Katagori Manusia Sewaktu Di Dunia Menentukan Kedudukan Mereka Di Akhirat
{وَكُنتُمْ أَزْوَاجًا ثَلَاثَةً (7) فَأَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ (8)
وَأَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ (9) وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ (10)
أُولَٰئِكَ الْمُقَرَّبُونَ (11) فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ (12) ثُلَّةٌ مِّنَ الْأَوَّلِينَ (13)}
[الواقعة : 7-13]
( 7 ) Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
( 8 ) Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
( 9 ) Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
( 10 ) Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
( 11 ) Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
( 12 ) (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
( 13 ) (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
( 14 ) Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
{فَأَمَّا إِن كَانَ مِنَ الْمُقَرَّبِينَ (88) فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّتُ نَعِيمٍ (89) وَأَمَّا إِن كَانَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ (90) فَسَلَامٌ لَّكَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ (91) وَأَمَّا إِن كَانَ مِنَ الْمُكَذِّبِينَ الضَّالِّينَ (92) فَنُزُلٌ مِّنْ حَمِيمٍ (93) وَتَصْلِيَةُ جَحِيمٍ (94) إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ حَقُّ الْيَقِينِ (95) فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ (96)} [الواقعة : 88-96]
( 88 ) Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari
ang-orang " Muqarrabiin ",
( 89 ) Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
( 90 ) Dan jika ia dari puak kanan,
( 91 ) Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".
( 92 ) Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
( 93 ) Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
( 94 ) Serta bakaran api neraka.
( 95 ) Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
( 96 ) Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.



Ulasan
Catat Ulasan