Aidil Fitri 60'an.





Menjelang ramadhan mula sibuk mencari sumber duit raya. Kumpul botol kosong,  kecil 5 = 5sen,  besar 3 = 5sen. Dirumah ada 6 ekor itek yg selama ini aku tak ambil hal. Tiba tiba jadi rajin bagi makan kerana nak kumpul telur 2 biji 5 sen,  jual dikedai runcit depan rumah aku.

Hari raya ronda kampung kutip duit raya,  standardnya 5 sen,  kalau yang berada bagi 10 sen. Kemuncak kegembiraan raya,  dapat pergi pekan dengen kengkawan tengok wayang,  peluang setahun sekali. Selalunya hari ke2 raya.

Malam tu tak berapa boleh lelap sebab excited.

Esoknya pagi lagi dah siap dengan pakaian yang paling 'smart' yang aku ada dalam almari.
Duit terkumpul sepanjang ramadhan rm 3.60 sen,  duit raya emak bagi seringgit,  jumlah rm 4.60 sen. Perghh.. hebat.  Jarang aku ada sebanyak itu dalam poket aku.
Tunggu bas dgn kengkawan bawah pokok ketapang dikepala simpang.  Lepas satu,  satu lagi bas yang padat sesak tak berhenti. Akhirnya entah mcmana bas berhenti walau pun agak sesak. Berlari kami berebut berasak nak naik jugak.  Habis remos aku yang tadinya terletak.

Tambang bas kanak kanak dari Semanggol ke Taiping pergi dan balik 50 sen
Sampai panggung Lido,  cerita 'Mat Bond'. Org berbaris berlingkar lingkar,  kaunter tiket belum buka. Bila kaunter buka semua org serbu,  barisan tadi dah takda.  Himpit,  tolak,  tersepit, menjerit.  Akhirnya dapat jugak kawan aku belikan tiket,  kelas 3,  65 sen. Seat depan sekali,  jadi imam panggunglah aku hari ini. He.. He..

Lepas tengok wayang kami ke food court dibawah bangunan Larut Matang supermarket.  Oder mee rebus 50 sen,  ais kacang 10 sen. Teringat pulak kat emak dirumah,  oder mee goreng bungkus seringgit. Istimewanya di Taiping ni kebanyakkan makanan dibungkus dengan  daun 'simpor' ganti daun pisang.

Habis makan kami kekedai jual mainan didepan stesyen bas Taiping. Baki duit ada lagi rm1.85 sen.  Apa yg bolah dibeli,  ada yg berkenan duit tak cukup. Akhirnya aku dan kawan kawan beli pistol yg guna peluru gulung,  bila tembak meletup keluar asap.  Harga pistol seringgit,  peluru 10 sen sekotak.
Hari yg cukup menggembirakan,  kena tunggu next hari raya lah pulak.
Eh... Ada balance lagi dlm poket,  75 sen!

Those were the day...

Cuba anda bandingkan mcmana anak cucu kita sekarang meraikan aidil fitri.

Istimewa untuk sabri,  shah dan maha,  kita sama sama membesar dengan didikan Hjh. Sidah.

Selamat hari lebaran semuga ianya mendekatkan lagi kita dengan Allah.

Ulasan

Catatan Popular