Berniaga Mudah Bila Ada S.O.P.



Apabila kerja tiada SOP. Syarikat kargo yang digelar 'abang besar' di Langkawi sekali pun jadi tak faham dengan kerja mereka sendiri.

Penghantaran barang yang merupakan perabot untuk sebuah penginapan di Langkawi iaitu 'Double Deck, 7 Rooms' telah dibuat pada hari khamis yang lalu, dengan mengunakan perkhidmatan kargo yang boleh dikatakan sebagai sebuah syarikat besar di Kuala Kedah dan Pulau Langkawi.

Namun, kekesalan berlaku apabila barang yang dihantar 'missing in action', tidak tahu dimana di letakkan sehingga ditanya semula kepada pihak saya apakah jenis barang yang dihantar? Bila dihantar? Sudah bayar ke belum? Atas nama siapa barang ini dihantar?

Apabila puan guru sering menyarankan supaya kita semua mengamalkan SOP didalam bidang tugas yang ditetapkan, maka hari ini kita semakin faham mengapa ianya amat diperlukan.

+ Ianya membantu supaya setiap kakitangan memahami dan melakukan bidang tugas mereka dengan lebih jelas dan faham.

+ Membantu produktiviti syarikat selain mengekalkan kualiti didalam perkhidmatan.

Hatta peniaga burger tepi jalan pun perlu ada SOP didalam tugasan. Inikan pula sebuah syarikat. Semoga semua dari kita mendapat hidayah berkaitan pentingnya SOP didalam sebuah syarikat.

Ulasan

Catatan Popular