jangan fokus kepada masalah. Ia akan menambah down anda. Jika fokus kepada cara penyelesaian masalah anda akan nampak hasilnya untuk selesaikan masalah.
7. Akui semula sebab datang dari kita, dan kitalah PUNCA masalah dan sebab jadi down. Dengan itu kita perbaiki diri kita bukan cuba membaiki orang lain. Apabila kita sudah membaiki diri kita, maka terbaiki lah sebab tadi.
8.Apabila rasa down lihat lah ke atas , iaitu Allah SWT, berdoalah kepadanya. Mintalah doakan agar diperbaiki urusan seharian kita dunia dan akhirat. Apabila selesai sesuatu masalah , bersyukurlah ..perbanyakanlah bersujud.
9. Keluar dari rumah anda, pergi ke kawasan pendalaman atau kampung kampung, tengok mereka yang hidup lebih susah dari kita. Tengok peminta sedekah dan faqir. Fikirkan 10-100 kesyukuran yang mereka tak ada, ada pada kita. Belajar tengok orang di bawah taraf kehidupan kita, bukan melihat orang di atas taraf kehidupan kita. Apabila melihat mereka lebih susah bersedekahlah kepada mereka walaupun kita juga sedang down dan bermasalah. Kerana ubat kedukaan hati itu adalah bersedekah.
10. Bacalah Quran, Istighfar 70X sehari dan selawat 100X apabila rasa down. Perbanyakan sujud, solat hajat, solat taubat, sokat dhuha, solat istikharah. Kerana sebesar mana pun masalah dan rasa down kita. Yang membahagiakan hati kita adalah Allah SWT.
Banyakkan Zikir ini
ياَ فَارِجَ الهَمِّ يَا كَاشِفَ الغَّمِّ يَا مَنْ لِعَبْدِهِ يَغْفِرُ وَيَرْحَمُ.
Wahai Tuhan yang melegakan dari dukacita, lagi melapangkan dada dari rasa sempit. Wahai Tuhan yang mengampuni dan menyayangi hamba-hamba-Nya.



Tq...mohon share
BalasPadam